Bab 2
Pulang dari rumah Pak Karim, Fariz termenung didalam biliknya. Fariz tidak tahu bagaimana ingin memberitahu ibunya tentang dirinya setuju untuk berkahwin dengan anak Pak Karim. Fariz tahu ibu juga tahu keadaan Fatimah anak tunggal Pak Karim itu. Tiba-tiba Fariz teringat Dhamirah yang pernah dia anaiya sehingga melahirkan anak luar nikah. Fariz mahu bertanggungjawab bila mengetahui Dhamirah mengandung akibat olahnya itu. Walaupun anak yang di kandung oleh Dhamirah bukanlah anaknya. Tapi apa yang terjadi kepada Dhamirah adalah salah dirinya.
“Mungkin ini kifarah dekat aku kerana telah menganiayai Dhamirah dahulu. Syarikat aku telah bangkrap. Aku akan terima tawaran Pak Karim itu. Rasanya mungkin Pak Karim terdesak sebab itu dia mahu menjodohkan Fatimah,”gumam Fariz pada dirinya sendiri. Fariz bangun dan berjalan keluar dari bilik. Fariz melihat ibunya ada di dapur sedang menggoreng kerepek pisang.
“Mak ada orang tempah kerepek pisang ya?” tanya Fariz sambil melabuhkan punggungnya diatas bangku tidak jauh dari ibunya sedang menggoreng kerepek pisang.
“Haah, ada orang tempah kerepek pisang. Orang tu nak 15 balang untuk kenduri kahwin anak dia,”jawab ibu Fariz sambil tangan mula mengangkat kerepek pisang yang telah masak.
“Mak... Fariz nak kahwin,” kata Fariz agak ragu-ragu kerana risau ibunya akan terkejut.
“Kamu nak kahwin? Kamu dah ada kawan, kenapa tak kenalkan dengan mak?” tanya ibu Fariz sambil menoleh ke arah Fariz.
“Mak setujukah kalau Fariz nak kahwin ni?”soal Fariz ingin kepastian.
“Dah kamu nak kahwin mestilah mak setuju. Umur kamu pun bukannya muda lagi. Eh, tadi kamu pergi rumah Pak Karim dapat tak kerja?” ujar ibu Fariz sambil tangannya menutup api dapur gas. Ibu Fariz duduk dibangku sebelah Fariz.
“Sebenarnya Fariz nak kahwin dengan anak Pak Karim,” beritahu Fariz serba-salah.
“Kamu nak kahwin dengan Fatimah! Anak Pak Karim tu,”ibu terkejut mendengar Fariz ingin berkahwin dengan Fatimah anak Pak Karim.
“Aah, dngan Fatimah anak Pak Karim,” balas Fariz sambil tersengih.
“Kamu mampukah nak jaga Fatimah tu. Fatimah tu tak macam kita yang normal ni. Kahwin ni bukan perkara yang boleh buat main-main. Mak tak nak nanti dah kahwin kamu rasa tak sanggup nak layan kerenah Fatimah tu. Nanti kamu ceraikan dia pula,” kata ibu Fariz memberi nasihat.
“Fariz akan terima Fatimah seadanya. Lagi pun Fatimah tu tak adalah macam budak-budak sangat. Rasanya dia boleh membaca, mengira dan mengaji,”terang Fariz cuba menyedapkan hati ibunya itu.
“Fatimah tu memanglah boleh mengaji Al-Quran,menulis dan membaca. Tapi cara pemikiran dia tak normal macam kita ni. Tapi semuanya terpulang kamulah,” kata ibu Fariz sepertinya mengalah dengan keinginan anak bujangnya itu.
“Betul mak tak kisah?” Fariz bertanya ingin kepastian dari ibunya.
“Dah kamu yang nak kahwin. Mak terima sajalah,”balas ibu Fariz lagi.
“Kalau macam tu esok Fariz akan bawa mak pergi rumah Pak Karim. Untuk bincang tentang urusan perkahwinan Fariz,” kata Fariz sambil mengukir senyuman.
“Amboi tak sabarnya. Tak payah bertunang dulukah? Nak terus bincang pasal kahwin pula dah,” ujar ibu Fariz agak hairan merasakan anak bujangnya itu terlalu gelojoh. Tidak sabar ingin bergelar suami pada Fatimah.
“Alah, esok mak bincang je lah dengan Pak Karim,” kata Fariz memberi cadangan.
“Yalah, esok mak akan bincang dengan Pak Karim kamu tu,” balas ibu Fariz.
“Mak, Fariz nak masuk biliklah,” kata Fariz sambil mula bangun dari duduknya dan berjalan menuju ke biliknya.
---------++++++----------
Hari ini berlangsungnya majlis pernikahan Fariz dan Fatimah. Ramai orang kampung yang terkejut dengan kesudian Fariz menerima Fatimah sebagai isterinya. Siapa yang tidak kenal dengan Fatimah anak Pak Karim. Orang kampung tahu anak Pak Karim itu mengalami masalah lembam. Fatimah tidak boleh berfikir seperti orang normal. Fatimah suka berada di rumahnya, tidak suka bergaul. Sebelah pagi dalam pukul 8.00 majlis akad nikad berlangsung dirumah Pak Karim. Dalam pukul 12.00 tengahari pula majlis resepsi diadakan.
Fatimah nampak gembira kerana dapat memakai baju pengantin dan di makeup oleh mak andam. Fatimah asik tersenyum diatas pelamin sambil memandang wajah Fariz. Pak Karim melihat Fatimah dan Fariz dengan sebak. Pak Karim berharap apa yang dia lakukan ini adalah jalan terbaik untuk Fatimah. Sekurang-kurangnya setelah dia tiada didunia ini akan ada seseorang melindungi anaknya itu. Pak Karim mengenali Fariz seorang pemuda yang tidak suka berfoya-foya. Umur Fariz sudah 31 tahun tidak pernah melihat Fariz berkawan dengan mana-mana perempuan. Kerana itu Pak Karim yakin Fariz mampu melindungi Fatimah. Kerana jika dirinya sudah tiada pasti ramai yang akan melakukan sesuatu terhadap anaknya itu. Apa lagi dengan keadaan anaknya itu memang mudah di peralatkan dan pergunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Hari sudah semakin petang orang yang datang ke majlis perkahwinan Fariz dan Fatimah sudah berkurangan. Pekerja-pekerja katering juga sudah mula mengemas barang-barang mereka untuk diletak ke dalam van dan lori. Fariz juga sudah menukar bajunya. Tapi berbeza dengan Fatimah yang ralit melihat dirinya didepan cermin. Fatimah masih belum menukar baju pengantinnya, makeup di wajah juga belum di buang.
“Imah, sampai bila kamu nak pakai baju tu? Bukalah baju pengantin tu, pakailah baju biasa pula. Esok baju tu dah kena hantar,”kata sepupu Fatimah. Menyuruh Fatimah membuka baju pengantinnya dan memakai baju biasa.
“Tak mahu! Imah tak puas lagi pakai baju pengantin ni... Imah cantikkan,” kata Fatimah sambil memandang cermin. Sepupu Fatimah hanya mampu mengelengkan kepala saja melihat kelakuan Fatimah.
Macam manalah kehidupan mereka berdua setelah bergelar suami isteri.
Share this novel