Bab 6 Berkepit

Romance Completed 24868

Bab 6

     Fatimah tidak lepas dari memengang baju Fariz. Fatimah juga asyik menundukkan kepalanya kerana tidak berani memandang wajah mentuanya. Ibu Fariz dapat lihat dengan jelas sikap Fatimah itu. Ibu Fariz tidak terkejut dengan tingkah menantunya. Kerana dari awal ibu Fariz tahu keadaan menantunya itu yang kurang cerdik. Seorang ibu memang mahu anak lelakinya mendapat jodoh yang sempurna dan boleh menguruskan rumah tangga. Tetapi ibu Fariz dengan terpaksa setuju Fariz berkahwin dengan Fatimah. Disebabkan Fariz yang mahu berkahwin dengan Fatimah. Sebagai ibu dia hanya menerima saja siapa pun yang menjadi isteri anaknya.

        “Kamu berdua tidur dekat rumah mak ke malam ni?” soal ibu Fariz sambil memandang anak menantunya itu yang sedang duduk di sofa.

       “Maaf, Fariz dan Imah tak boleh nak bermalam. Sebab Imah tidak boleh tidur ditempat lain selain rumah dia,”terang Fariz dengan perasaan serba-salah.

        “Kenalah ajar Imah tu tidur rumah kita. Lagi pun rumah Imah tu bukan jauh sangat dari rumah kita,” nasihat ibu Fariz.

          “Fariz akan ajar dia perlahan-lahan. Tapi sekarang ni kita orang baru lagi bergelar suami isteri,”kata Fariz sambil sebelah tangannya mengaru kepalanya yang tidak gatal.

           “Pergilah ajak Imah tu makan dekat dapur. Mak dah siap masak nasi dan lauk,”ujar ibu Fariz.

            “Imah, jom makan. Mak dah siap masak, abang pun dah lapar ni,” ujar Fariz lalu bangkit untuk pergi ke arah dapur.

             “Imah pun lapar juga ni,” balas Fatimah sambil mengikut Fariz berjalan menuju ke dapur. Tangan Fatimah masih tetap memengang baju Fariz. Ibu Fariz hanya menggelengkan kepala saja melihat kelakuan menantunya itu. Kerana ini pilihan anaknya sendiri yang mahu berkahwin dengan Fatimah.

         Di dapur Fariz mengambil pinggan dan meletakan nasi ke dalam pinggan. Fariz juga mengambil pinggan untuk isterinya. Setelah itu mereka berdua mula menjamah nasi diatas meja. Ibu Fariz hanya memerhatikan saja anak menantunya itu dari jauh. Ibu Fariz memang agak kecewa kerana Fariz mahu berkahwin dengan Fatimah. Orang kampung sangat terkejut bila mendapat tahu Fariz mahu berkahwin dengan Fatimah. Ramai yang mengangap  Fariz sudi memperisterikan Fatimah kerana wang dan harta yang di miliki oleh Pak Karim ayah Fatimah. Didalam kampung ini Pak Karim adalah salah seorang yang paling berharta. Mempunyai banyak kebun sawit. Bukan itu saja Pak Karim juga mempunyai tanah yang di tanam sawah padi. Semua kebun sawit dan sawah padi, Pak Karim telah mengupah beberapa orang untuk menguruskannya. Dahulu ketika Pak Karim masih sihat dia mampu melakukannya kerja-kerja di kebun sawit. Tetapi setelah dia semakin berumur Pak Karim mengupah orang.

       “Mak, mehlah makan sekali,” ajak Fariz sambil menoleh ke arah ibunya itu.

       “Kamu berdua makanlah. Mak masih kenyang lagi,” beritahu ibu Fariz sambil tangannya mula melipat kain baju yang ada depannya.

        Fatimah hanya menunduk saja sambil menyuap nasi ke dalam mulutnya. Fatimah merasa takut kerana sekarang ini dia berada di rumah mentuanya. Fatimah tidak begitu suka berada di tempat lain selain rumahnya. Fatimah akan merasa takut dan sukar menyesuaikan dirinya.

       Habis makan Fariz membansuh pinggannya dan juga pinggan kepunyaan Fatimah. Setelah itu mereka berdua menghampiri ibu Fariz yang masih berada disofa sambil melipat kain baju. Fatimah hanya menunduk tidak berani ingin melihat wajah ibu mentuanya itu.

       “Mak maaf tak boleh nak bermalam dekat sini... sebab Imah tak mahu,” kata Fariz sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.

          “Tak apa mak faham. Lagi pun ayah mentua kamu tu pun tak berapa sihat. Pasal mak tak perlulah risau. Tapi kalau boleh mak nak juga merasa kamu berdua bermalam di sini,”ujar mak Fariz sambil memandang menantunya yang duduk rapat dengan Fariz. Sepertinya tidak mahu langsung menjauh dari Fariz. Hati kecil ibu Fariz terfikir mampukah anaknya melayan kerenah Fatimah yang seperti kebudak-budakan itu.

             “Fariz akan cuba pujuk Fatimah untuk bermalam dekat rumah kita ni suatu hari nanti,”balas Fariz dengan perasaan serba-salah.

            “Imah nanti bila-bila tidurlah dekat rumah mak ni,” kata mak Fariz sambil merenung wajah menantunya itu. Fatimah terdiam dan semakin kuat memengang tangan Fariz.

           “Betul kata mak tu. Nanti bila-bila kita kenalah tidur rumah mak abang ni,” ucap Fariz setuju dengan kata-kata ibunya itu.

             “Tapi Imah takut,” balas Fatimah masih tetap menunduk. Tangan kiri Fatimah memengang tangan Fariz, tangan kanan pula diletakkan dimulutnya. Dan mulut Fatimah mengigit kuku di tangan kanannya.

             “Imah takut apa? Mak bukannya makan orang,”ujar mak Fariz sambil memerhatikan tingkah laku menantunya itu.

            “Sebab... Imah tengok dalam tv mak mentua semuanya jahat,” Fatimah menjawab pertanyaan mentuanya itu dengan suara takut-takut.

             “Dalam tv tu hanya lakonan saja. Mana sama dengan dunia nyata ni. Lagi pun bukan semua mak mentua tu jahat, ada juga yang baik. Kalau mak ni jahat... tak mungkinlah mak benarkan Fariz kahwin dengan kamu,” bahas mak Fariz berharap menantunya itu mengerti.

           “Sepupu Imah kata semua mak mentua tu jahat-jahat,” balas Fatimah mengingat kembali kata-kata sepupunya yang cuba menakut-nakutkan dirinya. Fatimah yang agak lurus bendul mempercayai kata-kata sepupunya itu.

           “Alah, sepupu Imah tu saja je nak menyakat dan bergurau,” kata Fariz sambil tangannya cuba melepaskan tangan Fatimah dari memegang tangannya. Fariz mula merasa kurang selesa kerana terlalu lama Fatimah memengang erat tangannya.

              “Kenapa abang cuba lepaskan pengangan tangan Imah? Abang nak tinggalkan Imah ya?” kata Fatimah sambil memuncungkan mulutnya.

             “Bukanlah... abang nak masuk bilik air ni. Imah sembanglah berdua dengan mak,”jawab Fariz sambil mula bangkit dari  duduknya. Fariz mula melangkah ke arah bilik air. Kedua tangan Fatimah mula memengang kakinya yang telah dinaikkan di atas sofa.

           “Imah jangan takutlah, mak tak akan buat-buat apa pada Imah. Balik nanti Imah kirim salam pada bapak tau,” kata ibu Fariz sambil memerhatikan tingkah laku menantunya itu. Fatimah hanya mengangguk saja. Ibu Fariz tidak berani ingin berbicara lebih-lebih dengan Fatimah. Risau juga jika Fatimah tiba-tiba bertindak yang bukan-bukan.

       Belum pun sempat pukul 6.00 petang Fatimah telah menganjak Fariz pulang ke rumah ayahnya. Sepertinya Fariz masih belum puas berada di rumahnya. Tapi melihat Fatimah yang sudah tidak selesa dan merayu ingin pulang. Membuatkan Fariz terpaksa mengikut kehendak isterinya itu. Fariz dan Fatimah pulang ke rumah Pak Karim dalam pukul 4.30 petang.

      Di sudut hati kecil ibu Fariz merasa simpati dengan nasib anaknya itu. Kerana telah berkahwin dengan Fatimah yang kurang cerdik dan lurus bendul itu.

      “Tak ada masalah cari masalah. Sekarang tak pasal-pasal kena melayan kerenah isteri yang kurang cerdik tu,” keluh ibu Fariz setelah anak menantunya itu hilang dari pandangan mata.

  
     

Selamat membaca...maaf sebab tak boleh update setiap hari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience