Bab 10 Kebun Sawit

Romance Completed 24868

Bab 10

 

     Jam sudah menunjukkan pukul 3.00 petang. Fatimah duduk termenung memandang kerusi malas yang berada ditepi tingkap. Air mata Fatimah jatuh membasahi pipi. Fariz perasaan dengan tingkah laku Fatimah itu. Perlahan-lahan Fariz menghampiri isterinya itu.

     “Imah kenapa menangis ni?” tanya Fariz sambil memandang tepat wajah Fatimah.

       “Imah rindu bapak...  Kenapa bapak tinggalkan Imah macam mak juga?” ujar Fatimah sambil mengelap air matanya dengan lengan bajunya.

        “Sebab Allah lebih sayangkan mak dan bapak Imah. Imah tak perlulah sedih... Abang kan ada penganti bapak,” pujuk Fariz sambil tangannya membantu mengelapkan air mata isterinya itu.

        “Tapi abang dan bapak tak sama. Abang tahu, Imah rasa sakit sangat dekat sini,”kata Fatimah sambil menarik tangan Fariz lalu di letakkan didadanya.

         Fariz tergamam dengan tindakan Fatimah. Fariz sedar Fatimah terlalu naif. Tindakan Fatimah menarik tangannya untuk menyentuh dada. Membuatkan nafsu berahi Fariz bergelora. Fariz cepat-cepat mengalih tangannya.

         “Itu, sebab Imah rindukan bapak. Nanti lama-lama Imah akan biasa,” ujar Fariz  memujuk isterinya itu.

        “Imah lapar la,” kata Fatimah tiba-tiba.

         Fariz tersenyum mendengar kata-kata isterinya itu. Fariz sedar bila isterinya lapar dia akan melupakan apa yang berlenggu di hatinya tadi.

        “Okey, jom kita makan,” ajak Fariz sambil menatap wajah Fatimah.

         “Okey,” balas Fatimah sambil mula melangkah menuju ke ruang makan.

           Fariz memerhatikan saja tingkah isterinya itu. Ada perasaan simpati dengan nasib Fatimah yang sudah kehilangan ibu dan bapa. Fariz juga tidak tahu kenapa dirinya boleh setuju untuk berkahwin dengan Fatimah. Mungkin kerana simpati dengan nasib Fatimah.

          “Mampukah aku melayan kerenah Fatimah yang polos dan naif. Kadang-kadang sikapnya juga seperti kanak-kanak. Semoga aku diberi kuatan untuk terus mendapingi Fatimah,” bisik hati kecil Fariz.

          

 

          Jam sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi. Fariz dan Fatimah baru saja selesai sarapan. Fatimah memandang ke arah Fariz yang sedang memakai kasut boot getah.

           “Abang nak pergi mana pakai kasut boot tu?” tanya Fatimah sambil memandang Fariz.

             Fariz menoleh ke arah isterinya itu lalu berkata, “ Abang nak pergi kebun sawit.”

            “Abang nak tinggal Imah sorang-sorang dekat rumah ke?” tanya Fatimah dengan menatap wajah suaminya itu.

              “Imah takut ya tinggal sorang-sorang. Kalau Imah takut, tak apa Imah boleh ikut abang pergi kebun sawit,”ujar Fariz.

              “Okey, Imah nak ikut,”balas Fatimah dengan wajah cerianya.

               “Nak ikut pergi pakai seluar panjang. Baju pun kena pakai lengan panjang. Dalam kebun sawit tu banyak nyamuk,” perintah Fariz.

                “Okey, Imah nak tukar baju dengan seluar dulu. Abang tunggu tau,” kata Fatimah sambil mula bergegas berjalan masuk ke dalam bilik.

             Lebih kurang dalam 10 minit berada didalam bilik barulah Fatimah keluar. Fariz sudah menunggu Fatimah di luar rumah. Fatimah cepat-cepat berjalan keluar rumah.

           “Imah kunci pintu tu,”Fariz memberi arahan bila melihat Fatimah keluar dari pintu utama.

           Keluar saja dari pintu utama Fatimah mengikut perintah Fariz mengunci pintu. Setelah mengunci pintu barulah Fatimah berjalan ke arah Fariz yang sudah menunggu di  motosikal. Setelah Fatimah membonceng dibelakang Fariz. Barulah Fariz menunggang motosikal menuju ke kebun sawit kepunyaan bapa mentuanya.

         Kebun sawit kepunyaan Pak Karim agak besar juga. Separuh geran tanah kebun sawit arwah Pak Karim telah ditukar kepada nama Fatimah.

           Hanya mengambil masa dalam 5 minit saja dari rumah untuk pergi ke kebun sawit. Sampai di kebun sawit Fariz memberhentikan motosikalnya.

           “Kita dah sampai... Imah turun la,”kata Fariz setelah memberhentikan motosikalnya.

            Fatimah mengikut perintah Fariz dengan turun dari motosikal.

              “Imah duduk je dekat pondok tu. Abang nak pergi tengok pokok sawit dah banyak yang masak belum. Kalau dah banyak yang masak esok barulah abang akan kait buah sawit tu,” kata Fariz sambil tangannya mengambil plastik di dalam raga motosikalnya.

               Beg plastik itu berisi bekal yang dibawa dari rumah. Fariz sempat memasak roti telur untuk dibuat bekal. Air untuk menghilangkan dahaga hanya air kosong saja yang telah diletakkan di dalam botol.

               “Abang jangan pergi jauh-jauh sangat. Imah takut,”kata Fatimah sambil memandang beg plastik di tangan Fariz.

                “Abang tak pergi jauh, dekat-dekat sini saja. Imah kalau lapar dan dahaga boleh makan bekal dalam beg plastik ni,” beritahu Fariz sambil meletakkan beg plastik itu di lantai pondok.

             “Abang bawa bekal apa ni?”tanya Fatimah sambil tangannya mula membuka beg plastik itu.

              “Roti telur dan air kosong je,” Fariz menjawab pertanyaan isterinya itu.

                “Imah, suka roti telur. Dulu bapak selalu buatkan roti telur untuk Imah,” balas Fatimah dengan tersingih menampakkan giginya yang putih.

                “Okeylah... Abang nak pergi tengok pokok sawit yang dekat hujung sana. Imah duduk sini jangan pergi mana-mana tau,”kata Fariz mengingatkan.

                “Okey, Imah akan duduk dekat pondok ni je. Dulu masa dengan bapak pun Imah akan duduk dekat pondok ni juga,” balas Fatimah sambil jarinya membuat bentuk okey ke arah Fariz.

               Fariz mula menapak ke satu demi satu pokok sawit. Fariz nampak dengan jelas sudah banyak buah sawit yang masak.

               “Esok boleh la suruh dua orang pekerja arwah bapak kait buah sawit ni. Kalau aku buat sorang-sorang tak boleh siap sehari. Buah yang masak dah banyak sangat ni,” gumam Fariz.

           “Abang, tolong!” jerit Fatimah tiba-tiba.

            Fariz terkejut mendengar jeritan suara Fatimah meminta tolong. Cepat-cepat Fariz berlari ke arah pondok tempat Fatimah berada. Di fikiran Fariz tertanya-tanya ada apa dengan isterinya itu.

          Setelah hampir dengan pondok, Fariz melihat ada dua buah motosikal berhampiran dengan pondok tempat Fatimah berada itu. Fariz juga melihat ada tiga orang lelaki sedang berada di pondok tempat Fatimah duduk.

          “Kau orang nak buat apa dengan isteri aku tu, hah!” ujar Fariz dengan perasaan amarah.

         Ketiga-tiga lelaki itu menoleh ke arah Fariz.  Salah seorang dari mereka mengukir senyuman kepada Fariz.

        “Ooh... isteri kau rupanya. Tak sangka kau sanggup kahwin dengan perempuan tak betul ni. Tapi aku yakin kau kahwin dengan perempuan oku ni mesti bersebabkan,”kata lelaki itu sambil menapak ke arah Fariz.

          “Kau jangan nak kacau isteri aku!” Fariz memberi amaran.

           “Cis! Macamlah kami ni takut dengan kau. Sikit pun kami tak takut apa lagi tergugat,”kata seorang lagi lelaki di pondok itu.

          “Abang, Imah takut!” kata Fatimah sambil menoleh ke arah Fariz.

          “Imah jangan takut, abang ada,” kata Fariz cuba menenangkan Fatimah yang sudah mengeluarkan air mata.

           “Kau orang bertiga pergi dari sini sekarang! Jangan nak ganggu kami,”ujar Fariz dengan lantang.

          “Aku tahu la kau kahwin dengan perempuan ni sebab harta dia kan. Kau lagi teruk dari kami bertiga. Kami sekadar bergurau-senda saja dengan isteri kau ni,” balas salah seorang dari tiga lelaki itu.

       “Tak kisah la aku kahwin sebab apa. Dia dah jadi isteri aku. Sebagai suami aku akan lindungi dia,” kata Fariz menahan marahnya.

          “Jom kita bantai si Fariz ni. Aku dah lama tak tumbuk orang ni,” kata salah seorang lelaki itu.

         “Kau orang ingat aku takut. Mai la sini kita lawan,” balas Fariz.

         Tiga lelaki itu mula berjalan menghampiri Fariz. Melihat ketiga-tiga lelaki itu sudah turun dari pondok. Fatimah cepat-cepat turun dari pondok dan berlari keluar dari kebun. Fatimah menangis teresak-esak sambil berjalan keluar dari kebun sawit. Tidak sengaja ada orang kampung bernama Osman melalui jalan itu melihat Fatimah berjalan keluar dari kebun sawit sambil menangis. Osman segera memberhentikan motosikalnya tidak jauh dari Fatimah.

            “Imah kenapa jalan sorang-sorang ni? Mana suami kamu?” tanya Osman penasaran.

            “Abang ada dalam kebun tu. Ada orang nak gaduh dengan abang,” jawab Fatimah sambil menunjuk ke arah kebun sawit arwah bapaknya itu.

            “Sapa yang nak cari gaduh dengan suami kamu tu? Meh tunjuk dekat Pak Cik,” kata Osman mula menunggang motosikalnya ke arah kebun sawit yang di tunjuk oleh Fatimah.

           “Hey, kau orang buat apa dekat sini!” jerit Osman bila melihat Fariz berlawan dengan 3 orang lelaki.

            Tiga orang lelaki itu menoleh ke arah Osman.

            “Pergi dari sini sekarang! Jangan nak kacau budak Fariz ni. Kalau kau orang tak mau kena angkut dengan polis,” kata Osman memberi amaran.

            Fatimah cepat-cepat berlari ke arah Fariz. Mendengar amaran dari Osman tiga orang lelaki itu cepat-cepat menungang motosikal masing-masing.

             “Fariz, kamu okey tak ni?” tanya Osman.

            “Saya okey. Lagi pun mereka tu bukan lawan saya,”jawab Fariz sambil tersenyum.

             “Memanglah kau tu pandai bersilat. Tapi kalau dah 3 lawan 1 lunyai juga kau kalau aku tak datang,”ujar Osman sambil menggelengkan kepala.

        

       

Maaf lama tak update.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience