Bab 5
Fatimah tidak mengedahkan kata-kata Fariz. Fatimah tetap dengan pendiriannya tidak mahu mengikut Fariz pulang ke rumahnya. Pak Karim cuba memujuk Fatimah tapi Fatimah mula bangun dan menapak masuk ke dalam bilik. Pak Karim hanya mampu menggeleng kepala saja melihat sikap anak tunggalnya itu.
“Bapak harap kamu dapat bersabar dengan kerenah Imah. Kalau kamu pandai pujuk pasti Imah akan ikut,”ujar Pak Karim dengan suara yang agak lemah.
“Insyaallah, saya akan cuba bersabar dengan sikap Imah tu. Sebab Imah sudah pun jadi isteri saya,”balas Fariz. Pak Karim berasa lega mendengar kata-kata menantunya itu. Berharap sangat Fariz mampu mengalas tanggungjawab menjaga dan mendidik Fatimah setelah dirinya tiada.
Fatimah boleh melakukan kerja-kerja rumah tapi tidaklah cekap seperti orang normal. Perlu dipantau dan di suruh barulah Fatimah akan melakukanya. Jika tidak Fatimah akan melakukan ikut suka hatinya saja. Dan akan makin berselerak jika tidak dipantau.
“Kamu pergilah tengok Imah. Entah dia buat apa dekat dalam bilik tu,”Pak Karim menyuruh Fariz pergi melihat Fatimah didalam bilik. Kerana Pak Karim risau dengan anak tunggalnya itu.
“Baiklah, saya pergi tengok Imah sekarang,” kata Fariz lalu bangun dan mula berjalan menuju ke arah bilik. Sampai di depan pintu bilik Fariz mengetuk daun pimtu bilik.
Tok... tok... tok.
Kedengaran bunyi ketukan tangan Fariz didaun pintu. Tidak berapa lama kemudian Fatimah membuka daun pintu bilik itu dari dalam.
“Apa ketuk-ketuk pintu ni? Kacau Imah je. Imah baru nak rehatkan badan,” ucap Fatimah dengan memuncungkan mulutnya.
“Abang ketuk pintu sebab nak masuk biliklah,”jawab Fariz sambil menapak masuk ke dalam bilik.
“Kenapa masuk bilik Imah?”tanya Fatimah agak hairan.
“Kan abang dan Imah dah kahwin. Jadinya bilik Imah akan jadi bilik abang juga. Malam tadikan Imah dah tidur sama-sama dengan abang,”jawab Fariz sambil mula melabuhkan punggung diatas katil.
“Yalah, bapak kata bila dah kahwin Imah kena tidur dengan abang. Tapi sekarang ni Imah belum nak tidur lagilah,” balas Fatimah lalu duduk diatas katil di sisi Fariz.
“Sekarang ni abang nak tidur jadi Imah kenalah temankan abang,”kata Fariz sambil mengaru kepalanya.
“Siang lagilah. Abang pergilah tidur dekat tempat lain. Nanti malam baru kita tidur sama-sama,”ujar Fatimah sambil tangan mengambil bantal peluk bentuk beruang.
“Imah, jom ikut abang balik rumah mak abang. Imah boleh sembang-sembang dengan mak abang,” ajak Fariz sambil memandang Fatimah yang sedang membelek wajah didepan cermin.
“Tak mahulah... Imah takut,” balas Fatimah menolak ajakan Fariz.
“Tak payahlah takut... mak abang bukannya makan orang. Mak abang tu baiklah, hari ni adik abang dah nak balik KL. Kesian mak abang tu tinggal sorang-sorang,” pujuk Fariz sambil memerhatikan gerak-geri Fatimah yang ada disebelahnya.
“Kalau Imah ikut abang... kesian dekat ayah tinggal sorang-sorang juga,” balas Fatimah pula.
“Adui, pandai pula dia buat alasan,”bisik hati Fariz sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.
“Abang asik garu kepala je, entah-entah kepala abang ada kutu kut,”kata Fartimah sambil menoleh ke arah Fariz.
“Eh, kepala abang mana ada kutu. Abang tengah fikirkan sesuatu ni,” kata Fariz memberi alasan.
“Abang tengah fikir tentang apa?”tanya Fatimah ingin tahu.
“Abang tengah fikir macam mana nak buat Imah ikut abang balik jumpa mak abang,”jawab Fariz sambil tersengih menampakkan giginya.
“Mmmh... biar Imah fikir dulu,”ucap Fatimah sambil mendongakkan kepala. Fariz perhatikan saja kelakuan isterinya itu. Lebih kurang dalam 2 minit Fatimah mendongakkan kepalanya. “Okay, Imah akan ikut abang tapi... .,”
“Tapi apa?” soal Fariz tidak sabar mendengar kalimat yang keluar dari mulut Fatimah.
“Bila dah malam Imah nak balik rumah bapak balik. Imah tak mahu tidur rumah orang. Imah suka tidur rumah Imah saja,” kata Fatimah sambil memuncungkan bibirnya.
“Alah, tidur satu malam apa salahnya,”kata Fariz kurang setuju.
“Tak mau!”balas Fatimah sambil menggelengkan kepalanya.
“Baiklah, pukul 11.00 kita pergi nanti petang dalam pukul 6.00 kita balik. Lagi pun rumah mak abang bukannya jauh pun,”ujar Fariz mangalah dengan kehendak Fatimah.
“Tapi... Imah takutlah,” balas Fatimah merasa takut ingin pergi ke rumah mentuanya itu.
“Alah, jangan takutlah. Abang kan ada,” Fariz tetap cuba menyakinkan Fatimah.
“Okaylah,”sahut Fatimah sambil mengukir senyuman dibibirnya.
Fariz terpesona melihat senyuman dibibir Fatimah. Tidak pernah Fariz melihat Fatimah tersenyum sebelum ini. Mulut Fatimah selalu muncung tidak kira masa. Fariz tidak tahu kenapa Fatimah suka sangat memuncungkan mulutnya.
Tepat pukul 11.00 pagi Fariz dan Fatimah keluar dari rumah. Pak Karim melihat anak menantunya itu menapak keluar dari rumah. Pak Karim tidak sangka Fariz berjaya juga memujuk Fatimah mengikutnya pulang ke rumah ibunya. Tapi dengan syarat tidak tidur di rumah itu. Pak Karim tahu sangat dengan kerenah anak tunggalnya itu. Nasib baiklah rumah Pak Karim dan besannya itu tidaklah jauh dan masih satu kampung.
Di luar rumah Fariz membuka kunci motosikal lalu mula menghidupkan enjin. Setelah enjin motosikal berbunyi Fatimah hanya berdiri tegak saja memerhatikan Fariz.
“Cepatlah naik atas motor,” perintah Fariz bila melihat Fatimah masih berdiri tidak membonceng dibelakangnya.
“Kenapa tak naik kereta je?” soal Fatimah sambil memuncungkan mulutnya.
“Adui, dia buat hal pula dah,” gumam Fariz.
“Alah, rumah mak abang dekat je. Lagi pun masih satu kampung tak payahlah naik keteta,”terang Fariz sambil memandang ke arah Fatimah.
“Imah takut naik motor... kalau jatuh sakit. Kalau naik kereta dia tertutup,” balas Fatimah.
“Abang bawa motor tak pernah jatuhlah. Imah peluklah abang kuat-kuat pasti tak kan jatuh,” Fariz cuba menyakinkan Fatimah. Fatimah terdiam seketika mungkin sedang memikirkan apa yang dikatakan oleh Fariz.
“Okaylah. Tapi abang jangan bawa laju-laju tau. Nanti jatuh sakit,” Fatimah mengingatkan Fariz.
“Ya, abang tak akan bawa laju. Lagi pun jalan kampung nak bawa laju buat apa. Cepatlah naik,” kata Fariz sambil tangan kanan memulas minyak motorsikal.
Fatimah mula menghampiri motosikal yang ditunggang oleh Fariz. Fatimah mula membonceng dibelakang Fariz. Tangan Fatimah memeluk pinggang Fariz dengan erat. Fariz mula menekan gear satu. Motosikal mula bergerak keluar dari halaman rumah. Hanya mengambil masa lima minit saja untuk sampai ke rumah ibu Fariz. Sampai di halaman rumah Fariz melihat masih ada kereta adiknya di halaman rumah. Fariz memberhentikan motosikal dan menongkat motosikalnya itu. Tapi Fatimah masih tidak turun dari motorsikal tetap memeluk erat tubuh Fariz.
“Dah sampai, turunlah,” kata Fariz sambil tangannya mula cuba meleraikan pelukan tangan Fatimah di pinggangnya.
Fatimah melepaskan tangannya dari memeluk pinggang Fariz. Perlahan-lahan Fatimah turun dari motorsikal. Setelah Fatimah turun barulah Fariz turun dari motorsikal. Turun saja Fariz dari motosikal Fatimah cepat-cepat pengang tangan Fariz kerana merasa takut ingin bertemu dengan ibu mentuanya.
“Abang janji tau jangan tinggalkan Imah dengan mak abang. Imah takut,” kata Fatimah sambil tangan memegang erat tangan Fariz.
“Jangan risaulah, mak abang baik je,”kata Fariz sambil mula melangkah ke arah pintu utama. Belum sempat memberi salam daun pintu dibuka dari dalam.
“Mak, pengantin baru dah sampai!” jerit Amir adik Fariz yang membuka pintu.
“Kau nak balik dah ke Amir?” tanya Fariz bila melihat adiknya itu membawa beg ditangannya.
“Aah, Amir nak balik.Esok Amir dah kena kerja macam biasa,”jawab Amir sambil memakai kasut.
“Hati-hati bawa kereta tu,” Fariz mengingati adiknya itu.
“Jangan risau Amir akan hati-hati. Abang macam mana malam pertama okay tak?” bisik Amir di telinga Fariz sambil menjeling ke arah Fatimah yang tidak lepas memengang erat tangan Fariz.
“Kau ni tak ada soalan lain ke nak tanya,” ujar Fariz sambil memukul bahu Amir dengan kuat.
“Aduh, sakitlah,”teriak Amir menahan sakit kerana di pukul Fariz.
“Kamu berdua ni dah kenapa?” tanya ibu Fariz bila melihat Fariz memukul Amir.
“Tak ada apalah mak. Saja gurau dengan Abang Long. Yalah, sekarangkan dah jadi suami orang,”kata Amir sambil tersengih.
“Nah lauk dengan nasi. Nanti berhentilah dekat mana-mana boleh makan. Tak payah nak beli,” kata Mak Fariz sambil menghulurkan plastik berisi bekas makanan.
“Terima kasih, mak. Amir pergi dulu,” Amir mengambil beg plastik ditangan ibunya itu. Lalu Amir masuk ke dalam keretanya.
Maaf tak dapat nak update setiap hari.
Share this novel