Bab 8 Masuk Hospital

Romance Completed 24868

Bab 8

    

       Pagi ini Fariz bangun tidur agak lewat hampir pukul 7.00 pagi. Menyebabkan Fariz tergesa-gesa mengambil wuduk dan mengerjakan solat subuh. Sehingga Fariz terlupa mengejut Fatimah dari tidurnya untuk menunaikan solat subuh. Selesai solat barulah Fariz sedar Fatimah masih lagi tidur diatas katil dengan pulasnya. Fariz menepuk kepalanya kerana terlupa untuk mengejutkan isterinya itu. Setelah menyimpan sejadah, Fariz menghampiri katil tempat Fatimah tidur.

       Tangan Fariz perlahan-lahan mengerak-gerakkan tubuh Fatimah. Fatimah mula membuka matanya. Fatimah mengosok matanya perlahan-lahan kemudian mula mengeliatkan tubuhnya.

        “Imah bangun... dah siang,” ujar Fariz sambil menatap wajah Fatimah yang masih mamai.

          “Imah ngatuklah!” balas Fatimah yang kurang suka Fariz mengejutkannya dari tidur.

           “Bangunlah... matahari dah terbit ni.  Imah tak lapar ke?” kata Fariz sambil tangannya terus mengerak-gerakkan tubuh Fatimah.

         “Yalah, Imah bangunlah ni,” balas Fatimah sambil meregangkan tangannya.

         “Boleh pun bangun,” ucap Fariz sambil menatap wajah Fatimah yang kusut masai.

         “Imah nak mandi dulu,” beritahu Fatimah sambil mula turun dari katil.

          Fariz memerhatikan saja Fatimah masuk ke dalam bilik air. Fariz memandang ke arah jam dinding yang ada didalam bilik. Jarum jarum sudah menunjukkan pukul 7.10 pagi. Fariz menapak keluar dari dalam bilik. Keluar dari bilik Fariz mendengar suara Mak Jah memberi salam diluar rumah. Fariz cepat-cepat berjalan ke arah pintu utama. Sampai di depan pintu Fariz segera membuka daun pintu.

       “Waalaikumusalam,” jawab Fariz sambil membuka daun pintu.

         “Pak Karim belum bangun lagi ke?” soal Mak Jah bila melihat Fariz yang membuka pintu untuknya.

         Kerana setiap pagi pintu utama ini akan dibuka oleh Pak Karim. Kebiasaan setiap pagi selepas menunaikan solat subuh Pak Karim akan membuka kunci pintu utama dan akan duduk di kerusi malas yang berada hampir dengan jendela. Tetapi pagi ini Pak Karim sepertinya masih belum bangun lagi. Hati Fariz dan Mak Jah merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Pak Karim. Kerana belum pernah Pak Karim bangun lewat sebegini.

      “Mak Jah, saya nak pergi tengok bapak dalam bilik. Saya rasa tak sedap hatilah. Belum pernah bapak bangun lewat macam ni. Selalunya setiap pagi mesti dia dah duduk di kerusi malas ni,” ujar Fariz lalu mula menapak menuju ke bilik bapa mentuanya itu.

       Sampai didepan pintu bilik bapa mentuanya. Fariz mengetuk daun pintu bilik tapi tiada respon. Fariz cuba membuka pintu bilik bapa mentuanya itu. Pintu tidak berkunci dan perlahan-lahan daun pintu terbuka. Fariz segera masuk ke dalam bilik untuk melihat keadaan bapa mentuanya itu. Fariz lihat bapa mentuanya itu masih terbaring di atas katil seperti sedang tidur. Fariz menghampiri katil bapa mentuanya itu. Fariz lihat dada bapa mentuanya turun naik seperti sukar untuk bernafas. Cepat-cepat Fariz memanggil Mak Jah dan Fatimah.

        Dengan cepat Mak Jah masuk ke dalam bilik bila mendengar Fariz memanggil namanya. Manakala Fatimah pula berjalan lambat-lambat menuju ke bilik ayahnya.

       “Ada apa abang panggil Imah dan Mak Jah ni?” soal Fatimah sambil memandang ke arah Fariz yang berada di sisi katil ayahnya.

          “Imah ikut abang bawa bapak pergi hospital,” kata Fariz sambil menoleh ke arah Fatimah.

          “Kenapa dengan bapak?” tanya Fatimah sambil berlari menghampiri katil ayahnya itu.

          “Bapak sakit. Sebab tu kena bawa pergi hospital,”terang Fariz lagi.

           “Bapak sakit apa?... bapak bangunlah,” ujar Fatimah sambil menyentuh tangan ayahnya itu. Melihat ayahnya itu tidak membuka mata membuatkan Fatimah menangis teresak-esak.

          “Bapak bangunlah... jangan tidur je,” kata Fatimah sambil memengang tangan ayahnya.

         “Mak Jah tolong tengok-tengokkan bapak. Saya nak call ambulan sekejap. Tengok keadaan bapak ni rasanya kalau naik kereta pergi hospital lambat,” kata Fariz sambil tangannya mula mengeluarkan telefon pintarnya. Fariz mendail nombor kecemasan memberitahu keadaan bapa mentuanya.

         Lebih kurang dalam 15 minit selepas membuat panggilan. Ambulan sampai didepan rumah. Pak Karim telah dibawa ke hospital menaiki ambulan. Fatimah dan Fariz menaiki kereta mengekori ambulan dari belakang menuju ke hospital.

        Lebih kurang dalam 20 minit barulah mereka sampai di hospital. Pak Karim telah di letak di ruang kecemasan. Pihak hospital memberikan bantuan oksigen kepada Pak Karim. Lebih kurang dalam satu jam berada di ruang kecemasan barulah Pak Karim dipindahkan masuk ke dalam wad. Salah seorang kakitangan hospital yang bertugas di bahagian kecemasan memanggil waris Pak Karim. Dengan cepat Fariz dan Fatimah pergi ke arah staff hospital yang memanggil waris Pak Karim.

       “Ya, kami waris  Encik Karim,” kata Fariz memperkenalkan diri.

         “Encik Karim kami dah letak di dalam wad 17. Encik boleh pergi ke wad itu sekarang,”terang kakitangan yang bertugas itu.

        Tanpa berlengah Fariz berjalan menuju ke wad 17 yang diberitahu oleh staff itu. Fatimah mengekori langkah Fariz. Fatimah merasakan Fariz berjalan agak cepat darinya. Dengan cepat  Fatimah memengang tangan Fariz. Fariz menoleh ke arah Fatimah bila merasa tangannya di pengang oleh isterinya itu.

          “Abang, kita nak pergi mana pula ni?” tanya Fatimah sambil memegang erat tangan Fariz.

         “Kita nak pergi tengok bapak dekat dalam wad,” jawab Fariz sambil kaki terus melangkah.

           “Eh, bapak bukan dalam tu ke tadi,” kata Fatimah agak hairan.

            “Tadi memanglah dekat kecemasan tu. Tapi sekarang diorang dah letak bapak dekat dalam wad,”terang Fariz.

           “Ooh,” sahut Fatimah sambil terus berjalan sambil memegang tangan Fariz.

         

         Lebih kurang dalam sepuluh minit barulah Fariz dan Fatimah sampai ke wad yang telah di beritahu oleh staff yang bertugas itu tadi. Masuk ke dalam wad Fariz bertanya kepada jururawat bertugas di mana katil pesakit bernama Karim yang baru dibawa masuk ke dalam wad ini. Jururawat memberitahu nombor katil tempat Pak Karim ditempatkan. Tanpa berlengah Fariz dan Fatimah pergi ke katil Pak Karim.

        Fariz dan Fatimah lihat ada dua orang doktor sedang berada berhampiran katil Pak Karim. Salah seorang doktor sedang memeriksa keadaan Pak Karim. Fatimah melepaskan tangan Fariz lalu berlari ke arah katil ayahnya itu.

        “Bapak!” teriak Fatimah sambil mendekati katil ayahnya.

         “Cik anak pesakit inikah?” tanya doktor yang sedang memeriksa keadaan Pak Karim.

           “Ya, saya anak dia. Kenapa dengan bapak saya doktor? Kenapa bapak tak bangun-bangun ni?” ujar Fatimah sambil memandang ayahnya yang sedang baring diatas katil pesakit. Fatimah melihat di hidung ayahnya telah diletak wayar yang bersambung dengan oksigen. Untuk membantu Pak Karim bernafas.

         Doktor itu memandang ke arah Fatimah. Doktor merasakan Fatimah seperti tidak tahu apa-apa mengenai keadaan ayahnya itu. Kelihatan cara percakapan dan tingkah Fatimah tidak normal seperti orang dewasa.  

       “Masih ada waris lain tak?” soal doktor itu sambil memandang ke arah Fatimah.

        “Saya menantu pesakit ni. Isteri saya ni ada masalah lembam,” kata Fariz sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.

          “Ooh patutlah... saya nak jelaskan keadaan pesakit ni. Sebenarnya paru-paru ayah awak ni dah rosak teruk. Kami tak pasti berapa lama dia akan bertahan dengan bantuan oksigen ni,”terang doktor itu.

          Fariz tergamam mendengar penjelasan doktor lelaki itu. Fariz memang tahu bapa mentuanya itu sakit. Tapi tidak menyangka bapa mentuanya itu akan pergi secepat ini. Fariz memandang ke arah Fatimah yang sedang memegang tangan ayahnya itu. Fariz sedar jika bapa mentuanya itu pergi buat selamanya Fatimah sudah tiada sesiapa lagi. Fatimah memang masih mempunyai bapa saudara dan ibu saudara sebelah ayahnya. Tapi Fatimah tidak begitu rapat dengan mereka. Bapa mentuanya juga pernah memberitahu kepada Fariz bahawa Fatimah pernah di dera oleh isteri bapa saudaranya. Di sebabkan itulah Pak Karim meminta Fariz berkahwin dengan Fatimah. Supaya nasib Fatimah terbela. Kerana Pak Karim tahu tiada siapa yang akan ikhlas untuk menjaga Fatimah. Sampai sekarang sepupu-sepupu Fatimah sering mengusik dan menyakat anaknya itu.

       Setelah doktor menjelaskan keadaan Pak Karim kepada Fariz. Doktor itu pun pergi ke katil pesakit lain pula. Fariz menghampiri Fatimah yang berada di tepi katil ayahnya.

       “Imah jangan sedih-sedih. Lebih baik Imah bacakan surah Yassin untuk bapak,”kata Fariz sambil mengusap rambut Fatimah.

        “Kenapa kena baca Yassin pula?” tanya Fatimah tidak mengerti.

         “Sebab... nak meminta pada Allah untuk sembuhkan penyakit bapak,” jawab Fariz sambil menatap wajah Fatimah yang kelihatan murung.

           “Tapi Imah tak bawa Yassin macam mana nak baca,” balas Fatimah lagi.

          “Imah bawa telefon tak? Kalau bawa meh sini abang muat turun surah Yassin dekat telefon Imah tu,” kata Fariz sambil menyuakan tangannya. Tanpa banyak soal Fatimah memberikan telefon pintarnya kepada Fariz.

         Fatimah memang agak kurang cerdik dan bersikap kebudak-budakan. Tetapi Fatimah pandai membaca dan mengaji Al-Quran. Kerana telah di ajar oleh arwah ibunya dari usia Fatimah umur 6 tahun.

Happy reading..

Share this novel

Elenella_Cara
2022-05-10 17:31:02 

bila nak update bab baru ? dah tunggu lama ni

cdk8234ira
2022-04-28 20:40:29 

suka citer ni update lg please...


NovelPlus Premium

The best ads free experience