Bab 11
Setelah Pak Osman pergi Fatimah berjalan mendekati Fariz.
“Abang... Imah takut la,” kata Fatimah sambil memengang tangan Fariz.
“Imah tak perlu takut. Diaorang tak akan berani kacau Imah dah lepas ni,” ujar Fariz cuba untuk menghilangkan rasa takut yang dirasai oleh Fatimah.
“Lepas ni abang jangan tinggal Imah sorang-sorang dah tau,” kata Fatimah sambil tanganya tetap memengang erat tangan Fariz.
“Imah jangan risaulah. Lepas ni abang tak akan biar Imah sorang-sorang dekat pondok ni,” balas Fariz.
“Abang nak tengok pokok sawit lagi ke?” tanya Fatimah sambil menatap wajah suaminya itu.
“Tak dah... Jom kita balik lagi pun dah tengahari ni,” kata Fariz sambil berjalan ke arah motosikal.
“Baik, perut Imah pun dah lapar ni,” beritahu Fatimah sambil memegang perutnya.
Fariz hanya mengukir senyuman melihat gelagat isterinya itu.
“Cepatlah naik atas motor,” perintah Fariz setelah dirinya duduk diatas motosikal.
“Abang pegang kuat-kuat tau, Imah nak naik dah ni. Kalau abang tak pengang kuat-kuat nanti motor ni terbalik pula,” kata Fatimah sambil mula melangkah kakinya untuk naik ke atas motorsikal.
“Jangan risaulah motor ni tak akan terbalik. Badan Imah bukannya besar mana pun, kecil je,”balas Fariz lalu menghidup enjin motosikal.
“Dulu masa dengan ayah pernah terbalik motor masa Imah nak naik,” kata Fatimah sambil memeluk kuat tubuh Fariz.
“Arwah ayah Imah dan abang tak samalah. Tenaga abang masih kuat lagi,” balas Fariz sambil mula menunggang motosikal keluar dari kebun sawit.
“Abang nanti singgah kedai makan tepi jalan tu tau. Imah dah lapar sangat ni. Dulu masa ayah ada selalu bawa Imah makan dekat situ,” kata Fatimah sambil tangannya menunjuk ke arah kedai makan di tepi jalan.
“Baiklah,” sahut Fariz sambil memandang ke arah kedai makan yang di tunjuk oleh Fatimah.
Sampai di kedai itu Fariz memberhentikan motosikalnya. Fatimah cepat-cepat turun dari motosikal setelah Fariz memberhentikan motosikalnya.
“Abang cepatlah! Imah dah lapar ni,” kata Fatimah sambil memandang ke arah Fariz yang baru selesai menongkat motosikalnya.
“Yalah, abang pun lapar juga,” balas Fariz sambil berjalan menghampiri Fatimah.
Mereka berdua berjalan beriringan masuk ke dalam kedai makan.
“Abang kita duk dekat sini,” kata Fatimah dengan melabuhkan punggungnya di bangku yang masih kosong mejanya.
Fariz duduk dibangku sebelah isterinya itu.
“Imah nak makan apa?” soal Fariz dengan memandang wajah isterinya itu.
“Imah nak nasi ayam macam biasalah,” jawab Fatimah sambil tersengih.
“Kalau macam tu abang pun nak makan nasi ayam jugalah,” ujar Fariz lalu memanggil pelayan yang ada di dalam kedai.
Pelayan itu datang ke meja Fatinah dan Fariz. Fariz dan Fatimah segera memberitahu makanan dan minuman yang mereka mahu pada pelayan itu. Lebih kurang dalam 10 minit nasi ayam dan minuman yang mereka pesan pun sampai. Melihat makanan sudah diletakkan di atas meja oleh pelayan. Fatimah terus membaca Bismillah dan mula menyuap nasi ke dalam mulut. Fariz memerhati saja Fatimah yang agak sedikit gelojoh menyuap nasi ke mulut.
“Nampaknya Imah memang betul-betul lapar. Sekurang-kurangnya dia dah lupa tentang kejadian di kebun sawit tadi,”bisik hati kecil Fariz.
Selesai makan dan membayar harga makanan. Fariz dan Fatimah keluar dari kedai makan itu. Lalu mereka berdua pulang ke rumah.
Masuk saja ke dalam rumah Fatimah terus merebahkan tubuh badannya ke atas sofa yang ada di ruang tamu. Fariz pula setelah masuk ke dalam rumah terus mnegunci pintu utama. Fariz menapak menghampiri Fatimah yang sedang baring di atas sofa.
“Imah jangan tidur dulu... Nanti dah mandi baru tidur. Lagi pun kita baru je balik dari kebun sawit,” ujar Fariz sambil menyentuh tubuh Fatimah.
“Alah, abang ni kacaulah. Imah Cuma nak rehatkan badan saja,” balas Fatimah dengan wajah cemberutnya.
“Nanti dah mandi boleh je nak rehatkan badan tu,”bidas Fariz sambil menarik tangan isterinya.
“Yalah... Abang ni perangai macam bapak juga,” kata Fatimah sambil mula mengerakkan tubuhnya untuk bangun.
“Itu tandanya abang ambil berat dengan, Imah,”kata Fariz sambil memerhatikan isterinya berjalan menuju ke bilik.
Setelah Fatimah selesai mandi barulah Fariz pula masuk ke dalam bilik air untuk mandi. Selesai membersihkan dirinya Fariz menapak keluar dari bilik air. Fariz tersenyum kecil dan mengelengkan kepalanya bila melihat tubuh Fatimah terbaring di atas katil. Separuh badan Fatimah di tutupi oleh tuala mandi.
“Kamu ni Imah memang suka buat nafsu lelaki aku ni naik,” gumam Fariz sambil mendekati Fatimah yang sedang tertidur dengan pulas.
Fariz menatap ke arah tubuh isterinya itu agak lama. Fariz dapat lihat dengan jelas kulit putih mulus isterinya itu. Fariz juga tidak sengaja terpadang lurah payudara isterinya itu. Cepat-cepat Fariz menutup tubuh isterinya dengan selimut. Setelah itu barulah Fariz mengambil baju untuk di pakai. Setelah rapi memakai baju barulah Fariz keluar dari bilik. Fariz pergi ke ruang tamu dan mula merebahkan tubuhnya di atas sofa.
Di minda Fariz memikirkan patutkah dirinya meminta apa yang sepatutnya menjadi haknya sebagai suami. Sampai bila gelojak nafsu lelakinya harus bertahan. Adakah Fatimah akan faham dan mengerti tentang hubungan intim antara suami isteri? Bagaimana caranya supaya membuat Fatimah faham tentang perkara itu? Berbagai pertanyaan mula timbul di minda Fariz.
Maaf sebab lama tak dapat update novel ni. Kerana saya agak sibuk belajar memandu untuk ambil lesen memandu D. Sambil mencari kereta terpakai.
Maaf bab kali tak berapa panjang sebab tak boleh nak fokus menulis. Insyaallah jika semua urusan saya dah selesai saya akan cuba update kerap².
Share this novel