Bab 12
Fatimah membuka mata dan perlahan-lahan tangannya mengosok mata. Fatimah mengeliatkan tubuh badannya sambil memandang keadaan bilik mencari suaminya.
“Mana Abang Fariz ni?” gumam Fatimah sambil mula mengerakkan tubuhnya untuk turun dari katil.
Fatimah baru menyedari dirinya hanya berbalut kain tuala saja di tubuhnya. Fatimah berjalan ke arah almari baju lalu membuka pintu almari itu. Fatimah mengambil baju tidur bercorak Hello Kitty. Setelah rapi memakai baju barulah Fatimah menapak keluar dari bilik.
“Mana Abang Fariz ni? Orang lapar ni,” kata Fatimah sambil berjalan menuju ke arah dapur.
Dari jauh Fatimah sudah mendengar bunyi sesuatu di dapur. Fatimah tersenyum kerana tahu itu pasti Fariz. Fatimah mempercepatkan langkahnya. Fatimah tersenyum bila melihat sosok suaminya itu sedang berada di sinki seperti mencuci sesuatu.
“Abang Fariz ada masak apa-apa tak? Perut Imah lapar la,” kata Fatimah sambil berdiri dibelakang Fariz yang berdiri didepan sinki.
Fariz menoleh ke arah Fatimah sambil mengukir senyuman.
“Abang baru je siap masak. Nanti kita makan sama-sama, Imah duduk dulu dekat meja tu,” jawab Fariz sambil tangannya mengusap kepala Fatimah.
“Abang Fariz ni! tangan basah habis rambut Imah,” ucap Fatimah sambil tangan membetulkan rambutnya.
“Alah, basah sikit je pun,” balas Fariz sambil mula mengambil pinggan.
“Imah nak guna pinggan Hello Kitty warna pink tu,” beritahu Fatimah bila melihat Fariz mengambil dua pinggan biasa.
“Alah, asyik pakai pinggan tu je. Sesekali pakailah pingan biasa pula,” kata Fariz tidak mengendahkan ke inginan isterinya itu.
“Kalau macam tu Imah tak mahu makanlah,” balas Fatimah dengan wajah kecewa.
“Kalau Imah tak mahu makan nanti Imah lapar. Lagi pun Imah dah besar bukan kecil lagi nak guna pinggan budak-budak tu,” kata Fariz sambil mula menyedok spageti yang sudah siap masak ke dalam pinggan.
Fatimah menelan air liurnya bila melihat spageti yang sudah berada di dalam pinggan.
“Imah nak tak mau ni? Kalau tak mau, tak apa abang makan bagi habis. Nanti membazir pula kalau tak dak sapa nak makan,” kata Fariz lagi sambil melirik ke arah Fatimah.
“Imah nak makan,” jawab Fatimah sambil mula menarik pinggan yang sudah berisi spageti.
“Boleh pun makan guna pinggan biasa, saja mengada-ngadakan. Makan dekat kedai tadi pun boleh je guna pinggan biasa,” ujar Fariz lalu duduk di bangku sebelah Fatimah.
Fariz mendengar Fatimah membaca doa makan sebelum menyuap spageti ke dalam mulutnya. Walaupun tingkah laku Fatimah tidak seperti kebanyakan wanita normal. Tapi Fariz agak kagum melihat Fatimah yang mampu menghafal doa-doa pendek. Fatimah juga mampu membaca Al-Quran. Walaupun tidaklah selancar dirinya.
“Abang Fariz boleh tak Imah nak tambah?” soal Fatimah bila spageti didalam pinggannya sudah habis.
“Boleh... Lagi pun banyak lagi spageti tu. Imah bolehlah habiskan,” jawab Fariz sambil memandang wajah Fatimah yang comot. Akibat terkena kuah spageti.
Tangan Fariz mengambil tisu yang ada di atas meja. Dengan lembut tangan Fariz mengelap di kawasan mulut isterinya itu yang terkena kuah spageti.
“Imah tak habis makan lagi la... Kenapa Abang Fariz lap mulut Imah?” tanya Fatimah sambil menatap wajah Fariz.
“Nampak comot sangat, sebab tu abang lap mulut Imah. Nanti lepas habis makan basuh mulut dekat sinki,” Fariz menjawab pertanyaan isterinya dan memberi cadangan.
“Baik! Nanti dah habis makan Imah akan basuh mulut,” ucap Fatimah lalu mula menyuap kembali spageti masuk ke dalam mulutnya.
Selesai makan Fatimah mencuci pinggannya. Kemudian Fatimah mencuci mulutnya.
“Abang Fariz, mulut Imah dah tak comotkan?” kata Fatimah sambil berjalan menghampiri Fariz yang berada di ruang tamu.
Fariz menoleh ke arah Fatimah dan mengukir senyuman.
“Aah, mulut Imah dah tak comot. Sekarang Imah nampak comel,”ujar Fariz sambil menatap wajah isterinya itu.
“Imah memang dari dulu comel dan cantik. Dulu bapak selalu cakap Imah cantik macam mak,” balas Fatimah sambil mula melabuhkan punggungnya disisi Fariz.
“Dah larut malam ni, abang nak masuk tidurlah,” kata Fariz sambil tapak tangannya menutup mulutnya yang sedang menguap menahan ngantuk.
“Ala, Imah tak mengantuk lagi ni. Abang Fariz temanlah Imah,” ucap Fatimah sambil memegang tangan Fariz yang ingin bangun dari sofa.
“Imah memanglah tak mengantuk sebab dah tidur lama siang tadi. Abang ni mana ada tidur lagi,” balas Fariz sambil mula berdiri.
“Kalau abang nak masuk bilik, Imah pun nak masuk bilik jugalah,” ujar Fatimah lalu mula bangun dari sofa mengikut Fariz.
Fariz dan Fatimah mula menapak menuju ke bilik tidur mereka. Masuk saja ke dalam bilik Fariz terus merebahkan tubuhnya di atas katil. Dan mula memejamkan matanya. Fatimah memerhatikan tingkah suaminya itu. Perlahan-lahan Fatimah duduk di atas katil di samping suaminya itu. Lalu perlahan-lahan Fatimah merebahkan tubuhnya disisi Fariz.
“Nak buat macam mana ni? Abang Fariz dah tidur tapi mata Imah ni tak mau tidur pun,” gumam Fatimah sambil memejam matanya.
Fatimah agak takut kerana malam ini agak sunyi. Fariz suaminya juga telah terlelap di buai mimpi. Fatimah mengalih kedudukan baringnya dengan mengadap ke arah wajah suaminya yang sedang tidur. Tangan Fatimah mula menyentuh hidung Fariz. Kemudian ia menyentuh telinga Fariz pula. Tubuh Fariz bergerak sedikit akibat tindak balas sentuhan tangan Fatimah itu. Fatimah tersengih melihat reaksi suaminya itu.
Fatimah mula menyentuh semua bahagian tubuh badan suaminya. Fatimah suka melihat reaksi tubuh suaminya itu. Tapi suaminya tetap tidak membuka matanya. Fatimah yang sudah bosan mula ingin bangun dari baringnya. Tetapi ketika Fatimah ingin duduk tiba-tiba rambutnya tertindih tubuh suaminya itu. Fatimah cuba menarik rambutnya yang tertindih oleh Fariz. Ketika Fatimah cuba menarik rambutnya itu tidak sengaja badan Fatimah telah terhempap atas tubuh Fariz. Menyebabkan tidur Fariz terganggu dan membuka matanya. Fariz terkejut melihat separuh tubuh Fatimah berada di atas tubuhnya.
“Imah, kenapa ni?” soal Fariz agak hairan melihat tubuh isterinya itu berada diatas tubuhnya.
“Imah nak bangun... Tapi Abang Fariz tindih rambut Imah. Jadi Imah tariklah rambut Imah. Tak sengaja Imah terjatuh atas badan Abang Fariz,” jawab Fatimah sambil mula membetulkan kedudukannya.
Tidak sengaja tangan Fatimah telah menyentuh alat sulit suaminya itu. Membuatkan nafsu berahi Fariz mula tak keruan kerana sentuhan tangan Fatimah itu.
“Imah tak boleh tidurkan?” tanya Fariz sambil memandang wajah isterinya itu.
“Aaah, Imah tak boleh nak tidur. Tak tahulah kenapa dengan mata Imah ni,” jawab Fatimah dengan jujur.
“Kalau macam tu abang nak kita buat sesuatu supaya Imah boleh tidur,” ucap Fariz dengan perasaan serba salah.
“Kita nak buat apa, Abang Fariz?” soal Fatimah tidak sabar ingin tahu.
“Meh sini abang tunjuk dekat Imah,” jawab Fariz sambil tangannya mula mengambil telefon pintarnya.
Jari Fariz mula menekan telefon pintarnya seperti mencari sesuatu. Fariz serba salah ingin menunjukkan video pasangan melakukan hubungan intim. Tapi sudah agak lama dirinya menahan nafsu berahinya bila tidur bersama isterinya ini. Hari ini ia terpaksa menunjukkan video ini supaya Fatimah faham.
“Fatimah tengok video ni. Nanti abang dan Imah akan buat sama macam video tu. Lepas tu barulah Imah boleh tidur,” kata Fariz dengan menunjuk video didalam telefon kepada Fatimah.
“Diaorang ni buat apa?” soal Fatimah bila melihat video itu.
“Orang yang dah kahwin macam abang dan Imah kena buat benda tu. Itulah hubungan suami-isteri dan Imah mudah tidur lepas buat tu,” kata Fariz memberi alasan yang sesuai untuk akal fikiran Fatimah.
“Kalau macam tu abang buatlah dekat Imah macam dalam video tu,” balas Fatimah sambil memandang Fariz.
Fariz tersenyum mendengar kata-kata Fatimah. Perlahan-lahan Fariz mengambil telefon pintar di tangan Fatimah dan menyimpannya. Kemudian Fariz membaringkan tubuh Fatimah. Dengan hati-hati Fariz mula beraksi. Sudah agak lama Fariz menahan nafsunya. Malam ini ia akan melepaskan nafsu berahinya kepada wanita yang sudah halal baginya.
Selesai melakukan hubungan suami isteri dengan mudah Fatimah tertidur kerana keletihan. Fariz memandang wajah isterinya yang sudah tertidur pulas itu. Dengan hati-hati Fariz mencium dahi isterinya.
“Walau apa yang terjadi abang akan tetap bersama, Imah. Abang anggap ini kifarah abang kerana telah anaiya Dhamirah dulu. Abang akan cuba untuk bahagiakan Imah sampai hujung nyawa abang,” bisik Fariz sambil mula memejamkan matanya.
Sembilan Bulan Kemudian.
“Abang, sakitlah! Imah tak tahan,” teriak Fatimah sambil air mata mengalir membasahi pipinya.
“Tak apa abang ada... teman Imah ni,” kata Fariz cuba menenangkan isterinya itu.
“Perut Imah sakit sangat,” kata Fatimah sambil memegang tangan Fariz dengan erat.
Datang seorang doktor menghampiri Fariz. Doktor itu datang untuk memberi saranan supaya Fatimah melakukan pembedahan untuk mengeluarkan bayi di dalam rahimnya. Kerana jantung bayi sudah semakin lemah. Tanpa banyak soal Fariz setuju dengan cadangan doktor itu. Apa lagi bila melihat keadaannya isterinya sudah lama menahan sakit.
Doktor terpaksa bius satu badan kerana Fatimah berteriak bila di tolak ke bilik bedah. Fariz berjalan ke arah ibunya yang sudah berada di ruang menunggu.
“Banyak-banyak bersabar, Fariz. Insyaallah Imah dan anak kamu pasti akan selamat,” kata ibu Fariz sambil memegang bahu anaknya itu.
“Fariz tak sampai hati tengok Imah menangung sakit. Lagi pula Imah tu tak sama macam wanita normal lain,” balas Fariz dengan perasaan yang sukar untuk di gambarkan.
“Nanti Imah dalam pantang mak akan jaga. Kamu pun kena selalu pantau keadaan isteri kamu tu,” ujar ibu Fariz lagi.
Tidak berapa lama kemudian salah seorang staf hospital bertugas memanggil suami Fatimah. Dengan segera Fariz berjalan ke arah staf itu.
“Isteri encik dah selamat melahirkan. Encik dapat anak lelaki, sekarang encik boleh azan di telinga baby ni. Dah selesai nanti kita akan hantar anak dan isteri encik masuk wad,” kata staf itu sambil menghulurkan bayi lelaki yang sudah lengkap berpakaian.
Fariz mengambil anak lelakinya itu. Lalu mula melaungkan azan dan iqamat di telinga anaknya itu. Setelah selesai Fariz mengikut jururawat yang bertugas membawa anak dan isterinya ke wad. Di dalam hati Fariz tidak berhenti mengucapkan kata syukur kepada yang esa.
Fariz dan Fatimah berkahwin bukan kerana cinta. Tetapi perlahan-lahan Fariz dapat menerima keadaan Fatimah yang tidak seperti wanita normal lain. Bagi Fariz cintanya hanya untuk Fatimah. Fatimah adalah amanah yang tidak ternilai. Fariz akan menjaga Fatimah selagi dirinya masih bernyawa. Biarlah apa orang keliling berkata yang bukan-bukan tentang dirinya. Yang pasti hanya Allah saja tahu niat ikhlasnya berkahwin dengan Fatimah.
---------------Tamat------------
Novel Cinta Untuk Fatimah adalah novel paling sukar bagi saya. Saya tak mampu untuk menyelami watak Fatimah dengan baik. Watak Fatimah terinpirasi dari bekas isteri seseorang yang dekat dengan saya. Adik saya juga mempunyai seorang kakak ipar seperti Fatimah.
Sepanjang menulis cerita ni memang banyak sungguh dugaan. Ini hanyalah imaginasi saya saja. Maaf juga novel ni lambat update tidak seperti novel saya yang lain.
Share this novel