Sebelum memulakan membaca‘Cinta Untuk Fatimah' saya ingin menjelaskan apa itu lembam atau Slow Learner. Kanak-kanak yang mempunyai masalah lembam atau Slow Learner perkembangan mereka agak lambat dari kanak-kanak normal. Kanak-kanak normal biasanya boleh meniarap umur 4 bulan tapi kanak-kanak lembam umur 7 atau 8 bulan baru boleh meniarap. Begitu juga dengan berjalan dan bercakap mereka agak sedikit lambat. Dalam pelajaran juga juga mereka agak lemah dan lambat boleh membaca dan mengira tidak seperti kanak-kanak normal. Walaupun mereka sudah berumur 20 an dan pandai menulis, membaca dan mengira tetapi pemikiran mereka sama seperti budak-budak. Kisah ini terinpirasi dari pengalaman orang-orang terdekat yang pernah berkahwin dengan perempuan lembam. Ada yang berakhir dengan penceraian kerana tidak sanggup melayan kerenah isteri yang seperti budak-budak. Dan ada juga yang kekal sampai tua. Tapi salah seorang anak mereka mendapat masalah yang sama dengan si isteri.
Bab 1
Di sebuah rumah kampung dua tingkat kelihatan seorang lelaki yang sudah berumur hampir 50 tahun duduk di kerusi malasnya. Lelaki itu memandang ke arah anak tunggalnya perempuannya yang ralit memandang telefon pintar sambil sebelah tangan memengang anak patung beruang. Lelaki bernama Karim itu kelihatan sayu memandang anak perempuanya yang bernama Siti Fatimah. Kerana umur Fatimah tahun ini 22 tahun. Tapi kelakuan anaknya itu seperti kanak-kanak hanya tubuh badannya saja seperti seorang gadis. Tapi akal dan cara pemikiran Fatimah seperti budak-budak sekolah rendah. Fatimah tidak suka bergaul dengan rakan yang sebaya dengannya. Fatimah lebih selesa berkahwan dengan budak-budak.
Karim berasa sedih memikirkan nasib anaknya Fatimah yang mengalami masalah lembam. Ibu Fatimah sudah hampir lima tahun pergi mengadap yang esa. Sekarang tinggallah mereka dua beranak saja di rumah ini. Apa lagi sebulan yang lalu Karim mendapat tahu dirinya menghidap kanser paru-paru. Karim telah menukar nama geran tanah, geran rumah kepada nama anaknya itu. Kerana Karim tahu tidak ada sesiapa pun yang mampu diharapkan untuk menjaga Fatimah. Masih Karim ingat setelah isterinya meninggal dunia, Karim akan tinggal Fatimah di rumah abangnya supaya isteri abangnya itu boleh pantau Fatimah ketika dia pergi bekerja. Karim akan membayar upah kepada kakak iparnya itu. Tapi Karim terkejut melihat keadaan badan Fatimah bila pulang dari rumah abangnya itu. Kerana terdapat kesan lebam dan luka di tubuh Fatimah. Setelah kejadian itu Karim tidak lagi menghantar Fatimah ke rumah abangnya.
Karim perhatikan kerenah anaknya itu. Tiba-tiba Karim teringat pada seorang pemuda bernama Muhammad Fariz. Muhammad Fariz pernah datang ke rumahnya untuk meminjam wang. Kerana Syarikat Muhammad Fariz mengalami masalah dan jatuh bangkrap. Dan Muhammad Fariz terpaksa memulakan kehidupan dari bawah kembali. Tangan Karim mengambil telefon bimbitnya lalu menelefon nombor Muhammad Fariz. Agak lama baru pangilan itu dijawab oleh Fariz.
“Hello,”kata Fariz menjawab panggilan telefon dari Karim.
“Hello, ini Fariz kan?” tanya Karim ingin kepastian.
“Ya, saya Fariz,”jawab Fariz.
“Hari tu kamu ada datang ke rumah saya nak pinjam duit. Boleh tak kamu datang ke rumah saya petang ni? Saya ingin berbincang dan mungkin saya boleh bantu kamu,” terang Karim. Fariz terdiam sejenak mendengar kata-kata Karim tapi dihatinya berasa sedikit gembira.
“Baiklah, petang ini saya akan datang,” jawab Fariz.
“Saya akan tunggu kedatangan kamu,”balas Karim sebelum menamatkan panggilan telefon.
Jam sudah menunjukkan pukul 4.00 petang. Fariz keluar dari dalam rumah menuju ke arah motosikalnya. Ibu Fariz yang berada di luar rumah melihat anaknya itu menungang motosikal segera bertanya,” Kamu nak pergi mana petang-petang ni.”
“Fariz ni nak pergi rumah Pak Karim sekejap,” jawab Fariz sambil menoleh ke arah ibunya yang sedang membersihkan halaman rumah.
“Kamu nak pinjam duit dengan Pak Karim tu? Tak payahlah... lebih baik kamu cari kerja lain saja,”ujar ibu Fariz yang tidak mahu anaknya itu berharap dapat meminjam wang dari Pak Karim.
“Alah, Fariz pergi ke rumah Pak Karim ni pun sebab nak minta kerjalah. Manalah tahu dapat kerja dekat kebun sawit Pak Karim tu,” kata Fariz memberi alasan.
“Baguslah kalau kamu nak kerja dekat kebun sawit Pak Karim tu. Kebun sawit Pak Karim tu besar juga,” kata ibu Fariz yang senang mendengar anaknya itu mahu mencari kerja. Sudah tidak memikirkan Syarikat yang memang tidak boleh diselamatkan lagi. Nasib baiklah adik Fariz bernama Muhammad Amir bekerja sebagai anggota polis. Setiap bulan adik Fariz akan mengirimkan wang kepadanya.
Fariz mula menghidupkan enjin motosikalnya dan menekan gear. Fariz menungang motosikal keluar dari halaman rumah. Tidak sampai sepuluh minit Fariz sudah pun sampai di rumah Pak Karim. Mendengar bunyi motosikal masuk ke halaman rumahnya Pak Karim bangun dan berjalan ke arah pintu utama. Lalu membuka daun pintu itu. Pak Karim tersenyum melihat Fariz turun dari motorsikal.
“Datang juga kamu. Masuklah,” kata Pak Karim mempelawa Fariz masuk ke dalam rumahnya.
“Saya pasti datang,” balas Fariz sambil menapak masuk ke dalam rumah.
“Duduklah,” kata Pak Karim sambil tangan menunjukkan ke arah sofa. Fariz pun melabuhkan punggungnya di atas sofa tidak jauh dari Pak Karim.
“Pak Karim nak bincang apa dengan saya sebenarnya ni?Atau pun Pak Karim dah ubah fikiran tentang saya nak pinjam duit tu?”tanya Fariz sudah tidak sabar ingin mengetahui untuk apa Pak Karim menyuruh dia datang.
“Sebenar macam ni... saya tahu syarikat kamu tu dah tak boleh diselamatkan dah. Jadi saya nak kamu menguruskan kebun sawit saya...”
“Boleh! Saya akan uruskan kebun sawit Pak Karim tu,” belum sempat Pak Karim menerangkan sampai habis Fariz memotong bercakapan Pak Karim.
“Tapi dengan satu syarat!” sambung Pak Karim lagi. Fariz terdiam sejenak seperti sedang berfikir.
“Apa syaratnya?” soal Fariz ingin tahu.
“Saya mahu kamu berkahwin dengan anak saya Fatimah,” ujar Pak Karim sambil memandang ke arah Fariz.
Fariz terdiam sejenak mendengar syarat yang diberikan oleh Pak Karim. Fariz memang tahu keadaan Fatimah anak Pak Karim. Memang Fatimah anak Pak Karim mempunyai kulit yang putih. Wajah Fatimah juga memang agak menarik tetapi perangai dan sikap Fatimah tidak sesuai seperti usianya. Fatimah agak kurang cerdik dan tidak pandai bergaul.
“Saya nak fikir dululah Pak Karim,”kata Fariz sepertinya tidak tahu untuk setuju atau tidak dengan syarat yang diberikan oleh Pak Karim.
“Saya nak kamu bagi jawapan sekarang juga. Kalau kamu tak mahu saya akan cari orang lain. Kebun sawit dan rumah ini memang saya dah letak nama anak saya Fatimah. Hasil dari kebun sawit tu kamu boleh ambil kalau kamu dah berkahwin dengan Fatimah,” terang Pak Karim. Sepertinya mahu jawaban dari Fariz sekarang ini juga.
“Baiklah... saya setuju berkahwin dengan Fatimah,” jawab Fariz. Fariz bersetuju untuk berkahwin dengan Fatimah kerana tidak mahu menyusahkan ibunya. Hampir setiap hari ibunya akan membebel menyuruh Fariz mencari kerja. Supaya tidak perlu lagi memikirkan syarikatnya yang telah jatuh bangkrap itu.
“Esok kamu bawalah ibu kamu datang. Boleh kita bincangkan tarikh pernikahan kamu dan Fatimah,” kata Pak Karim sambil tersenyum gembira.
“Okaylah, saya nak balik dulu. Saya akan beritahu ibu saya dahulu. Kalau dia setuju barulah saya akan datang bersama dia esok,” ujar Fariz sambil bangun dari sofa. Lalu berjalan ke arah pintu.
Cinta Untuk Fatimah boleh di baca secara percuma.
Share this novel