Bab 4
Azan subuh sudah berkumandang. Fariz terjaga dari tidurnya dan perlahan-lahan turun dari katil. Fariz pandang wajah Fatimah yang masih lena.
“Aku nak kejutkan dia ke tak ni? Adui, ini masalahnya kahwin dengan perempuan fikiran tak berapa matang. Aku dan dia dah jadi suami isteri nampaknya aku kena ajak dia solat subuh sama-sama,” gumam Fariz. Tangan Fariz mula mengoyang tubuh Fatimah supaya terbangun dari tidur.
Fatimah merasa tubuhnya di gocang-gocang. Perlahan-lahan Fatimah membuka matanya. Mata Fatimah memandang Fariz yang sedang menyentuh tubuhnya.
“Kenapa abang kacau Imah tidur?” tanya Fatimah sambil mengosok matanya.
“Jom solat subuh sama-sama dengan abang,” ajak Fariz sambil menatap wajah Fatimah yang telah menjadi isterinya itu.
“Alah, Imah ngantuklah. Awal lagi ni,” balas Fatimah sambil mula menarik selimut. Fariz menarik selimut yang menutupi tubuh Fatimah.
“Jomlah... Imah dah jadi isteri abang sekarang ni. Jadi Imah kena ikut apa yang abang suruh,” ujar Fariz tetap mahu Fatimah bangun dan menunaikan solat bersamanya.
Fatimah hanya lemah dalam berfikir dan lambat bertindak balas. Fatimah bersekolah sampai SPM sama seperti orang normal lainnya. Tapi Fatimah berada di kelas paling belakang sekali. Keputusan SPM Fatimah hanya subjek bahasa Melayu dan Pendidikan Islam saja yang lulus. Subjek lain semuanya gagal.
“Abang solatlah dulu. Nanti dekat pukul 7.00 baru Imah solat pula,” balas Fatimah sambil menguap.
“Mana boleh melambat-lambatkan solat. Tak baik!” kata Fariz sambil tangannya menarik tangan Fatimah.
“Yalah, Imah nak bangunlah ni. Selama ni Imah solat pukul 7.00 bapak tak kata apa pun,”ucap Fatimah dengan memuncungkan mulutnya.
Dengan terpaksa Fatimah bangun dan turun dari katil. Lalu berjalan masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wuduk. Keluar saja Fatimah dari dalam bilik air, Fariz pun segera masuk ke dalam bilik air pula.
Pagi ini pertama kali Fariz menjadi imam untuk Fatimah. Selesai membaca doa Fariz memusingkan badannya ke arah Fatimah yang berada di belakangnya. Fariz terkejut melihat Fatimah telah terbaring diatas sejadah dengan telekung sembahyang masih belum dibuka. Fariz menggelengkan kepala melihat isterinya itu.
“Macam manalah aku boleh setuju kahwin dengan dia ni. Aku rasa tentang hubungan intim suami isteri pun dia tak tahu,” gumam Fariz sambil tangan menyimpan sejadah yang digunakan olehnya. Fariz pandang Fatimah yang tertidur diatas sejadah. Pada mulanya Fariz ingin biarkan saja Fatimah tidur di situ. Tapi entah kenapa bila memikirkan Fatimah sekarang ini sudah menjadi isterinya. Fariz mengambil keputusan mengakat tubuh Fatimah untuk diletakkan diatas katil. Fariz mula mengakat perlahan-lahan tubuh Fatimah untuk diletakkan diatas katil.
“Sepatutnya lepas solat subuh tak boleh tidur balik. Tapi kau boleh hentam tidur atas sejadah pula,”bebel Fariz sambil meletakkan tubuh Fatimah diatas katil. Setelah itu Fariz menapak ke arah pintu dan keluar. Fariz berjalan menuju ke dapur kerana tekaknya terasa dahaga. Di dapur Fariz lihat ada bapa mentuanya sedang membancuh secawan kopi sambil terbatuk-batuk.
Khuk...khuk...
Fariz menyedari bapa mentuanya itu kerap batuk. Tubuh bapa mentuanya itu sangat kurus. Setahu Fariz beberapa tahun lepas tubuh bapa mentuanya tidaklah sekurus ini. Fariz mendekati bapa mentuanya itu.
“Bapak tak sihat ke? Fariz tengok bapak asyik batuk je,” tegur Fariz sambil tangan mengambil cawan di rak. Pak Karim menoleh ke arah menantunya itu.
“Bapak sihat je. Biasalah dah tua-tua ni,” jawab Pak Karim sambil membawa cawan ditangannya ke meja makan.
“Fariz kalau nak minum air kopi atau air lain bolehlah bancuh. Semua ada dekat atas kabinet tu. Kalau nak sarapan nanti Mak Jah jiran sebelah akan hantar dalam pukul 7.00 pagi,” kata Pak Karim sambil mula melabuhkan punggungnya dibangku.
“Ooh,”sahut Fariz sambil tangan menekan mesin penapis air berwarna merah. Air panas mula mengalir masuk ke dalam cawan Fariz. Setelah itu Fariz mengambil kopi 3 dalam 1 yang ada diatas kabinet dapur. Setelah meletakkan kopi Fariz mula mengacau air didalam cawannya.
Fariz berjalan ke meja makan yang sudah ada Pak Karim duduk di situ sambil menghirup kopi panasnya. Fariz duduk dibangku sebelah bapa mentuanya itu.
“Imah pasti masih tidur lagi kan? Imah memang macam tu... susah nak bangun pagi. Dulu masa Imah sekolah setiap pagi kena pujuk untuk pergi sekolah,” ujar Pak Karim memberitahu tentang sikap anaknya itu.
“Tadi saya gerak juga Imah ajak solat subuh. Lepas solat subuh dia tidur balik,” jelas Fariz.
“Baguslah macam tu. Bapak harap kamu akan bersabar dengan kerenah Imah. Imah tu fikiran dia tak berapa matang dan macam budak-budak sikit,”kata Pak Karim penuh harapan.
“Insyaallah, saya akan cuba. Sebab sekarang ini Imah dah jadi isteri saya,”kata Fariz dengan perasaan serba-salah. Kerana Fariz sendiri tidak pasti mampukah dia bertahan dengan sikap Fatimah.
Jam sudah menunjukkan pukul 7.00 pagi kedengaran orang memberi salam. Fariz segera berjalan ke arah pintu utama untuk membuka pintu. Buka saja daun pintu Fariz lihat Mak Jah jiran sebelah rumah pak mentuanya yang datang.
“Waalaikumusalam,” Fariz menjawab salam Mak Jah.
“Ini Mak Jah ada bawa sarapan,”kata Mak Jah sambil mula melangkah masuk ke dalam rumah. Fariz membiarkan saja Mak Jah masuk.
Rumah Mak Jah tidak jauh dari rumah Pak Karim. Setiap hari Mak Jah akan datang ke rumah Pak Karim hanya berjalan kaki saja. Sudah hampir 2 tahun Mak Jah bekerja di rumah Pak Karim. Setelah suami Mak Jah jatuh sakit. Pak Karim telah menawarkan Mak Jah bekerja dengannya untuk menghantar sarapan setiap pagi. Pukul 10.00 pagi Mak Jah akan memasak nasi dan lauk di rumah Pak Karim. Selalunya Pak Karim akan berada di ladang sawitnya apa bila Mak Jah datang untuk memasak. Setelah Pak Karim pulang ke rumah, Mak Jah akan cepat-cepat pulang ke rumahnya. Kadang-kadang Mak Jah akan ditemani oleh anaknya.
Fatimah tidak pandai memasak. Tapi setiap petang Fatimah yang akan memanaskan lauk-pauk yang dimasak oleh Mak Jah. Fatimah pernah ingin memasak tapi masakan Fatimah kerap tidak menjadi. Ada saja yang tidak kena dengan masakan Fatimah.
Didalam bilik Fatimah mula membuka matanya. Tangan Fatimah mula menggosok matanya perlahan-lahan. Setelah itu Fatimah mula turun dari katil. Fatimah menyedari dirinya masih memakai telekung sembahyang. Fatimah cepat-cepat membuka telekung sembahyang dan menyimpannya. Kemudian Fatimah berjalan keluar dari dalam bilik. Fatimah menapak menuju ke arah dapur. Fatimah merasakan perutnya sudah mula berkeroncong meminta sarapan. Di dapur Fatimah lihat ada Mak Jah sedang mengemas. Tangan Fatimah membuka tudung saji untuk melihat sarapan apa yang dibawa oleh Mak Jah. Fatimah tersenyum lebar melihat ada kuih lopis didalam tudung saji.
“Mak Jah buat kuih lopis ya pagi ni. Imah suka sangat dengan kuih lopis ni,”kata Fatimah sambil mula melabuhkan punggungnya diatas bangku. Tangan Fatimah mula menuang air gula merah ke atas kuih lopis.
“Makanlah, Mak Jah buat banyak tu,” kata Mak Jah sambil menoleh ke arah Fatimah.
“Mak Jah, mana bapak dan Abang Fariz?” tanya Fatimah bila menyedari ayah dan suaminya tiada.
“Bapak dan Fariz lepas sarapan tadi duduk dekat luar. Mungkin nak ambil angin pagi,” jawab Mak Jah.
“Nanti lepas makan nak pergi dekat bapak dengan abanglah,” ujar Fatimah. Fatimah mula menjamah kuih lopis yang berada didepannya.
Diluar rumah Fariz dan bapa mentuanya duduk di kazebo yang ada dihalaman rumah. Pak Karim memberitahu Fariz tentang penyakitnya. Kerana tidak mahu merahsiakan dari menantunya itu. Pak Karim yakin Fariz adalah lelaki yang mampu membantu dan menjaga Fatimah setelah dirinya tiada nanti. Fariz terdiam sejenak bila mengetahui Pak Karim mengidap penyakit yang berbahaya. Penyakit itu boleh meragut nyawa Pak Karim. Sekarang Fariz mengerti kenapa Pak Karim tidak sabar ingin dirinya dan Fatimah cepat berkahwin.
Fariz menyedari setelah Pak Karim tiada nanti Fatimah akan tinggal bersamanya berdua saja. Kerana Pak Karim tidak ada anak lelaki. Di sebabkan itulah Pak Karim telah menukar sebagian tanah kebun sawit dan rumah kepada nama Fatimah. Sebagai hadiah untuk anaknya itu. Pak Karim berharap sangat Fariz akan bertanggungjawab menjaga kebajikan anaknya itu. Setelah dirinya tiada lagi didunia ini.
“Bapak dan abang sembang apa? Kenapa tak ajak Imah,” tanya Fatimah sambil menapak menghampiri Pak Karim dan Fariz.
“Bapak saja tanya Fariz bila nak bawa Imah pergi rumah dia,”kata Pak Karim sambil menoleh ke arah Fatimah.
“Imah tak mahulah pergi rumah Abang Fariz,”balas Fatimah sambil memuncungkan mulutnya.
“Kenapa tak mahu pergi rumah abang? Rumah abang ada mak abang je,” soal Fariz sambil merenung wajah Fatimah.
“Sebab mak mentua jahat. Imah tengok dalam tv semua mak mentua jahat. Imah takut!” terang Fatimah sambil duduk di sebelah Pak Karim.
“Itu dalam tv saja. Mak Abang Fariz ni baiklah. Kalau tak baik mana mungkin Imah boleh kahwin dengan Abang Fariz,”jelas Pak Karim sambil terbatuk-batuk.
“Tapi... Imah takut,”balas Fatimah sambil memegang baju Pak Karim.
“Imah jangan takutlah. Abangkan ada,”kata Fariz cuba untuk membuat Fatimah tidak takut untuk pergi bertemu dengan ibunya.
Share this novel