BAB 11

Family Completed 2170

Tengah hari itu, Junaidi mengenakan pakaian kemeja-t warna biru. Berseluarkan jeans. Nak katakan orang b berkerjaya tak juga.

“Sejak bila pula Junaidi bermadah klasik pula ni?” desis hati Anggerik yang tak tahan dengan sikap Junaidi itu. Anggerik amat tidak selesa dengan jelingan Junaidi itu.

“Apa yang awak nak dari saya ni Junaidi ?” soal Anggerik kepada Junaidi. Fikiran Anggerik memikirkan seremak cara untuk melepaskan diri dari pandangan Junaidi itu. Anggerik gelisah dan resah. Ingin membuka langkah seremak. Tetapi ada sesuatu yang menyekat di hadapannya, iaitu Junaidi !

“Saya nak awak.” Jawab Junaidi dengan senyuman sinisnya dengan memandang tepat ke arah Anggerik.

Anggerik terkejut, tersentak dengan jawapan Junaidi itu. Jantung Anggerik berdegup kencang. Bagai dikejar oleh satu lembaga. Lembaga yang kedahagaan. Anggerik memejamkan matanya. Plastik yang berisi asam jawa itu masih dipegangnya.

Dipeluknya. Anggerik menarik nafas panjang. Meredakan degupan jantungnya itu. Dan menghembuskannya. Kepanasan matahari jelas terasa. Ditambahkan lagi dengan kedatangan Junaidi tengah hari itu.

“Sudahlah Junaidi. Banyak lagi gadis-gadis di kampung ni awak pilih, hati saya tak ada tempat untuk orang seperti awak ni.” Balas Anggerik. Mulut Anggerik tepat menyengat ke telinga Junaidi.

“Anggerik tolonglah… Saya betul-betulkan sukakan awak. Sejak dari dulu lagi. Apa yang awak hendak? Saya boleh bagi.” Pujuk Junaidi dengan sedikit nada marahnya kerana Anggerik mengatakan tiada tempat untuk orang sepertinya.

“Sudah tu, sudahlah Junaidi. Soal hati ni tak boleh dibeli dengan apa-apa sekalipun. Saya memang tidak sukakan awak. Tolonglah. Jangan ganggu saya.” Sahut Anggerik dengan sedikit permintaan. Anggerik merasakan dirinya perlu berterus-terang. Ya, soal suka atau tak, tidak boleh dibeli. Soal suka ini mesti datang dari hati yang ikhlas tetapi bukan dibeli dengan harta sekalipun. Walau tinggi manapun status diri seseorang itu, hati ini memang tidak boleh dibeli.

Junaidi yang tersentak dengan jawapan Anggerik itu terus melenting.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience