BAB 8

Family Completed 2170

Anggerik melangkah keluar. Dilihatnya budak-budak itu sudah bersedia dan menunggu. Anggerik mengukir senyuman. Budak-budak membalas dengan seukir senyuman.

Terbentang luas sebidang tanah yang menghijau. Dikelilingi pohon yang rendang. Ditengah-tengah terdapat danau yang kecil tetapi amat dalam dasarnya.

Sedalam kesungguhan penduduk kampung Damai ini. Kesungguhan untuk menyara kehidupan keluarga masing-masing. Sedalam keinginan Anggerik untuk meneruskan usahanya yang telah tertambat untuk menjadi seorang yang berjaya.

Namun apakah dayanya, anak petani, hidup miskin. Anggerik ingin keluar dari kebelenguan hidupnya. Kebelenguan yang membuatkan dirinya tiada berhenti di situ sahaja. Anggerik pingin kehidupan untuk dirinya dan untuk masa depannya.

Tapi nasibnya malang, hidup ini ibarat pohon kayu yang besar, kalau tumbang pohon itu, tumbanglah ia, takkan bangun lagi buat kali kedua, ketiga, dan keempat. Mereput. Matilah alamatnya. Melainkan ada keajaiban. Tetapi keajaiban itu datang dari sendiri.

Namun situasi di kampung ini telah cukup mendidik Anggerik. kesusahan hidup ini telah mendidik Anggerik, malah mengajar Anggerik tentang ertinya kehidupan. Anggerik terpaksa membuang impiannya ke dasar danau itu, tiada apa yang akan berlaku.

Di situlah impiannya terkubur. Tiada gunanya diimbau kembali. Di situlah titik noktahnya. Jelas gadis ini telah musnah impiannya, tetapi perjuangan ini perlu diteruskan hanya-Dia yang tahu. Hanya-Dia yang menentukan segalanya.

Tapi sampai bila?, sampai bila penderitaan ini akan berakhir? Sampai bila? Bertahun-tahunkah ia? Tapi bertahun itu sampai bila? Dua puluh tahun? Tiga puluh tahun? Atau selama-lamanya? Tidak! pasti ada jalannya.

Jalan menuju ke arah cahaya yang baharu. Yang terang, yang jelas untuk dirinya, dan untuk impiannya yang terkubur itu. Perlu digali. Anggerik tunduk. Anggerik faham. Anggerik mengerdipkan matanya, mengalihkan pandangannya, dan meninggalkan impiannya yang telah ditelan dalam dasar danau itu. Biarkan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience