BAB 2

Family Completed 2170

Mawar,anak kepada ketua kampung, teman rapat Anggerik. Berpendidikan. Kini Mawar menyambung pelajarannya di tingkatan enam. Seusia dengan Anggerik.

Mawar, gadis sunti yang manis tetapi berperwatakan jantan kerana mempunyai empat orang abang dan seorang adik lelaki berusia 8 tahun. Walaupun berperwatakan seperti jantan, Mawar tetap ayu dan cantik tetapi tidak secantik Anggerik.

Mawar dan Anggerik berkawan sejak dari kecil di usia enam tahun. Ketika itu ayah Mawar rakan baik kepada ayah Anggerik. Akibat persahabatan yang rapat, Mawar tidak ingin berjauhan dengan Anggerik.

“Anggerik...”

Nama Anggerik dipanggil di hujung dapur. Anggerik yang masih mengemaskan ruang tamu terpaksa memberhentikan tugasnya. Anggerik memulakan langkah menuju ke dapur, lenggokkan punggungnya ditarikan. Langkah demi langkah diambil. Kaki putihnya mengegarkan lantai papan dalam rumah. Kedengaran. Anggerik menuju ke arah pintu dapur.

Melihat sebentuk tubuh manusia yang sudah dimamah usia, tetapi tulang kudratnya tetap kuat, kuat seperti Badang demi meneruskan kehidupan sebagai seorang emak tunggal. Jari jemarinya berdansa di atas badan ikan, ligat menarikan langkah tariannya. Lirikan mata Anggerik melihat sebentuk tubuh yang menghadap ke arah tingkap, membongkok, berdekatan dengan sinki. Anggerik menuju ke arah wanita yang bergelar emak tersebut.

“Ya, emak. Ada apa?” soal Anggerik. Emak nya memandang Anggerik. Mata emak nya yang bulat tetapi ayu itu telah diwariskan kepada Anggerik. Tidak hairanlah orang mengatakan kecantikan Anggerik seperti emak nya dahulu. Tetapi sekarang, rambutnya beruban hanya meninggalkan beberapa rambut hitam, dahi mengerut terdapat kesan kedut, bibirnya mengering, itulah usia tua emak nya. Air peluh mengalir di dahi wanita tua tersebut dilap dengan hujung kain lengannya. Mak cik Munah memandang anaknya.

“Emak nak minta tolong sedikit ni, tolong belikan emak asam jawa boleh tak? Emak nak masak ikan gulai kesukaan Anggerik.” Kata emak nya terus menyiang ikan langah tari di mulakan.. Anggerik mengangguk tandanya dia faham dan akur tanpa membantah kehendak emak nya. Anggerik mengatur langkah. Mengatur tudungnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience