BAB 3

Family Completed 2170

Tengah hari itu, Anggerik cukup ringkas dan tetap cantik. Mengenakan baju kurung berwarna kuning, bercorakan bunga orkid. Mak cik Munah menuju ke arah anaknya serta mengenggam wang sepuluh ringgit untuk anaknya membeli asam jawa nanti.

“Anggerik..” kata emak nya. Suara emak nya agak jelas kedengaran kegetar-getaran.

“Nah,ambil duit ini untuk Anggerik belikan asam jawa nanti.” Emak nya berkata lagi.

Anggerik menoleh ke belakang sejurus mendengar suara tua emak nya. Jari emak nya sedia terhulur ke arah Anggerik yang terkandung sepuluh ringgit. Anggerik menggeleng. Berkata.

“Tak apalah bu. Emak simpan dulu duit ni. Anggerik ada duit simpanan ni. Anggerik gunakan duit sendiri, ya bu?”. Amalan berjimat-cermat sudah lama tersemat dalam dada Anggerik. Anggerik telah didik untuk berjimat-cermat sejak kecil lagi.

Ketika itu arwah ayahnya masih hidup. Arwah ayahnya sering mengingatkan Anggerik untuk berjimat-cermat untuk persediaan pada masa yang akan datang. Selepas habis mengajar budak-budak mengaji, ada-ada sahaja upah yang dibagi walaupun Anggerik mengajar mereka dengan ikhlas.

Kadang-kadang berat hati Anggerik untuk menerima pemberian mereka. Kata orang rezeki jangan ditolak. Dengan upah itulah Anggerik menggunakan sebaik mungkin duit upahan itu. Jika ada lebih Anggerik akan memberikan kepada emak nya.

Kedengaran suara di radio. Lagu P. Ramlee jelas kedengaran berdesir-desir bunyinya. Suasana rumah mak cik Munah amat tenang dan damai.

Anggerik meminta kebenaran daripada emak nya sebelum melangkah pergi. Anggerik keluar dari biliknya, emak nya terus menuju ke dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience