BAB 9

Family Completed 2170

Daisy, Mimi, dan Arfan mendahuluinya. Ketiga-tiga rakan itu bermain berkejar-kejaran. Siapa yang mendahului dari diri masing-masing dialah juaranya. Anggerik tersenyum.

Tersenyum melihat gelagat anak kampung damai itu. Kedengaran bunyi enjin kereta dari arah belakangnya. Anggerik tidak ambil peduli. Hanya melihat budak-budak itu.

Kereta itu berhenti di depannya, hanya lima langkah lagi. Budak-budak yang sedang berkejaran itu berhenti. Melihat kereta proton saga berwarna merah darah itu.

Agak mewah. Langkahnya terhenti. Anggerik hampir terkejut kerana pemandu memberhentikan kenderaannya secara mengejut di hadapannya. Debu berapungan.

Anggerik mengipas-ngipas sambil menekup hidungnya daripada dimasuki debu. Junaidi. Desis hatinya. Dia terus mengalihkan pandangannya.

“Hai, cik adik manis.. daripada mana ni? Seorang je ke? “Mak” mana?. Kata Junaidi dalam kereta dengan cermin yang terbuka sambil melemparkan senyuman “macho”nya.

“Nak tumpang tak? Sian cik adik yang manis jalan keseorangan, dahlah cuaca panas. Nanti tak bertambah cantik pula. Kalau cik adik ikut balik abang boleh tolong hantarkan dengan kereta ni lagi best berbumbung lagi tu. Tak kena panas. Tambah pula ada air-cond.” Tambah Junaidi. Kali ini Junaidi ketawa mengekek seolah-olah mengejek Anggerik. Hati Anggerik membara tetapi ditahannya.

Anggerik tidak mengeluarkan sepatah kata pun mulutnya dikuncikan, malah tidak memandang Junaidi. Budak-budak itu meluru ke arah Anggerik.

“Kakak.. jom kita balik.” Kata Mimi. Seraya menarik tangan Anggerik. Begitu juga dengan Arfan dan Daisy yang mengajak Anggerik meneruskan perjalanan. Anggerik mengatur langkah tetapi diberhentikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience