BAB 6

Family Completed 2170

Kak Kesuma, tinggal nun di hujung kampung, bersendirian. Janda beranak empat. Kini tinggal sebatang kara. Dahulu, rumahnya usang. Bumbung berlubang-lubang, tiang yang hampir reput kini telah digantikan semuanya hasil sumbangan tauke cina itu.

Anak-anaknya pergi meninggalkan Kak Kesuma berkeseorangan di kampung ini. Semak k mencari harta. Semak k mencari kebendaan dunia sehingga orang yang melahirkan kita, membesarkan kita, menyusukan kita, malah mendidik kita, ditinggalkan begitu saja.

Materialistik langsung! Kalau harta dibawa mati tak apalah juga! Mujurlah ada segelintir masyarakat kampung Damai ini masih ada nilai kemanusiaan kalau tidak, sudah tentu Kak Kesuma mereput di rumah usangnya itu.

Kak Kesuma yang sering mengurung dirinya ibarat burung merpati dalam sangkar, namun burung merpati ini tidak mencari kebebasan, hanya mencari kebahagiaan. Jelas kelihatan kerinduan Kak Kesuma terhadap anaknya yang lupa daratan itu.

Kadang-kadang liangan air mata sahaja sebagai peneman meneman diri Kak Kesuma tatkala melihat sekeping gambar yang tersimpan seremak satu cerita yang takkan mungkin dilupakan.

Hanya sekeping gambar itu sajalah pengubat rindu Kak Kesuma terhadap anak-anaknya, tetapi burung merpati ini tak mungkin akan bahagia. Terhiris dan terluka.

Anggerik, sering bertandang ke rumah Kak Kesuma. Kadang-kadang Kak Kesuma kelihatan seperti orang yang tidak waras. Rasa simpati sering diselubungi pada diri Anggerik setiap kali melihat keuzuran Kak Kesuma. Kesepian Kak Kesuma, apatah lagi kesengsaraan Kak Kesuma.

Daisy, Arfan, dan Kesha menuju ke arah tempat letaknya gula-gula. Arfan mengambil gula berperisa karamel. Manakala Daisy dengan Kesha pula mengamgbil gula-gula berperisa Anggur.

Anggerik menuju ke arah tempat yang dikatakan oleh tauke Cheng Loy. Anggerik meletakkan asam jawa di atas meja dan meminta yang lain untuk meletakkan gula-gula yang telah diambil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience