BAB 5

Family Completed 2170

“Bukan “Cheng Loi lah”, ”Cheng Loy”. Kata temannya, Kesha seusianya yang memperbetulkan ayat Daisy. Anggerik tergelak kecil melihat gelagat anak muridnya. Anggerik memandang seorang lagi, salah seorang anak muridnya juga.

“Ni kenapa muka sedih ni, Arfan, kak Mawar mana?” Tanya Anggerik. Arfan atau nama sebenarnya Azroy, adik kepada Mawar.

Dengan muka monyok, Faizal mengangkat mukanya.berkata. “kak Mawar pergi sekolah, katanya ada aktiviti. Arfan kena marah dengan ayah”. Jernih air matanya hampir terkeluar. Anggerik mengukir senyuman.

“Kenapa Arfan kena marah? Ayah Arfan tak bagi duit ya? Anggerik mengagak. Sebenarnya Anggerik faham benar dengan sikap ketua kampung mereka,iatiu Wak Ali.

“Ya.” Kata Arfan sepatah.

“Arfan,nak beli gula-gula, tapi ayah tak bagi pula,” tambah Arfan dengan runggutnya. Air matanya hampir terkeluar. Ditahannya.

“Dah, Arfan jangan nangis ya? Nanti kakak belikan untuk Arfan. Tapi jangan beritahu pada ayah Arfan tau? Biar kakak belanja. Lagipun kakak nak pergi ke kantin ni,”. Anggerik cuba memujuk. Arfan dengan wajah berserinya mengukir senyuman. Gigi rongaknya jelas kelihatan.

Anggerik senyum. Itulah sikap Anggerik yang suka mengembirakan orang sekelilingnya walaupun dirinya berduka. Mereka bertiga bersorak dengan riangnya sambil mengikuti Anggerik ke kantin tauke Cheng Loy.

“Tauke, asam jawa ada tak?”. Soal Anggerik kepada tauke Cheng Loy yang sedang mengira wangnya.

“Ada, ada. Anggerik pegi ujung sana. Ada itu kotak,itu acam jawa”. Kata tauke Cheng Loy dengan loghat cinanya. Tauke Cheng Loy satu-satunya sumber keperluan orang kampung Damai.

Sikap Cheng Loy yang bermurah hati dan mudah mesra sangat disenangi oleh penduduk kampung Damai. Kadang-kadang ada saja yang meminta sedekah darinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience