BAB 15

Family Completed 2170

“Mak jangan tinggalkan Anggerik, mak!” pintanya lagi. Kali ini air matanya bercucuran ke pipi. Anggerik menangis teresak-esak.

“Mak!!.” Suaranya tergetar-getar. Kali ini Anggerik memeluk erat tubuh emak nya itu. Air matanya mengalir dengan deras. Anggerik memeluk erat emak nya. Kini, hidup gadis ini tinggal sebatang kara. Kini, gadis ini telah menjadi anak yatim piatu. Hilang sudah orang tersayang. Hilang sudah kasih sayang. Kini, emak nya telah tiada lagi. Air mata sebagai peneman. Peneman yang meratapi kesedihan gadis bernama Anggerik ini.

Air mata yang membawa seremak satu kenangan. Kenangan yang takkan dia lupakan. Kenangan yang telah membahagiakan hidupnya dahulu. Kenangan di saat-saat bersama orang tersayang.

Rumah Anggerik dikunjungi penduduk-penduduk kampung Damai. Anggerik yang sedang ditemani temannya itu duduk menghadap jenazah emak nya. Anggerik menangis begitu juga dengan teman rapatnya.

Jelas kedengaran surah yassin dibacakan pada malam itu. Anggerik melafazkan ayat yassin. Jelas sekali kedengaran suara tangisnya itu. Tergetar-getar. Fikiran RhAnggerik jelas berduka.

Anggerik menyelak setiap lembaran kenangan yang terpaut dalam ingatannya. Pelbagai kenangan bermain dalam minda Anggerik tatkala Anggerik mengenang kembali nostalgia-nostalgia yang lalu.

Sering saja terbit rasa rindu di dalam hatinya singgah setiap kali dia melihat kembali kehidupan emak nya, rindu itu mengharum berbunga mekar dan apabila wajah ayahnya bermain di ingatan, seraya itu juga segala kasih sayang dan rindu tidak bertepi, begitu sarat membendung di hati.

Masih segar segala nostalgia yang kerap bermain di layar mindanya namun apalah kudratnya, seorang hamba biasa yang hanya mampu bersabar dan terus berdoa. Penantian dan manusia akan selalu berjalan seiring kerana ia sebahagian daripada harapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience