BAB 12

Family Completed 2170

“Baik, Anggerik !” tengkingnya.

“Kalau ini yang awak pinta, saya tunaikan! Jangan haraplah saya lepaskan awak! Awak dalam genggaman saya, Anggerik !.” kata Junaidi yang panas hatinya. Tangan Anggerik mengigil, berpeluh ketakutan. Anggerik tunduk. Junaidi terus masuk ke dalam keretanya dan memecut laju. Meninggalkan Anggerik keseorangan hanya meninggalkan debu-debu yang masih menari-nari di udara.

“Tak guna awak, Anggerik. Berani awak tolak cinta saya dengan mentah-mentah. Ni anak pak Hamidlah!. Oh, awak ingat harta tak mampu membeli hati awak ya? Tengoklah nanti siapa yang “beli” hati awak tu, Anggerik !” kata hati Junaidi. Junaidi menghentakkan tangan di stereng keretanya. Anggerik membuka langkah.

Anggerik bersyukur kerana tidak diapa-apakan oleh Junaidi. Jantungnya masih berdetak kencang setelah “ugutan” Junaidi sebentar tadi. Anggerik tidak tahu apa yang harus dilakukan selain menolak cinta Junaidi itu. Hanya itu saja yang dapat dilakukan untuk melepaskan diri daripada Junaidi.

Anggerik melalui sebuah taman. Di situ, Anggerik melihat anak muridnya yang sedang bermain buaian. Manakala, Arfan bermain guli dengan kawannya yang lain. Anggerik memanggil mereka. Mereka bertiga berlari mendapatkan Anggerik.

“Kakak, kenapa lama sangat tadi?” kata anak kampung damai itu.

“Yalah, kak.. lama sangatlah… kak… gula-gula mana?” pinta Daisy sambil menadah tangannya. Kesha yang sedang merajuk hanya memandang sahaja.

“Ada.. pada kakak. Hurmm… kakak nak bagi pada siapa ya, kalau anak itik yang comel sedang merajuk?” Anggerik tersenyum dan katanya itu seperti mengusik Kesha yang merajuk itu. Masalah dia dengan Junaidi terus dilupakan.

“Anak itik yang belakang ni nak ke tak nak? Kalau tak nak, nanti kakak makan habis gula-gula ni.” Anggerik mengusik dan terus mengeletek Mimi yang sedang merajuk. Kesha yang kegelian itu ketawa. Raut wajah comelnya terpancar. Boboi dan Daisy turut ketawa juga melihat Kesha yang sedang kegelian digeletek oleh Anggerik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience