BAB 10

Family Completed 2170

“Woi, budak! Tak hormat langsungkah? Orang sedang berbual, korang semak k pula.” Tengking Junaidi ke arah budak-budak itu. Boboi, Mimi, dan Daisy tersentak dengan tengkingan Junaidi itu mereka terkejut. Mereka memandang Anggerik.

“Kamu bertiga pergi dulu. Nanti kakak ikut dari belakang” kata Anggerik. Budak-budak itu akur dengan arahan gurunya. Mereka bertiga meninggalkan gurunya di belakang. Meninggalkan gurunya dengan lelaki jahanam. Junaidi tersenyum sambil melihat budak-budak itu pergi meninggalkan Anggerik. Bayangan budak-budak itu sudah tidak kelihatan lagi. “ Berjaya juga.” kata Junaidi pada dirinya. Junaidi keluar dari keretanya. Anggerik melangkah ke belakang. Menjauhkan dirinya dari Junaidi. Takut Junaidi akan bertindak. Junaidi yang melihat kelakuan Anggerik itu, melangkah lagi ke hadapan.

“Tolong berdiri di sana sahaja boleh tak? Tak selesalah”. Pinta Anggerik yang agak jauh dari Junaidi.

“Kenapa Pula? kenapa tak selesa? Tak ada orang nak ganggu pun.” balas Junaidi sambil menjeling ke arah Anggerik. Jelingannya itu memandang susuk tubuh Anggerik. Membuatkan Anggerik tidak selesa.

“Tolonglah, Junaidi. Berdiri sahaja di sana.” Kata Anggerik dengan mengeraskan suaranya. Tegas. Matanya memandang ke tempat lain. Tetapi dirinya tidak selesa dengan jelingan Junaidi itu. Anggerik berpeluk tubuh.

“Baiklah. Kanda akan berdiri sahaja di sini, tapi tak usahlah dinda jauh dari kanda.” Kata Junaidi dengan guraunya. Langkah Junaidi diberhentikan. Kali ini Junaidi memandang raut wajah Anggerik pula. walaupun Anggerik tidak memandangnya. “Engkau memang cantik Anggerik !” kata hatinya.

Junaidi anak kepada pak hamid. Anak orang kaya di kampung Damai. Menggunakan harta ayahnya untuk mendapatkan apa yang dia hendak. Kerja sering berpindah-randah.

Mana tidaknya, sekejap di sana, sekejap pula di situ. Kalau tidak ada kerja, menganggu anak dara kampung yang lain. Beberapa tahun yang lepas, Junaidi telah ditangkap bersama-sama dengan rakannya oleh pihak polis di atas pertuduhan pecah rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience