BAB 14

Family Completed 2170

Malah, ia merupakan tanggungjawab kepada perempuan yang bergelar isteri. Mak cik Munah, dahulunya cukup bahagia dengan arwah suaminya. Tanggungjawab amat besar.

Tapi kini, kebahagian itu telah dirampas selepas suaminya meninggal dunia. Namun, Anggerik, satu-satunya anak gadis mak cik Munah dapat menimbulkan kebahagiaan itu semula.

Dilihatnya dari jauh, rumah papan berwarna hijau mula kelihatan. Anggerik memandang rumah yang telah berusia 30 tahun itu.

Hatinya tenang, bagaikan sungai yang tenang. Hatinya amat damai sekali.

“Mak, Anggerik dah sampai.”

Tapi, salamnya itu tidak disambut. Anggerik memandang muka pintu yang ternganga luas. Kakinya mula dinaikkan sampailah ke anak tangga yang terakhir. Kakinya memasuki ruang tamu.

Anggerik memandang sekeliling rumahnya. Hatinya menggagak bahawa emak nya tentu di dapur. Anggerik dengan membawa plastik asam jawa menuju ke arah dapur.

Bau hangus ikan yang dimasak emak nya menusuk lubang hidung Anggerik. Jantung Anggerik berdetak kencang. Matanya tertumpu ke gerbang pintu dapur. Langkahnya dibesarkan lagi. Anggerik berlari anak. Bau hangus ikan amat jelas. Anggerik berhenti.

Jantungnya kian pantas. Dilihatnya periuk berasap masih berapi, matanya melihat sekujur tubuh yang terbaring. Anggerik terkejut. Plastik asam jawa terlepas dari tangannya.

Air matanya jatuh berderai. Anggerik berlari mendapatkan emak nya yang tidak sedarkan diri. Api periuk dipadamkan. Dipangku emak nya itu.

“Mak! Bangun mak!.” Anggerik memandang emak nya. Jantung Anggerik berdegup dengan kencang. Mutiaranya jatuh berderai. Tangannya mengoncang tubuh emak nya. Namun, tiada tindak balas dari emak nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience