BAB 4

Family Completed 2170

Tiba di mulut pintu terbuka luas, kesegaran angin mula meniup. Anggerik dipuput angin kesegaran, rongga hidungnya mula menyedut anak-anak angin. Betapa segarnya.

Kain-kain di badannya menarikan tarian kecil. Anggerik mula mengatur langkah dengan menuruni anak tangga demi anak tangga. Kakinya meninjak lantai bumi.

Anggerik memasukkan kakinya dengan selipar jepun berwarna biru. Anggerik mengatur langkah. Anak-anak kecil berlari bekejaran sesama sendiri. Ada daripadanya bermain guli. Ada di antara mereka bermain dengan layang-layang.

Wanita separuh umur bersama-sama yang lain kelihatan baru sahaja balik dari kebun dengan membawa bakul berisi daun ubi yang terletak di belakang sawah mereka.

Anak muda yang lain belum balik dari kerja untuk makan tengah hari, kalau tidak pun mereka hanya makan di kedai. Sebuah rumah terletak sebelah kiri bertentangan dengan kebun. Di tengahnya terbentang anak jalan. Rumah ketua kampung Damai.

Anggerik menjenguk dari luar. Mencari Mawar. Pintu rumah tertutup selalunya terbuka. Berjalan agaknya. Anggerik berkata dengan dirinya. Anggerik meneruskan perjalananya. Kantin tauke Ah Chong agak jauh dari rumahnya.

Mengambil masa 15 minit untuk ke kedai tauke Cheng Loy. Anggerik ditegur beberapa budak kecil, iaitu anak muridnya.

“Selamat tengah hari,kak Anggerik ” sapa ketiga-tiga budak itu dengan riangnya.

“Selamat tengah hari. Ni daripada mana ni?” soal Anggerik kepada budak bertiga itu.

“Dari kantin tauke Cheng Loi ” kata Daisy. Berusia 8 tahun,pelajar tahun dua di sekolah rendah agama. Rambut bertoncang. Menampakkan muka comelnya. Ketidakupayaan Daisy menyebut huruf “C” sering dipersendakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience