SEMBILAN

Horror & Thriller Completed 6708

"Rina,kau kenapa ni?Badan kau panas."

Kekura tangan Dahlia melekap di dahi Zarina.Zarina yang mendengar suara Dahlia segera membuka mata.

"Arghh...!!Pergi!Pergi!Jangan kacau aku!Pergi!"Jerit Zarina saat melihat wajah Dahlia.Dahlia yang terkejut dengan perlakuan Zarina segera menjarakkan diri.

"Kenapa ni?Apa yang jadi?"Soal Haris yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik saat terdengar jeritan suara Zarina.

Dahlia hanya menggelengkan kepala.Riak wajahnya berubah.Rasa takut mula menguasai diri.Tangannya terketar-ketar tatkala melihat mata Zarina yang membulat dan merah.Sahabatnya itu seakan kerasukan.

Melihat keadaan itu,Kesuma yang sejak tadi berdiri di muka pintu,mula melangkah masuk mendekati Zarina.Kepala Zarina dipegang kuat.Mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu.

"Dahlia,ke sini kamu!"Arah Kesuma.

Dahlia memandang Haris.Lalu,Haris mengangguk kecil seakan menyuruh Dahlia menuruti kata-kata Kesuma.Dahlia mula berjalan perlahan-lahan ke arah Kesuma.

"A..Ada a... apa,nek?"Soal Dahlia terketar-ketar.

"Jangan takut.Kawan kamu hanya terkejut.Bantu dia.Pegang kepalanya,Dahlia."Pinta Kesuma.

Dahlia yang sangsi dengan permintaan Kesuma teragak-agak untuk menuruti arahan Kesuma itu.Dengan tangan yang masih menggigil,Dahlia memegang kepala Zarina.Saat itu,matanya berubah seperti sebelumnya.Tiada lagi anak mata hitam yang kelihatan.Dahlia kaku di tempatnya.

Haris yang melihat perubahan Dahlia ingin segera mendapatkan Dahlia.Namun,Kesuma menghalang.

"Jangan!Biarkan mereka.Aku mahu lihat sejauh mana ilmu Dahlia.Kita lihat sahaja dahulu."Ujar Kesuma tegas.
"Tapi nek..."

Belum sempat Haris meneruskan kata-katanya,Kesuma terlebih dahulu memotong.

"Biarkan dia!"Kini nada Kesuma naik senoktah.Kesuma melepaskan pegangannya pada kepala Zarina.

Haris termati kata.Dia hanya mampu melihat dan menanti apa yang bakal terjadi.

Pandangan Dahlia yang tiba-tiba menjadi gelap kembali terang.Dahlia melihat kawasan sekitarnya.Bayangan bilik Zarina kini berubah.Susuk tubuh Kesuma dan Haris juga menghilang.Dahlia melangkah perlahan-lahan ke hadapan saat matanya menangkap sebuah lorong yang bercahaya.Dia menyusuri lorong itu tanpa sedikit pun ada perasaan gentar.Matanya mula meliar ke kiri dan kanan.Tiba-tiba telinganya menangkap satu suara yang tidak asing baginya.Dahlia cuba mencari punca suara itu.

"Rina,kau ke tu?Zarina,jawab aku!Kau dekat mana?"

Lorong yang bercahaya itu akhirnya sampai di pengunjung.Di hadapannya kini terdapat kabus tebal yang menghalang penglihatannya.Dahlia ragu-ragu untuk melangkah ke arah kabus tebal itu.Namun,saat suara Zarina semakin kuat kedengaran menerjah ke derianya,Dahlia gagahkan jua kakinya untuk melangkah.

"Zarina!Rina!Kau dekat mana?"

Dahlia masih melaung nama sahabatnya.Kabus tebal itu membuatkan pandangannya berbalam-balam.

"Tolong....Tolong....Tolong aku Lia.Aku sakit.Selamatkan aku!"

Suara itu kembali kedengaran.Kali ini lebih mendayu-mendayu.Dahlia semakin resah.Peluh yang merinik di dahi diseka dengan hujung tudungnya.

"Rina,kau beritahu aku,kau dekat mana?Aku tak nampak kau!"

Dahlia masih meliar memandang segenap ruang.Mencari keberadaan sahabatnya itu.

"Aku di sini...Di bawah pokok...Tolong aku...Aku dah semakin lemah..."

Sayu sahaja suara Zarina di pendengaran Dahlia.Dia kuatkan semangat untuk terus mencari sahabatnya.Kakinya laju diatur menyusuri jalan berkabus itu.Perlahan-lahan kabus menghilang.Pandangannya kini terarah pada kawasan hutan yang dipenuhi dengan pokok-pokok besar dan liar.Pohon-pohon di situ kebanyakan besar dan tumbuh rapat serta berbentuk kanopi yang tebal.Kebanyakan pokok-pokok di situ berakar banir yang jelas tumbuh meliar di atas tanah.

Dengan hanya bertemankan cahaya bulan Dahlia menapak masuk ke dalam hutan tersebut.Matanya masih lagi meliar melihat kiri dan kanan.Mencari susuk tubuh Zarina.Langkahnya terhenti saat tubuhnya berada di hadapan sebuah pokok yang paling besar.Satu tarikan negatif dapat dirasakan tatkala menghampiri pokok itu.Dengan keberanian yang ada,nama Zarina dilaung kuat.

"Rina!Jawab aku kalau kau memang ada dekat sini!"

Suasana kembali sunyi.Yang hanya kedengaran cuma bunyi cengkerik memecahkan suasana di hutan itu.Dahlia melangkah sebelah kakinya merapati ke arah pokok.Belum sempat tangannya mencapai batang pokok besar tersebut,tiba-tiba kelihatan bayangan susuk tubuh seseorang di sebalik pokok.Dahlia menjauhkan tubuh.Kepala menjengah sedikit ke arah tepi pokok.Ingin melihat lebih jelas figura yang berada di situ.

"Rina,kau ke tu?"

Namun,panggilannya tidak berjawab.Dahlia menapak ke arah tepi pokok.Bayangan figura itu didekati.Semakin dekat dia menghampiri bayangan itu,semakin laju getak jantungnya.Akhirnya,Dahlia menghela nafas lega saat melihat tubuh Zarina yang sedang bersandar di batang pokok itu.Dahlia mendekati tubuh Zarina.Pipi Zarina ditepuk lembut.

"Rina,bangun!Cepat,aku bawa kau keluar dari sini.Ini bukan tempat kita."

Perlahan-lahan mata Zarina terbuka.Tubuhnya terasa lemah.Dahlia cuba membantu Zarina berdiri.Tangan Zarina diangkat memaut di bahu Dahlia.Zarina menguatkan diri untuk berjalan.Namun,baru setapak mereka berjalan,tiba-tiba terdengar satu suara menyapa.Langkah mereka terhenti.Wajah Zarina kembali berubah pucat ketakutan.

"Lia,dia dah datang.Aku tak kuat.Kau pergi selamatkan diri kau!"

Zarina cuba menolak tubuh Dahlia jauh dari tubuhnya.Tetapi pegangan Dahlia pada tubuh Zarina semakin erat.Wajah pucat Zarina ditatap.

"Kau jangan macam ni,Rina.Kau kena kuat.Kita lawan dia.Walau apa pun dia,kita perlu lawan dan keluar dari tempat ini!Kau kena bertahan.Aku ada dengan kau.Percaya aku."

Dalam ketakutan,Zarina mengangguk lemah.Dahlia menyandarkan semula tubuh Zarina di tepi pokok.Dia perlu berdepan dengan makhluk itu.

"Siapa kau?Apa yang kau mahu?Ini bukan tempat kami.Izinkan kami keluar dari sini!"Laung Dahlia sambil matanya meliar melihat keadaan sekeliling.

Tiba-tiba suasana hening itu berubah saat terdengar suara sesorang sedang ketawa besar.Seluruh pelusuk hutan seakan mendengar helaian tawa itu.Dahlia langsung tidak merasa gentar.Dia sudah siap bersedia menghadapi makhluk itu.

"Keluar wahai makhluk durjana!Tunjukkan wajah kau.Sehodoh mana pun wajah kau,aku tak takut!Keluar sekarang.Biar kita saling berdepan.Jangan jadi pengecut!"Kerah Dahlia keras.

Saat itu tanah yang dipijak terasa bergegar.Dahlia cuba menstabilkan diri.Saat itu kabus tebal mula menyelubungi sekitar kawasan pokok besar itu buat seketika.Perlahan-lahan kabus tebal itu menghilang.Ketika itu pandangan Dahlia terpasak pada susuk tubuh makhluk yang boleh dikatakan besar dan tinggi sedang merenung tajam ke arahnya.Matanya merah bak biji saga.Mukanya hodoh dan bergigi tajam.Bertanduk seperti seekor seladang.

"Kau tak boleh bawa dia keluar dari sini!Dia milik aku!"

Dahlia tertawa sinis.

"Dia bukan milik kau makhluk durjana!Dia makhluk Tuhan.Dan ingatlah yang kau juga makhluk Tuhan!Kau tiada hak untuk menghalang aku!"

Kali ini giliran makhluk itu kembali ketawa besar.

"Tuan aku sudah serahkan dia sebagai korban.Tiada sesiapa pun yang dapat halang aku.Tubuh perempuan ini akan jadi milik aku."

Dahlia membesarkan mata saat mendengar perkataan 'tuan' meniti di bibir makhluk itu.

"Siapa tuan kau?Apa yang tuan kau buat hingga dia korbankan kawan aku pada kau?Setahu aku kawan aku tiada musuh!"

Dahlia mengepal erat penumbuknya.Api amarah mula membakar dada.

"Dia menyuruh aku menundukkan kau.Tapi aku gagal.Dia marah.Dia tidak memberi makan pada aku.Saat aku perlukan makanan dia menyuruh aku mengambil sesiapa sahaja yang dekat dengan kau sebagai korban untuk aku."

"Kalau aku yang dia mahu ambil sahaja aku.Bukan kawan aku!Bawa aku kepada tuan kau.Biar aku sendiri berdepan dengan dia.Setelah tugas kau selesai kau boleh minta makanan kau pada dia."Ujar Dahlia berani.

Makhluk itu terdiam seketika.Ia mendekati Dahlia.Matanya mencerlung menatap wajah Dahlia.

"Bagaiman aku tahu kalau kau tidak menipu?"Soal Makhluk hodoh itu.

Kau kembali semula ke tubuh kawan aku.Bawa aku kepada tuan kau.Aku tak menipu kau kerana tubuh kawan aku ada pada kau.Itu jaminan aku."

Makhluk itu bersetuju.Sekelip mata,makhluk itu hilang dari pandangan.Sekelip mata juga tubuh lemah Zarina kembali segar.Matanya yang tertutup terbuka luas.Saat itu hutan yang gelap gelita berubah menjadi bilik Zarina yang terang benderang.

Haris dan Kesuma yang menanti dari tadi terkejut saat melihat Zarina tiba-tiba melangkah keluar dari bilik bersama Dahlia.Kunci kereta dicapai.Kaki mereka atur munuju ke kereta.Haris menoleh ke arah Kesuma.

"Kita ikut mereka.Selamat,bawa kereta.Kita ikut Dahlia dan Zarina.Mungkin ada sesuatu yang ingin ditunjukkan pada kita."Arah Kesuma tegas.

Selamat hanya menurut.Mereka masuk ke dalam kereta sebelum kereta mereka bergerak mengekori kereta Zarina dari arah belakang.

Hampir satu jam perjalanan,mereka sampai di sebuah rumah kayu yang sederhana besar.Terletak jauh di hujung sebuah kampung.Zarina dan Dahlia memanjat tangga rumah.Kesuma dan Haris sekadar mengekori dari belakang.Pintu kayu itu ditolak kasar.Saat itu mata Haris terbuka luas tatkala melihat susuk tubuh yang amat dikenalinya berada di dalam rumah itu.

"Kau?"

Figura itu menoleh.Wajahnya berubah pucat kerana terkejut.Dia pegun di tempat duduknya.

"Haris!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience