SATU

Horror & Thriller Completed 6708

Afsun dibaca sambil tangannya mengacau campuran air bersama tujuh jenis bunga.Di rumah agam yang dibina bak istana itu hanya dipenghuni oleh tiga orang manusia.Sesekali terdengar bunyian cengkerik dan burung hantu memecahkan suasana malam.

"Malam ini malam Jumaat Kliwon.Simpan air itu baik-baik.Dia akan datang ke mari menyerah diri.Berikan air ini sebagai mandiannya.Tetapi ingat,jangan sampai ada orang lain yang menggunakan air ini.Afsun ini aku baca khas untuknya."

Ulas bibir tua itu tersungging senyum.Aminah yang berdiri di sisinya hanya mengangguk kecil.Memahami arahan yang diberi oleh majikannya.Sudah hampir tiga puluh tahun dia bekerja di rumah itu.Sudah masak sangat dengan kemahuan majikannya.

"Baik puan.Nanti saya suruh Selamat masukkan di dalam bekas besar."Ujar Aminah.

"Bagus!Mandikan dia dengan air ini tiga malam berturut-turut.Jangan pernah alpa.Tunggu dia sehingga selesai.Esok kita ada tetamu yang akan bertandang.Berikan layanan terbaik,supaya mereka tidak terasa asing di sini.Aku sudah lapar.Sediakan makanan untuk aku."

Sekali lagi Aminah hanya menurut.Langkah diatur laju menuju ke dapur.Meminta pembantunya,Kuntum menyediakan makanan buat majikannya.

Makanannya dikunyah perlahan-lahan.Wanita bersanggul barbaju kebaya ini masih lagi kelihatan kuat dan bergaya.Walaupun sudah berusia,tetapi masih tetap kelihatan muda.

"Puan,ada apa-apa lagi ke untuk hari ini?"Soal Selamat.

Selamat yang baru sahaja selesai melakukan tugas,kembali berhadapan dengan majikannya.

"Kau sudah siapkan apa yang aku pesan pada Aminah sebentar tadi?"

Selamat segera mengangguk.Wanita itu tersungging senyum.

"Bagus!Sekarang kau boleh pulang.Tapi ingat,esok pagi kau harus menjemput mereka di pekan.Jangan lewat.Mereka tetamu kita.Mereka iringi orang terpenting buat aku."

"Baik,puan.Saya tak akan lewat.Selepas saya siap tugas saya,saya akan pergi ke pekan menunggu mereka.Saya pulang dulu.Selamat malam."Ucap Selamat.

"Selamat malam."Majikannya membalas.

Selamat bergegas masuk ke dalam perut kereta.Badannya sudah letih.Dia ingin segera pulang untuk berehat.Kerana esok,ada tugas penting untuk dilaksanakan.

*************

"Jauh termenung.Apa yang kau fikirkan?"

Dahlia menoleh ke arah sahabatnya.Dia hanya tersungging senyum sebelum dia kembali merenung langit yang gelap.Zarina menapak mendekati Dahlia yang sedang berdiri di balkoni rumah sewa mereka.Terdengar keluhan berat meniti di ulas bibir Dahlia.

"Kau masih fikirkan mimpi kau tu ke?"Soal Zarina.

Dahlia masih diam tanpa suara.Mengangguk tidak,menggeleng pun tidak.

"Ala...Janganlah difikirkan sangat.Mimpi tukan mainan tidur.Buat apa kau nak kusutkan kepala dengan perkara yang bukan nyata."

"Ntahlah,Rina.Aku cuba tak fikirkan semua tu.Tapi...Mimpi tu dah acap kali datang.Mimpi tu buat aku tak tidur lena.Kalau dulu,mungkin aku anggap hanya mainan tidur.Tetapi sekarang ni,aku rasa macam perkara tu betul-betul berlaku di depan mata aku."

Zarina menatap wajah Dahlia dengan kerutan di dahi.

"Cuba kau cerita dekat aku,mimpi kau tu macam mana?Mana tahu aku boleh tolong kau cari punca ke,cari jawapan ke.Kau ada tanya pada ustaz atau ustazah?"

Dahlia hanya menggelengkan kepala.

"Family kau?"

Dahlia menggeleng lagi.

"Aku tak nak buat diorang risau.Cukuplah diorang dah banyak susah sebab dah besarkan aku.Aku banyak terhutang budi pada diorang.Lagi pun nikan cuma mimpi."

"Kau juga yang cakap mimpi tu dah buat kau tak tenang.Tak salahkan kalau kau mengadu dekat diorang.Walaupun diorang tu bukan family kandung kau,tapi diorang sayangkan kau."

"Sebab tu aku tak nak susahkan diorang.Biarlah.Lama-lama nanti hilanglah kot mimpi-mimpi tu."

Dahlia melangkah masuk ke dalam bilik.Zarina mengikuti derap langkah sahabatnya itu.Lalu,Pintu gelangsar ditutup.Punggung dilabuhkan di birai katil.

"Ikut suka kaulah.Aku suruh kau cerita dekat aku,kau tak nak.Lia,jom kita keluar makan.Laparlah.Lagi pun tadi diorang telefon ajak kita pergi makan tempat biasa.Diorang nak bincang pasal esok."

"Esok?Kenapa dengan esok?"Soal Dahlia yang kelihatan terkejut.

"Kau ni dah lupa ingatan ke?Esokkan kita nak ikut Haris balik kampung nenek saudara dia.Kau tak ingat ke?"

Dahlia menepuk dahi.

"Aku lupa!Rina,baju semua aku belum kemas lagi.Macam mana ni?"

Bahu Dahlia ditepuk lembut.

"Ala... Small matter je tu.Lepas balik makan,aku tolong kau kemas barang.Bukan banyak punkan.Dahlah,kau pergi siap.Aku tunggu kau dekat bawah.Kejap lagi Haris datang jemput kita."

Dahlia hanya mengangguk kecil.Punggung diangkat.Lalu Zarina melangkah keluar dari bilik Dahlia dan terus menuju ke tingkat bawah.Dahlia berjalan ke arah almari.Tudung bawal yang tergantung di dalam almari dicapai dan dililit kemas di atas kepalanya.Setelah berpuas hati dengan penampilannya,Dahlia keluar dari biliknya dan terus turun ke tingkat bawah.

Tidak lama kemudian,kelihatan sebuah kereta Land Rover berwarna silver berhenti di hadapan rumah sewa Dahlia.Zarina yang berada di sofa mengintai di jendela rumah.Melihat gerangan yang datang,Zarina terus membuka pintu.

"Dah siap ke?"Soal lelaki itu.

"Dah lama siap."Balas Zarina sambil menyarung kasut di kakinya.

"Dahlia mana?Dia tak ikut ke?"

"Takkanlah dia nak tinggal seorang diri pula.Mestilah dia ikut.Kejap lagi dia keluarlah tu.Takut sangat buah hati kau kena tinggal."Zarina memutarkan bola matanya.

"Ish,slow sikit kalau nak sebut buah hati tu.Nanti Dahlia dengar macam mana?"

Zarina mengeluh kecil.

"Baguslah dia dengar.Biar dia tahu kenyataan sebenar tentang perasaan kau tu.Eh,Haris.Sampai bila kau nak pendam perasaan kau dekat dia?Kau nak tunggu sampai dia kena sambar dengan orang lain ke?Dahlia tu cantik,sopan.Jangan nanti kau yang gigit jari.Masa tu kau menangislah dekat bucu katil."

"Apalah kau ni,Rina.Cubalah doa yang baik-baik untuk kawan kau ni.Dahlah,aku nak masuk kereta dulu.Kau tunggu Dahlia tu.Jangan tinggalkan dia pula."

"Aku tahulah..."

Haris kembali semula ke kereta.Tidak lama kemudian,kelihatan Zarina dan Dahlia sedang berjalan mendekati kereta Haris.Mereka memboloskan diri di dalam perut kereta.Haris terus memandu keretanya membelah jalan menuju ke sebuah restoran.

Sampai sahaja di restoran yang dituju,mereka bertiga terus melangkah menghampiri dua orang rakan mereka yang sedang menanti mereka di situ.Bahu salah seorang sahabat mereka ditepuk lembut.

"Lama ke korang dah sampai?"Soal Haris.

Mereka bertiga melabuhkan punggung di hadapan sahabat mereka.

"Lama tu tak adalah lama mana.Tapi dah separuh gelas juga air aku habis."Balas Zaki yang duduk bersebelahan dengan Haris.

"Kenapa lambat?"Haikal pula mencelah.

"Biasalah...Jalan sesak tadi."

Zaki dan Haikal saling berpandangan.

"Sesak ke...Atau kau tertidur."Zaki menyindir.

Haris hanya senyum segaris sambil mengurut belakang lehernya.

"So,esok macam mana?"Soal Haikal.

Semua mata memandang ke arah Haris.

"Kenapa korang pandang aku?"

"Dah idea kaukan yang ajak kita bercuti dekat kampung nenek saudara kau.Mestilah kami semua akan tanya kau.Takkan nak tanya Dahlia pula."Balas Zarina.

Haris menghela nafas panjang sebelum memulakan bicara.

"Boleh tak kita pesan makanan dulu?Aku tengah lapar ni."Ujar Haris.

Mereka hanya mengangguk kecil.Pelayan restoran dipanggil untuk mengambil pesanan.Usai membuat pesanan,mata mereka semua kembali memandang ke arah Haris semula.

"So,apa plan kau?"Soal Zaki tidak sabar.

"Ehem!Macam ni.Apa kata korang berkumpul dekat satu tempat.Lepas tu aku jemput korang.Naik kereta aku je.Kita carpool.Jimat sikit.Minyak dan tol kita tong-tong.Macam mana?"

Suasana sunyi seketika.

"Ok,boleh.Aku dan Dahlia setuju."Zarina membalas.Dahlia yang berada di sebelah Zarina hanya mengangguk kecil.

Kini mata mereka beralih pada Zaki dan Haikal.

"Korang berdua pula,macam mana?Setuju?"

"Aku setuju.Kau Haikal?Ok tak?"Balas Zaki.

Kini Haikal pula menjadi tumpuan sahabat-sahabatnya yang lain.

"Aku setuju juga.Tapi...Kita nak berkumpul dekat mana?"

Jari telunjuk Haris mengetuk-ngetuk dagunya.Memikirkan tempat yang sesuai untuk mereka berkumpul.

"Kalau berkumpul dekat rumah sewa kami,ok tak?"Dahlia mula bersuara memberi cadangan.

Empat pasang mata memandang wajah Dahlia.Dahlia melihat wajah sahabat-sahabatnya silih berganti.Takut andai cadangannya ditolak.

"Boleh juga.So,esok kita semua berkumpul dekat rumah Zarina dan Dahlia.Lagi pun,diorang ni perempuan.Berkumpul dekat sana teruskan senang.Kereta korang semua park je dekat rumah sewa diorang ni."Ujar Haris.

"Setuju.Kalau macam tu perkara ni kira settle.Kita nak gerak pukul berapa?Jauh ke kampung kau tu?"Soal Zaki pula.

"Aku rasa kita gerak pagi.Kalau gerak lambat takut sampai lewat pula.Kita gerak lepas subuh.Boleh?"Balas Haris.

"Awal gila!Kenapa tak gerak malam ni je?"

"Oklah tu kalau lepas subuh.Kau ni Zaki.Nampak sangat liat bangun subuh."Sindir Zarina.

Lengan Zarina disenggol Dahlia.

"Rina,tak baiklah kau tuduh dia macam tu."

"Ala....Aku cakap je."

"Kau tengok,Dahlia juga yang baik.Terima kasih Dahlia sebab back up aku."

Dahlia mengorek senyuman nipis.Zarina yang mendengar bicara Zaki itu hanya mengguling mata.

"Dah,aku kira korang semua setuju.Paling lewat pukul tujuh kita semua dah gerak."Nada Haris sedikit tegas.

"Baik,boss..."

Zaki mencebik bibir sambil membuat memek muka.Akhirnya ketawa mereka meletus tatkala melihat riak wajah Zaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience