SEPULUH

Horror & Thriller Completed 6708

"Zaki?Kau?"

Haris pantas menyerbu ke arah Zaki.Kolar baju Zaki dicengkam kuat.Wajah Zaki beriak ketakutan saat melihat amarah sahabatnya itu.

"Ha...Haris...Bagi aku explain.Ni bukan macam yang kau sangka."Terketar-ketar suara Zaki cuba merayu.

Zaki cuba meleraikan cengkaman tangan Haris pada kolar bajunya.Namun,Haris sudah dipenuhi dengan perasaan amarah yang melampau.Langsung tidak menghiraukan pujuk rayu Zaki di hadapannya.Jari-jemarinya digenggam erat.Hanya tunggu saat untuk melayangkan tumbukan itu ke wajah Zaki.

"Aku percayakan kau!Kau tahu macam mana sayang aku pada Dahlia.Kenapa kau buat kerja terkutuk ni?Kau sakitkan Dahlia!"

Amarah Haris sudah tidak dapat dibendung.Genggaman tangannya sudah dilayang ke atas.Baru sahaja penumbuknya ingin menyinggah di wajah Zaki,kata-kata Zaki pantas menghentikan tingkahnya.Genggaman pada kolar baju Zaki juga semakin longgar.

"Kau cakap apa tadi?Kau ulang balik!"

"Bukan aku yang buat,tapi Haikal.Dia yang guna cara kotor nak dapatkan Dahlia.Demi Allah,aku tak buat kerja kurafat ni...."

Haris terpempan.

"Haikal?Kau nak tuduh Haikal pula?"

"Aku tak tipu.Aku sanggup bersumpah.Demi Allah bukan aku yang buat."

"Kalau bukan kau yang buat,kenapa kau pula yang ada dekat sini?Mana Haikal?"Soal Haris bersama amarahnya yang bersisa.

"Haris,beri dia peluang bercerita."Ujar Kesuma sambil Menepuk-nepuk lembut bahu cucu saudaranya itu.

Tubuh Zaki ditolak kasar.Renungan tajam Haris membuatkan Zaki meneguk air liur payah.

"Kau cerita semuanya sekarang.Jangan ada satu pun yang tinggal!"

Zaki kembali duduk bersila di lantai kayu.Mereka yang lain turut melakukan hal yang sama.Semua mata tertumpu pada Zaki.Zaki menghela nafas panjang sebelum dia memulakan bicara.

Flashback....

"Haikal,kau nak ke mana ni?Jom lepak mamak.Awal lagi ni."

Jam tangan dikerling seketika.Baru sahaja menginjak pukul sepuluh malam.Masih terlalu awal untuk bergerak pulang.

"Sorry,bro.Aku ada hal ni.Lain kali aku join.Aku gerak dulu."

Haikal memboloskan diri ke dalam perut kereta.Selang beberapa saat,bayang keretanya sudah hilang dari pandangan.Terbit keluhan kecil di mulut Zaki.

"Haikal tu nak ke mana?Aku tengok sekarang dia dah jarang lepak dengan kita."Soal salah seorang sahabat Zaki dan Haikal.

Zaki sekadar menjongket bahu.Tanda tidak tahu ke mana sahabatnya itu menghilang.

Hampir satu minggu berlalu,perlakuan Haikal semakin hari semakin berubah.Dia cepat naik angin dan agak sensitif sekiranya tersalah bicara.Melihat perubahan mendadak sahabatnya itu membuatkan Zaki semakin tertanya-tanya.

Satu malam,seperti biasa Haikal akan keluar dari rumah untuk ke suatu tempat.Malam itu,Zaki awal-awal memberitahu yang dia akan pulang lewat ke rumah sewa mereka.Haikal sekadar menjawab acuh tidak acuh.Tanpa sedar,dalam diam Zaki mengekori Haikal dari arah belakang.Jarak antara keretanya agak jauh ke belakang bagi mengelakkan Haikal sedar yang dia sedang diekori.

Kereta Haikal memasuki sebuah kawasan kampung yang agak terpencil di hujung bandar.Kereta Haikal diekori hingga sampai di kawasan hutan.Di hujung hutan itu terdapat sebuah rumah papan yang agak usang menjadi tempat persinggahan Haikal.Zaki memberhentikan keretanya agak jauh dari lorong rumah itu.Perlahan-lahan Zaki menjejak langkah Haikal hingga ke rumah papan itu.

Mendengar suara sahabatnya sedang berbual dengan seseorang membuatkan Zaki mengintai di celah-celahan papan kayu yang sedikit terbuka.Saat itu alangkah terkejutnya tatkala melihat Haikal sedang berbual dengan seorang lelaki tua yang perwatakan seperti seorang dukun.Asap kemenyan kuat menusuk ke lubang hidung Zaki.Hampir sahaja Zaki mengeluarkan suara.Namun pantas dia menekup mulutnya.Dia memasang telinga mendengar perbualan antara kedua-dua lelaki itu.

End Flashback...

"Lepas tu aku nampak dia bagi pada lelaki tua ni seekor ayam hitam dengan sekeping sampul surat.Waktu tu juga aku dengar dia sebut nama Dahlia.Masa tu aku dah syak yang Haikal nak buat perkara tak baik pada Dahlia."

Semua mata beralih pada Dahlia yang hanya duduk diam membisu.Matanya terpejam.Haris mendekati tubuh Dahlia.Belum sempat tangannya menyentuh bahu Dahlia,pantas Kesuma menghalang.Haris menoleh ke arah Kesuma dengan dahi yang berkerut.Kesuma hanya menggelengkan kepala tanda memberi isyarat supaya tidak mengganggu Dahlia.

"Mana Haikal sekarang?"

"A..Aku tak tahu.Malam tadi tiba-tiba aku dengar dia menjerit-jerit.Lepas tu dia terus keluar.Sampai sekarang batang hidung dia aku tak nampak.Sebab tu aku datang ke sini.Aku ingatkan dia ada dekat sini.Bila sampai sini aku tengok rumah ni dah macam dilanda tsunami."

"Mana tok dukun yang kau cakap tu?"

Tiba-tiba Zarina yang duduk diam terus mengangkat punggung.Kakinya melangkah ke arah sebuah bilik.Mereka yang lain hanya mengekorinya dari belakang.

"Di mana tuan mu?"Soal Kesuma.

Jari telunjuk Zarina menunjuk ke satu arah di sudut bilik.Kesuma mengarahkan Haris mengejutkan lelaki tua yang seakan sedang lena di atas tikar mengkuang yang terhampar di atas lantai.Haris hanya menurut.Tubuh lelaki tua itu didekati.

"Hey orang tua!Bangun!"

Kelopak mata dibuka.Terpisat-pisat matanya mengitari sekeliling bilik.Matanya terbuka luas saat melihat beberapa orang yang langsung tidak dikenalinya berada di situ.Dengan pantas lelaki tua itu bangun dari perbaringan.

"Siapa kalian semua?Apa urusan kamu semua datang ke mari?"

Zarina melangkah ke arah Tok Ajang.Mencerlung matanya melihat wajah lelaki tua di hadapannya.

"Kau sudah lupa perjanjian kau?Sudah aku bawa perempuan itu ke sini.Tiba masanya kau memberikan habuan buat aku!"Ujar Zarina yang bersuara kasar.

Tok Ajang berubah riak.Dia memandang tubuh Zarina dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.Bibirnya menarik senyuman sinis.

"Di mana perempuan itu?Mengapa mereka semua ini ikut serta bersama mu?"

"Sebab kami ada perhitungan dengan kau lelaki tua!"Jerkah Haris yang kembali dengan amarahnya.

"Apa maksud mu anak muda?"

"Apa yang kau nak buat dengan Dahlia?Kenapa kau perlukan dia?"

Tiba-tiba Tok Ajang melepaskan tawanya.Tawa yang membuatkan seluruh isi rumah tercengang dengan perlakuan lelaki tua itu.

"Kerana aku rasa dia gadis istimewa.Dia bisa menjadi hamba abdi aku."Lancang sahaja Tok Ajang berkata-kata.Langsung tidak gentar dengan renungan tajam Haris.

"Kalau kau rasa kau boleh ambil dia.Cubalah!Kita lihat sahaja siapa yang akan tersungkur.Kau atau pun gadis itu?"Kesuma membalas bicara Tok Ajang.Jalan di pintu dibuka.Tubuhnya beralih dari daun pintu.Membiarkan Tok Ajang berlalu ke ruang hadapan rumah di mana Dahlia berada.

"Yakin sungguh kamu wahai perempuan!"

Baru sahaja kakinya ingin melangkah keluar dari bilik,Zarina pantas melelar tangan Tok Ajang.Matanya yang merah menyala itu seakan memberi satu isyarat kepada tuannya.

"Lepaskan tubuh itu.Tugas mu sudah selesai.Santapan mu sudah aku sediakan di tempat biasa."

Selesai sahaja Tok Ajang berbicara,tubuh gempal Zarina yang tegak berdiri terus sahaja lemah menyembah bumi.Haris segera mendapatkan Zarina.Begitu juga dengan Kesuma dan Zaki.Tok Ajang yang melihat tingkah mereka lantas berlari ke ruang hadapan rumah.Matanya meliar mencari susuk tubuh Dahlia.

"Kau cari aku?"Soal Dahlia yang sudah berdiri di belakang Tok Ajang.

Tok Ajang berpaling menoleh ke arah Dahlia.Terkaku kakinya di hadapan Dahlia.Matanya tidak berkelip menatap wajah Dahlia yang kelihatan ayu dan cantik berbanding gambar yang diberikan oleh Haikal sebelum ini.Air liurnya diteguk berkali-kali.Namun keterujaan wajah Tok Ajang hanya sementara.Saat Dahlia membuka mata,serta merta raut wajah Tok Ajang berubah.Kakinya menapak ke belakang beberapa langkah.Seakan cuba untuk melarikan diri.

Dahlia tersenyum sendeng.Selangkah Tok Ajang menapak berundur ke belakang,setapak juga Dahlia mara ke hadapan.

"Kenapa kau seakan takut dengan aku?Bukankah kau mahukan aku wahai lelaki tua?Aku sudah berada di hadapan mu.Ambil aku."Ucap Dahlia dengan nada keras.

"T.. Tak.Bu...Bukan itu maksud ku.Aku sekadar mahu melihat wajahmu sahaja.Ti...Tiada langsung niat ku untuk menyakiti mu."Balas Tok Ajang tersekat-sekat.Ada getaran di suaranya.

"Sekarang kau sudah melihat wajah ku.Aku berikan kau amaran,andai kau berani menyakiti aku mahupun mengganggu aku dan orang di sekitar ku,aku akan pastikan kau menyesal!"Ugutan Dahlia itu membuatkan Tok Ajang melutut.Kaki Dahlia dipegang erat.

"A...Aku...jan...janji,aku tidak akan mengganggu urusan mu lagi.Aku bersumpah!Andai aku menyakiti kamu dan orang di sekeliling mu,hidup aku akan musnah pada hari aku mahu pun pengikut ku menyentuh mu..."

"Baik,aku lepaskan kau."

"Dahlia!"

Saat namanya diseru Haris,Dahlia terus berpaling memandang Haris yang sedang memapah Zarina keluar dari bilik.Satu senyuman nipis terlakar di bibir mungil Dahlia sebelum tubuh Dahlia tiba-tiba melorot jatuh ke lantai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience