DUA BELAS

Horror & Thriller Completed 6719

"Ibu perlu ke kita buat semua ni?Ibu tak kesian ke dengan Dahlia?Mesti berat untuk dia pikul semua ni."Ujar Heliza di hadapan Kesuma.

Hari ini mereka semua sudah tiba kembali ke kampung Kesuma.Malam ini malam yang istimewa.Kesuma akan menyerahkan segala-galanya pada Dahlia.Dahlia pasrah.Dia terpaksa menerima walau terpaksa.

"Kalau nak difikirkan tentang kasihan,memang aku simpati.Tapi kau sendiri tahukan akibatnya kalau aku tidak serahkan pada yang sepatutnya?Ia akan terus menghantui cucu aku dan orang sekelilingnya.Kau sanggup ke,Liza?"Soal Kesuma tanpa berselindung.

Heliza terdiam seketika.Ada benar setiap kata-kata Kesuma itu.Dia perlu akur.Sudah masanya dia melepaskan Dahlia.Dia tidak boleh campur tangan urusan keluarga ini.Tugasnya untuk lindungi Dahlia sudah tamat.Dia harus pasrah.

"Baiklah,ibu.Liza tak akan campur tangan hal ni lagi.Tapi izinkan Liza temani Dahlia untuk upacara malam ni.Anggaplah ini juga salah satu amanat yang Liza perlu buat untuk Dahlia.Bolehkan ibu?"Pinta Heliza penuh berharap.

Melihat wajah Heliza dan teringat akan bakti Heliza menjaga cucunya dengan baik,perlahan-lahan Kesuma menganggukkan kepala.Heliza berlapang dada.

"Baik,aku izinkan.Tetapi kau tahukan syarat yang perlu kau buat?Aku tak nak upacara itu gagal.Aku juga sudah tua dan tidak larat untuk terus memikul bebanan ini.Aku benar-benar mengharapkan Dahlia sahaja.Kerana dia satu-satunya waris kandung yang aku ada."Tegas Kesuma.

"Baik,ibu.Liza ingat pesan ibu tentang pantang larang yang perlu Liza jaga dan turuti.Liza akan minta Khairul untuk ikut abang Selamat dan Haris ke pekan malam ni.Ibu tak perlu risau."Balas Heliza penuh yakin.

"Baguslah kalau begitu.Siapkan Dahlia dengan persalinan yang aku beri.Malam nanti kita perlu pastikan semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang."Arah Kesuma.

Heliza hanya mengangguk kecil saat mendengar arahan Kesuma itu.

Malam mula menjelma.Haris dan Khairul sudah pun bergerak keluar dari rumah Kesuma.Ketika itu,Aminah dan Kuntum mula sibuk mengeluarkan air bunga yang sudah disiapkan sejak kelmarin lagi.Tempayan kecil diseret keluar dari bilik penyimpanan barang ke luar rumah.Dahlia yang sudah siap dengan persalinan serba merah perlahan-lahan melangkah menuruni anak tangga.Heliza pula setia mengekori langkah Dahlia dari arah belakang.Rambut panjang Dahlia dibiarkan lepas bebas tanpa sebarang ikatan.Angin malam yang berpuput lembut menyapa di kulit tubuhnya yang sedikit terdedah di bahagian dada.Heliza membawa Dahlia ke pangkin belakang rumah.Di mana tempat upacara alangan akan dijalankan.

Rasa takut ditepis jauh dari hati Dahlia.Riak wajahnya cuba dikawal walaupun saat itu jantungnya berdegup laju seakan terasa mahu keluar.Perlahan-lahan Dahlia duduk bersimpuh di hadapan Kesuma yang sejak dari tadi sudah menunggunya.Di hadapan Dahlia sudah tersedia sebuah tempayan kecil yang berisi air yang dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga.Lilin yang sudah dinyalakan mula disusun mengelilingi Dahlia dan Kesuma.Heliza awal-awal lagi sudah diarahkan untuk berdiri di luar lingkungan lilin-lilin tersebut.

"Dahlia,aku akan mulakan mentera ku.Apa sahaja yang kamu semua dengar atau nampak,tidak dibenarkan sesiapa pun membuka mulut untuk berbicara.Andai kalian tidak kuat,pejamkan mata kalian.Ingat,jangan kalian cuba merosakkan upacara ku ini.Adakah kalian mengerti?"Soal Kesuma dengan wajah yang beku.

Heliza,Aminah dan kuntum hanya menganggukkan kepala tanpa sebarang bicara.Dahlia pula tajam menatap wajah Kesuma yang sudah mula terkumat kamit membaca mantera.Merinding bulu roma sesiapa sahaja yang melihat keadaan ketika itu.

Seraya itu tangan Kesuma pantas mencapai batok yang tergantung di sisi tempayan.Air yang bercampur bunga dicedok dari dalam tempayan.Lalu dicurah ke tubuh Dahlia melalui atas kepala hingga ke hujung kaki.Menggigil tubuh Dahlia menahan kesejukan.Cukup tiga kali air dicurah ke tubuh Dahlia,batok kembali disangkut di sisi tempayan.Dagu Dahlia dipagut memandang ke arah Kesuma.Dahlia diarah membuka mata dan menatap ke arah mata Kesuma.Kelopak mata Dahlia terbuka luas.

"Ikut setiap perkataan yang keluar dari mulut aku."Arah Kesuma.

Dahlia hanya menurut.Kesuma melepaskan dagu Dahlia.Dia kemudiannya duduk berlutut di hadapan Dahlia.Kedua tangan Dahlia dicapai dan digenggam kemas.Kesuma memulakan kembali bacaan afsunnya.Dahlia yang mendengar turut menuruti setiap bait kata-kata Kesuma.Saat Kesuma dan Dahlia tamat membaca.Angin yang bertiup lembut berubah rentak.Seakan ditimpa badai,seluruh pokok bergoyang kuat.Lilin-lilin yang bernyala turut terpadam.Suasana menjadi hingar.Hanya Dahlia dan Kesuma sahaja yang masih beriak tenang.Itu pun hanya seketika.Tiba-tiba tubuh Dahlia seakan menggeletar.Dadanya terasa sesak.Kepalanya terdongak menghadap langit.Matanya terbuka luas dan berubah putih.Hilang sudah anak mata hitamnya.Mulutnya terbuka.Saat itu,Dahlia mula menjerit menahan sakit seperti ada sesuatu yang sedang merasuk tubuhnya.Mereka bertiga hanya mampu memandang.Kerana itulah perjanjian yang sudah ditetapkan.Tidak boleh masuk campur dalam upacara yang sedang dijalankan.Andai tidak buruk padah yang akan menimpa diri mereka.

Hampir beberapa ketika,angin kembali tenang.Dahlia juga sudah kembali seperti sedia kala.Walaupun tubuhnya sedikit lemah,namun dalam masa yang sama dia merasa dirinya sangat bersemangat.Dalam kesamaran,Aminah dan Kuntum pantas menyalakan lilin-lilin itu kembali.Saat itu kelihatan wajah dan tubuh Kesuma berubah dengan tiba-tiba.Rambut yang sebelum ini hitam bersinar sudah berubah menjadi putih.Wajah Kesuma yang kelihatan muda dan cantik,kini kelihatan tua dan berkedut.Segala-galanya berubah sekelip mata.Mereka bertiga saling berpandangan.Seakan tidak percaya dengan apa yang dilihat.

Perlahan-lahan tubuh Kesuma rebah.Dahlia yang melihat keadaan Kesuma segera mendekati tubuh Kesuma.

"Nenek,kenapa ni?"Soal Dahlia cemas.

Dahlia mengangkat kepala Kesuma,lalu diletakkan di ribanya.Kesuma yang kelihatan begitu lemah hanya tersenyum nipis.

"Aku tak apa-apa.Jangan khuatirkan aku.Sungguh aku rasa tenang sekarang.Dahlia,jagalah diri mu baik-baik.Berbuat baik pada orang sekeliling.Gunakan kelebihan mu itu ke arah kebaikan.Baik niat hati mu maka baiklah ia,andai niat mu buruk,maka padahlah yang menimpa.Andai suatu hari kau sudah tidak mampu bertahan,carilah orang yang pandai mengubati diri mu.Jika tidak,kau perlukan waris perempuan yang lain.Tetapi setiap yang kamu mahu pasti ada cagarannya.Kadang-kadang kamu perlu lepaskan yang kamu sayang sebagai korban.Ia bukan mudah tapi kamu terpaksa relakan.Seperti aku,kamu tidak ada pilihan melainkan kamu bertemu dengan orang yang benar-benar dapat membantu diri mu."Luah Kesuma lemah.

Mendengar kata-kata Kesuma,Dahlia hanya mampu melakar senyuman tawar.Tubuh Kesuma dipapah masuk ke dalam rumah.Heliza yang masih setia berada di situ turut membantu.Aminah dan Kuntum pula mula mengemas barang-barang yang digunakan dalam upacara tadi ke tempat asal.

Tubuh Kesuma dibaringkan di atas katil.Rambut Kesuma dibelai lembut.Sebuah kucupan hangat dilabuhkan di dahi Kesuma.

"Nenek berehatlah.Lia keluar dulu.Kalau ada apa-apa,nenek panggil sahaja Lia.Nenek lemah sangat sekarang ni.Jangan banyak bergerak."Nasihat Dahlia.

Kesuma hanya mengangguk kecil.Selimut ditarik membaluti tubuh Kesuma.Setelah itu,Dahlia dan Heliza mengatur langkah keluar dari bilik itu.

"Lia macam mana?Ok tak?"Soal Heliza sedikit risau.

"Mama jangan risau.Lia ok je.Cuma badan ni rasa sakit-sakit sikit.Lepas tidur nanti hilanglah.Dah lewat ni,mama masuklah tidur.Lia pun dah mengantuk."

Mendengar bicara Dahlia,Heliza akur.Dia melangkah masuk ke bilik tetamu,sementara Dahlia pula masuk ke bilik tidurnya.Dahlia melayangkan tubuhnya di atas katil.Merehatkan diri yang terasa letih.Perlahan-lahan kelopak matanya tertutup menjemput lena.

Dua puluh tahun kemudian.....

"Lia,terima kasih sudi ubatkan anak akak.Ni upah untuk Lia."

Tangan Dahlia dicapai sebelum gulungan wang kertas di tangan wanita itu beralih pada tangan Dahlia.

"Eh,kak Sal.Lia tak perlukan upah.Lia ikhlas bantu anak kak Sal.Lia cuba apa yang Lia mampu.Yang lain berserah pada Allah.Dia yang maha menyembuh bukannya Lia."Ucap Dahlia sambil gulungan wang itu dikembalikan pada wanita itu semula.

"Janganlah macam ni.Memang akak dah niat nak bagi Lia.Ambil lah.Akak pun ikhlas.Kalau bukan untuk Lia,untuk anak Lia.Lia pun perlukan duit untuk besarkan anak Lia.Nak bayar duit anak Lia sambung belajar lagi."ujar wanita itu.

Mahu tak mahu,Dahlia akur.Gulungan wang yang diberikan padanya diambil.Ucapan terima kasih langsung tidak lekang dari bibirnya.Tangannya mula melambai membalas lambaian wanita tadi saat kereta wanita itu bergerak meninggalkan perkarangan rumahnya.Belum sempat Dahlia berpaling,bahu Dahlia disentuh lembut oleh seseorang.Dahlia menoleh ke sisi.

"Lia,mari kita makan.Dah seharian Lia tak jamah makanan.Kesihatan kena jaga juga.Tak salah bantu orang tapi tubuh tu kena sihat.Kalau tidak macam mana nak mengubat orang?"Ujar Heliza di sisi Dahlia.

Dahlia tersenyum nipis saat mendengar kata-kata ibu angkatnya itu.Wajah tua itu ditatap redup.Dahlia meraih tangan Heliza,lalu memimpin ibu angkatnya ke arah ruang makan.

"Ya,mama.Kita makan sama-sama ya.Terima kasih mama sebab sentiasa ada di sisi Lia hingga ke hari ini.Di saat Lia kehilangan suami hinggalah Lia melahirkan Dara,mama sentiasa bantu Lia.Lia banyak terhutang budi pada mama."

"Apa cakap macam tu.Selagi kudrat mama ni ada,mama akan sentiasa ada disamping Lia.Itu dah tanggungjawab mama.Janji mama pada arwah ibu Lia dan nenek Lia.Andai satu hari nanti mama dah tiada lagi,jangan Lia lupa pesanan nenek Kesuma.Sentiasalah berniat baik maka baiklah ia nanti.Jika buruk niatnya...."

"Padahlah yang menanti....Lia ingat mama.Lia harap satu hari nanti Lia dan keturunan Lia akan bebas dari benda ni.Lia akan usaha cari sesiapa yang boleh ubati Lia.Lia tak mahu Dara terima nasib yang sama seperti Lia."Luah Dahlia.

"In Syaa Allah....Jangan putus berdoa.Jangan sesekali lupa untuk dekatkan diri dengan Allah.Kerana tiada sebarang kuasa pun yang dapat menandingi kuasa Allah.Lama-kelamaan benda tu akan lemah.Sudah,mari makan.Kejap lagi kita boleh solat Asar berjemaah."

"Baik,mama."Balas Dahlia.

Heliza menghidangkan lauk pauk yang dimasak kepada Dahlia.Dahlia sekadar memerhati tingkah ibu angkatnya.Walaupun hidupnya tidak seperti wanita lain,tetapi jauh di sudut hatinya dia bersyukur kerana Allah hadirkan orang yang baik di sekelilingnya.

"Semoga alangan yang aku terima tidak akan menjadi alangan buat anak cucu ku nanti..."Doa Dahlia di dalam hati.

-TAMAT-

Share this novel

DHIA AMIRA
2024-04-18 23:30:52 

best

DHIA AMIRA
2024-04-18 23:30:44 

done bca in one day marathon


NovelPlus Premium

The best ads free experience