LIMA

Horror & Thriller Completed 6719

"Rahsiakan hal ini daripada orang lain."Sebaris bicara Kesuma membuatkan dahi Dahlia berkerut.

"Rahsiakan?Tetapi kenapa,nek?"Soal Dahlia naif.

Kesuma tersenyum sendeng.Tangannya dibawa mengelus lembut wajah Dahlia.

"Kamu ini cantik,Dahlia.Pasti ramai jejaka yang menyukai kamu.Sayang andai kamu tidak pandai menghargai kecantikan mu ini."Ujar Kesuma.Pertanyaan Dahlia dibiarkan sepi tanpa jawapan.

Dahlia yang mendengar bicara Kesuma semakin tidak faham akan maksud kata-kata wanita itu.Riak wajahnya menggambarkan perasaannya saat ini.

"Kelak kamu akan faham akan maksudku.Esok,malam terakhir kamu harus mandi bunga.Cukup tiga kali mandianmu itu,pasti mimpi itu tidak akan bertandang lagi."Jelas Kesuma.

"Macam mana nenek boleh tahu pasal mimpi saya?"Soal Dahlia ingin tahu.

"Kerana aku juga seperti mu dahulu.Hidup kamu pasti terganggu bukan?"

Dahlia segera menganggukkan kepalanya.

"Mimpi itu hanya petunjuk buat kamu.Petunjuk tentang asal usul kamu.Kamu perlu bersedia Dahlia.Saat itu pasti akan tiba."Ujar Kesuma lagi.

"Apa maksud nenek?Saya masih tak faham."

Kesuma mengangkat punggung.Dia berjalan mendekati meja panjang yang dihiasi pelbagai jenis bunga itu.Sebuah laci ditarik keluar.Kesuma mencapai sesuatu di dalam laci itu.Lalu barang itu digenggam erat.Kesuma berpaling semula ke arah Dahlia.Dia mendekati semula gadis itu.Punggungnya kembali dilabuhkan di sisi Dahlia.

"Hulurkan tangan mu,Dahlia."Arah Kesuma.

Dengan teragak-agak Dahlia menghulurkan tapak tangannya.Kesuma meletakkan barang yang berada di dalam genggamannya itu di atas telapak tangan Dahlia.Seutas rantai emas berpindah tangan.Dahlia menatap Kesuma dengan kerutan di dahi.

"Rantai siapa ni,nek?"Soal Dahlia.

"Ambil rantai ini.Ini adalah pemberianku untuk kamu.Jagalah rantai ini seperti mana kamu menjaga nyawa kamu sendiri.Perturunkan ia ke anak cucu kamu kelak.Ini amanahku buat kamu,Dahlia."

Dahlia semakin tidak faham.Rantai di telapak tangannya ditilik.Pada rantai itu ada tergantung loket yang berbentuk bunga.Di tengah-tengah bunga itu pula terdapat sebiji batu seakan batu delima.Berwarna merah darah dan berkilauan.Rekaan loket pada rantai itu menarik minat Dahlia.

"Itu batu akik merah delima.Mungkin kamu pernah menemui batu seperti itu di luar sana.Tetapi batu yang ini agak sukar ditemui.Lihat sahaja bentuk batu itu."

Dahlia menganggukkan kepala.Benar apa yang dibicarakan Kesuma.Bentuk batu akik delima merah ini lain daripada yang pernah dia lihat.Ada keunikan pada bentuk dan warnanya.Barang siapa yang melihat pasti akan tertarik hati.

"Kenapa nenek bagi rantai ini pada saya?Kenapa nenek pilih saya?"Soal Dahlia lagi.

"Sebab kamu sudah aku anggap seperti cucuku.Lagi pula,melihat kamu seakan aku melihat diriku ketika muda dahulu.Saling tidak tumpah.Mengenai mimpi kamu itu,tidak perlu kamu bimbangkan.Ia pasti tidak akan datang lagi.Selepas ini hidup kamu akan lebih tenang.Malah,kamu akan lebih banyak berbudi pada orang di sekitar kamu."Terang Kesuma.

Dahlia melengkung senyuman nipis.Rantai yang berada di tangannya diambil semula oleh Kesuma.Kesuma memakaikan rantai itu ke leher Dahlia yang ditutupi tudung.

End Flashback...

"Lia..Ooh...Lia.."

Zarina melambai-lambaikan tangannya di hadapan Dahlia.Ntah apa yang dimenungkan oleh sahabatnya itu,dia sendiri tidak pasti.

"Dahlia!"Nada Zarina naik senoktah.

Bahu Dahlia ditepuk kuat.Dahlia tersedar.Dia menoleh ke arah Zarina.

"Jauh betul kau termenung.Aku panggil kau dari tadi pun kau tak dengar.Menjawab soalan aku apatah lagi.Apa yang kau fikirkan?"Zarina mula menyoal.

Dahlia menggelengkan kepalanya.

"Tak ada apa-apalah.Tiba-tiba aku teringat dekat family aku."

"Family kau?Maksudnya keluarga angkat kau?"Soal Zarina.

"Yalah...Takkan keluarga kandung aku pula.Asal usul aku pun aku sendiri tak tahu.Inikan keluarga kandung aku."Nada Dahlia sedikit kendur.Raut wajahnya berubah mendung.

"Sorry,Dahlia.Aku tak bermaksud pun nak buat kau sedih."Timbul perasaan bersalah dalam diri Zarina.

Dahlia tersenyum tawar.Punggungnya diangkat dari buaian.

"Aku tak ambil hati pun.Ntahlah,Rina.Aku pun tak tahu bila aku akan dapat jumpa keluarga kandung aku.Bila aku tanya keluarga angkat aku,mereka mengelak.Selalu tukar topik perbualan.Macam ada sesuatu yang mereka sembunyikan daripada aku.Aku teringin juga nak kenal keluarga sebenar aku.Kisah hidup keluarga aku.Kenapa aku dijaga oleh keluarga angkat aku? Tapi....aku langsung tak jumpa jalan untuk dapatkan maklumat itu semua."

"Walaupun kebenaran yang kau akan tahu itu melukakan hati kau?"Duga Zarina.

"Ya,walau seperit mana pun kebenaran itu,aku sanggup hadapi."

Air jernih mula bertakung di tubir mata Dahlia.Namun,sedaya upaya ditahan.Dia tidak mahu nampak lemah di hadapan sahabatnya itu.

"Dahlah,jangan difikirkan sangat.Jom kita masuk.Dah masuk Asar ni."

Zarina mencapai tangan Dahlia.Lalu,tubuh Dahlia ditarik mengikuti langkahnya.Dahlia hanya menurut.Kaki diatur mendaki anak tangga rumah agam itu.Sampai sahaja mereka di anak tangga paling atas,kelihatan Haris sedang menunggu mereka di muka pintu.Zarina memandang ke arah Haris.Haris memberi isyarat mata pada Zarina supaya meninggalkan Dahlia bersamanya.Zarina yang memahami akan isyarat sahabatnya itu hanya mengangguk kecil.Belum sempat Dahlia melangkah masuk ke dalam rumah,tangannya dilelar oleh Zarina.Langkahnya terhenti.Dia menoleh ke arah Zarina.

"Ada apa?Bukan kau ajak aku masuk dalam rumah ke tadi?"

Zarina mengusap tengkuknya.Dia tersengih kecil.

"Kau tunggu dekat sini.Biar aku yang masuk sendiri.Tu...Haris nak jumpa kau.Pergilah.Mesti ada perkara penting yang dia nak bincangkan."

Dahlia teragak-agak untuk duduk berduaan dengan Haris.Dia menarik Zarina agar menemaninya.Namun,Zarina menolak.

"Kau pergi jelah.Dalam rumah ni ada ramai orang.Bukan korang berdua je.Lagi pun Haris tu dah lama nak bertemu empat mata dengan kau.Aku tak naklah kacau daun.Pergilah.Kesian Haris tu tunggu kau dari tadi."Zarina memujuk.

Akhirnya,Dahlia bersetuju.Dia berpaling semula ke arah beranda.Kakinya diatur mendekati Haris.

"Ehem!Awak nak jumpa saya?"

Haris yang sedang merenung halaman rumah agam itu menoleh ke arah Dahlia.Terbit senyuman manis di bibirnya.Kepalanya diangguk kecil.

"Lia,ada perkara yang aku nak beritahu kau.Sebenarnya dah lama aku simpan perkara ni.Tapi baru sekarang aku dapat keberanian untuk beritahu kau."

Dahlia berdiri bersebelahan Haris.Namun,pandangannya di lemparkan ke halaman rumah.Tidak berani untuk bertentang mata dengan lelaki itu.

"Macam penting sangat bunyinya.Apa dia?"Soal Dahlia ingin tahu.Tudungnya yang bergelombang ditiup angin petang dibiarkan sahaja.Dia hanya menikmati panorama petang itu dengan tenang sambil menanti bicara Haris.

"Kita dah lama berkawan.Dah lama kenal hati budi masing-masing.Malah keluarga kau juga mengenali aku."

Haris berjeda.Nafasnya dihela sebelum menyambung bicara.Dahlia masih lagi memasang telinga mendengar setiap butir bicara Haris.

"Aku sebenarnya...Aku sebenarnya dah lama simpan perasaan pada kau,Dahlia."Ungkap Haris sambil matanya dibawa menatap wajah ayu Dahlia.

Dahlia sedikit pun tidak terkejut.Malah,dia kelihatan begitu tenang.Wajahnya tiada sebarang riak.

"Saya tahu..."

Jawapan Dahlia mengejutkan Haris.Kening Haris bertaut.

"Kalau kau tahu,kenapa kau macam tak endahkan aku?Kau pun jarang pandang aku bila bercakap.Kau tak suka aku?"

Haris mula berteka-teki.Jantungnya berdegup laju.Pertama kali dia mengungkapkan kata sayang pada seorang gadis.Kerana Dahlia satu-satunya gadis yang berjaya mengetuk pintu hatinya.Baginya Dahlia kelihatan berbeza.Tidak seperti perempuan-perempuan lain yang mengejarnya kerana rupa dan hartanya.

Walaupun Haris dibesarkan oleh Kesuma,tetapi dia tetap merupakan anak lelaki tunggal kepada pasangan ahli perniagaan yang terkenal di ibu kota.Kerana kekangan kerja,Kesuma diberi amanah untuk menjaga Haris ketika kecil.Itu pun atas desakan Kesuma sendiri.

"Sebab saya sedar diri,Haris.Kalau awak nak tahu,keluarga itu bukan keluarga kandung saya.Saya dibesarkan oleh umi dan baba sejak saya bayi lagi.Saya sendiri tidak tahu dan tidak kenal siapa keluarga sebenar saya.Bila saya tanya pada mereka,adakah saya ini anak terbuang hasil daripada perhubungan yang haram?Mereka menidakkan hal itu.Mereka kata saya anak dari hasil perkahwinan yang suci.Tetapi umi dan baba tetap merahsiakan kisah sebenar ibu dan bapa kandung saya.Macam mana saya nak serahkan hati saya pada awak jika saya sendiri pun tidak tahu asal usul saya.Keluarga awak keluarga yang terkenal dan ternama.Tidak mungkin mereka boleh menerima saya,Haris.Saya cuba berpijak di bumi yang nyata.Tidak semua yang kita impikan atau inginkan akan jadi milik kita.Cukuplah sekadar mencipta impian,walaupun ia tidak mungkin menjadi kenyataan."Balas Dahlia.

Air matanya gugur satu persatu.Biarlah lelaki itu tahu penyebabnya.Dia sendiri sudah tidak tertanggung dengan perasaannya sendiri.Hari ini dia luahkan segalanya pada Haris.Supaya lelaki itu boleh memilih gadis yang lebih baik daripadanya.Sekurang-kurangnya bebanan hatinya berkurangan.

Haris meraih tangan Dahlia.Dahlia yang terkejut dengan tindakan Haris itu cuba melepaskan genggaman tangannya.Namun,pegangan Haris terlalu erat.Tangan Dahlia dibawa ke dadanya.Wajah Dahlia ditatap redup seakan sedang membaca isi hati gadis itu.Dahlia yang melihat tingkah Haris mendongak sedikit memandang Haris yang berketinggian lebih sedikit daripadanya.

Mereka berbalas pandangan.Air mata Dahlia diseka dengan ibu jari.Wajah Dahlia diusap lembut.

"Aku tak kisah itu semua,Dahlia.Kalau betul perasaan kau sama seperti aku,kita mulakan semula hubungan kita.Bukan sebagai sahabat,tetapi sebagai kekasih."

Dahlia terpempan.Bukan ini jawapan yang diharapkan daripada Haris.Dia tidak mahu Haris terbeban dengan perhubungan mereka nanti.Dahlia pantas menggelengkan kepala.Tangannya direntap dari pegangan Haris.Dia segera ingin berlalu dari situ.Namun,Haris lebih pantas bertindak.Tangan Dahlia dilelar.Tubuh Dahlia ditarik merapat ke dadanya.Wajahnya diturunkan sedikit mendekati wajah Dahlia.Dahlia kaku dengan perbuatan Haris.

"Aku tak akan sesekali lepaskan kau,Dahlia.Hati aku hanya untuk kau.Tak ada lelaki lain yang boleh bersama kau selain aku.Aku sanggup melawan segala halangan yang datang dalam hubungan kita ini.Asalkan kau bersama aku."Nada Haris separuh berbisik.Namun,kedengaran tegas di pendengarannya.

"Walau apa pun yang berlaku?Awak akan setia dengan saya?"Soal Dahlia inginkan kepastian.

"Aku janji Dahlia.Kalau kau mahu aku bersumpah,aku pun sanggup.Yang penting kau dapat terima aku dan mulakan hubungan baru kita."

Dada Haris ditolak lembut.Dahlia menjarakkan sedikit tubuhnya.Dia berjeda sebelum bibirnya mengukir senyuman kecil.

"Saya setuju.Asalkan awak tidak sia-siakan hubungan kita ini."

Haris tersenyum lega.Mahu sahaja tubuh gadis itu didakap erat.Namun akalnya menghalang.Batas perlu dijaga walaupun acapkali dia sendiri melanggarnya.

Tanpa sedar,ada sepasang mata yang memerhati mereka di sebalik pintu.Bibirnya diketap erat menahan rasa.Amarahnya sedaya upaya ditahan.Jari-jemarinya dikepal sehingga menimbulkan urat hijau tanda hatinya sedang terbakar melihat kemesraan pasangan di hadapannya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience