TUJUH

Horror & Thriller Completed 6708

Saat bulan mengambang penuh.Langit sudah bertukar hitam.Suasana sunyi yang hanya ditemani bunyian cengkerik dan burung hantu.Dia melangkah perlahan-lahan masuk ke dalam sebuah rumah kayu yang terletak di hujung kampung.Dalam kesamaran,matanya tertancap pada sebuah bilik.Kakinya pantas menapak ke dalam bilik itu.Asap dari kemenyan yang dibakar memenuhi ruang bilik itu.Kelihatan seorang lelaki tua berpakaian serba hitam sedang duduk bersila sambil membakar kemenyan.Dia melangkah mendekati lelaki tua itu.

"Tok,saya...."

Belum sempat dia meneruskan bicara,lelaki tua itu pantas menghalang.Tangannya diangkat memberikan isyarat agar dia tidak bersuara.

"Aku tahu apa niat mu,anak muda.Duduklah.Berikan aku barang yang ada pada kamu itu."Tegas nada suara lelaki tua itu.

Dengan pantas tangannya mencapai sesuatu di dalam kocek seluar.Sekeping gambar dihulur kepada lelaki tua yang sedang duduk bersila di hadapannya.Lelaki tua itu tersenyum sendeng saat melihat gambar yang sudah berada di tangannya.

"Gadis ini cantik.Pantas sahaja kamu tergila-gila padanya.Apa kamu yakin dengan niat kamu itu?Kamu tidak akan menyesal dengan apa yang aku akan lakukan pada si cantik ini?"Soal lelaki tua itu.

Bibirnya tersungging senyum.Dagunya yang berjambang nipis itu digosok lembut.

"Saya tak kisah,tok.Saya nak dia jatuh sayang pada saya.Saya nak tok buat dia tergila-gilakan saya.Boleh ke,tok?"Soalnya bersungguh-sungguh.

Lelaki tua yang digelar Tok Ajang oleh orang kampung di situ menghamburkan tawanya.Memecahkan suasana malam yang sunyi.

"Bisa...Usah kamu khawatir.Anggap sahaja urusan kamu udah aku beresin.Kamu tenang sahaja wahai anak muda.Kamu tunggu sahaja hasilnya nanti."Bicara Tok Ajang dengan yakin.

Mendengar kata-kata pawang tua itu,dia merasa lega.Terasa cerah harapannya untuk memiliki gadis pujaannya itu.

"Upahnya macam mana pula,tok?Berapa yang saya perlu bayar?"Soalnya lagi.

"Bayarannya gampang anak muda.Cukup hanya seekor ayam jantan hitam dan tiga biji telur ayam kampung.Selebihnya terserah pada kamu.Aku terima apa adanya."Balas Tok Ajang sambil ketawa.

"Saya dah sediakan seperti yang tok nak.Dalam sampul ni ada sedikit duit upah buat tok.Harap tok terima."Ujarnya sambil menghulurkan sebuah bungkusan kepada Tok Ajang.

Bungkusan itu diambil dari tangannya.Lalu isi di dalam bungkusan itu dituang ke dalam sebuah talam perak.Setelah itu,talam itu ditolak ke arah satu ruang di penjuru bilik.Tiba-tiba,matanya menangkap sebuah makhluk yang sedang merangkak ke arah talam itu.Makhluk itu berwarna hitam.Berkuku tajam dan bergigi gergaji.Matanya bulat merah menyala.Berderau darahnya saat melihat makhluk itu dengan lahap meratah ayam hitam yang sudah mati itu hingga ke tulang.Darah ayam itu merecik ke seluruh ruang.Dia yang melihat tingkah makhluk itu meneguk air liurnya.Matanya tidak beralih dari memandang mahluk itu.Jari-jemarinya menggigil menahan rasa.Bulu romanya turut merinding.

"Jangan kamu tenung khadam aku itu.Nanti kamu sendiri yang lemah semangat."Tegur Tok Ajang.

"Kha...Khadam?"Soalnya pada Tok Ajang.

"Ya,makhluk itu khadam aku.Dia yang membantu aku melaksanakan tugasku.Upah yang aku minta itu adalah makanan untuknya.Terima kasih anak muda.Kamu pulanglah dahulu.Esok kamu akan dapat lihat hasilnya."

Mendengar kata-kata Tok Ajang,dia segera melangkah keluar dari rumah itu.Dengan langkah besar,dia berlari masuk ke dalam kereta dan terus menuju pulang ke rumah.

Saat melihat pemergian anak muda itu,Tok Ajang segera melakukan tugasnya.Kemenyan dibakar lagi.Keris lama yang dibungkus dengan kain kuning dicapai.Lalu keris itu dilayangkan pada asap kemenyan.Sambil mulut Tok ajang terkumat kamit membaca mentera,gambar gadis yang berada di hadapannya dilayangkan pula pada asap kemenyan.Lalu gambar itu ditusuk dengan paku yang sudah dijampi.

******

Dahlia yang baru sahaja selesai makan malam melangkah masuk ke dalam bilik.Dia melabuhkan punggung di birai katil.Tiba-tiba tubuh badannya merasa hangat.Rintik-rintik peluh mula membasahi wajah.

"Kenapa aku rasa lain macam ni.Nak kata bilik ni panas,tak juga.Aircond dah hidup.Tapi kenapa berpeluh semacam."

Dahlia bangun dari katil,kakinya diatur ke arah meja solek.Wajahnya yang berpeluh ditilik di hadapan cermin.Laci meja solek dibuka.Niat hatinya ingin mengambil kipas kecil di situ.Namun,matanya tertancap pada sekuntum bunga cempaka biru yang masih segar di dalam laci itu.Matanya turut melirik pada rantai leher yang diberikan oleh Kesuma.Dahlia mengambil Kedua-duanya.Rantai leher itu dipakai,manakala bunga cempaka itu digenggam erat.

Tanpa Dahlia sedar,mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu.Mata hitamnya juga tenggelam secara tiba-tiba.Loket bunga yang tergantung di rantai leher Dahlia mengembang.Seakan sama gayanya seperti bunga yang sedang kembang mekar.Batu delima merah itu turut berubah warna seakan warna merah darah.Suasana di dalam bilik itu turut berubah.Dari tenang,kini berangin kuat.Seperti sedang dilanda angin monsun.

Zarina yang sedang menonton televisyen di bawah seakan merasai sesuatu yang aneh.Bulu tengkuknya merinding.Dia mengusap lembut tengkuknya.Tiba-tiba,dia terdengar bunyi kuat seakan ada barang jatuh ke lantai.Zarina segera mengatur langkah mendaki anak tangga sambil mulutnya menyeru nama Dahlia.

"Ya Allah,Lia!"

Alangkah terkejutnya Zarina saat masuk ke dalam bilik,melihat Dahlia sudah terbaring di atas lantai tidak sedarkan diri.Zarina yang panik terus berlari mendapatkan Dahlia.Pipi Dahlia ditepuk lembut.Namun,Dahlia masih lagi tidak sedarkan diri.

"Apa aku nak buat ni?Rina,fikir Rina,fikir..."

Zarina cuba menenangkan diri.Tiba-tiba nama Haris terlintas di fikirannya.Telefon bimbitnya yang berada di dalam kocek seluar dikeluarkan.Nombor telefon Haris didail.Selang beberapa deringan,panggilan dijawab.

"Hello,Haris.Tolong aku.Dahlia...."

"Rina,kau cuba bawa bertenang.Aku tak faham ni.Kenapa dengan Dahlia?"

"Dahlia,dia...dia pengsan.Aku tak tahu nak buat apa ni."

"Apa?Dahlia pengsan?Kau tolong jaga Dahlia.Kejap lagi aku sampai."

Talian ditamatkan.Haris dengan pantas mencapai kunci kereta sebelum bergerak ke rumah Zarina.

"Bodoh!Siapa gadis ini?Ilmunya amat tinggi.Ilmu aku sendiri tidak bisa mengalahkan Ilmunya.Aku hampir sahaja mati kerana dia.Tidak pernah sekali pun aku gagal dalam menjalankan tugas ku.Pertama kali aku tewas di tangan seorang gadis mentah!"Tok Ajang menghamburkan amarahnya.

Bibirnya yang sudah berdarah diseka kasar.Dadanya yang sakit ditahan dengan tangannya.Sekali dia batuk,darah pekat terhembur keluar.Tok Ajang mengangkat punggung.Dengan tubuh yang lemah dia mengatur langkah ke arah bilik tidur.Bilik pemujaannya yang sudah hancur ibarat dilanda badai dibiarkan sahaja.Dia perlu berehat mengembalikan semangatnya semula.

"Lia,Lia...Bangunlah.Kau jangan buat aku risau."Zarina cuba mengejutkan Dahlia.Namun,tiada tanda-tanda Dahlia akan sedar.Tubuh Dahlia yang sudah berada di atas katil masih bergeming.Langsung tiada sebarang tindak balas.

"Haris,kita hantar Dahlia pergi hospital jelah.Muka dia pucat dah ni.Kalau apa-apa berlaku pada dia macam mana?"Zarina mempertikaikan tindakan Haris yang tidak membawa Dahlia ke hospital.

"Tak payah.Tadi aku baru je lepas telefon nenek Kesuma.Dia cakap tubuh Dahlia tengah lemah.Dia dah on the way datang ke sini."Ujar Haris yang baru sahaja selesai bercakap di telefon.

"Nenek Kesuma nak datang sini?"Soal Zarina hairan.

"Yelah....Dia nak ubatkan Dahlia.Yang kau pandang aku pelik semacam dah kenapa?"Haris berkerut dahi melihat Zarina yang menatap dirinya seakan harimau kelaparan.

"Tak adalah....Kita sepatutnya bawa Dahlia ke hospital.Bukan jumpa bomoh.Kau ingat aku tak tahu ke nenek saudara kau tu bomoh?"Ujar Zarina.

"Kau tak faham.Dahlia bukan sakit biasa yang kena bawa berubat ke hospital.Dia kena buatan orang."Balas Haris.

"Mana kau tahu?Kau pun dah jadi bomoh juga ke?"Bidas Zarina.

"Kau tak percayakan?Kau tengok ni!Kau tengok dekat lengan dia.Kalau tak percaya juga,kau boleh tengok dekat perut atau badan dia.Mesti ada kesan lebam yang sama.Lagi satu aku nak tunjuk dekat kau."

Kelopak mata Dahlia dibuka sedikit.Alangkah terkejutnya Zarina saat melihat mata hitam Dahlia sudah tiada.Zarina tersandar di kepala katil.Dirinya terkejut bukan kepalang.Pertama kali dia melihat sahabatnya jadi sebegini rupa.

"Ap..apa dah jadi pada Lia,Haris?"Nada Zarina sudah berubah kendur.Wajahnya juga berubah pucat.Haris yang melihat keadaan Zarina cuba menenangkan sahabatnya itu.

"Aku tahu kau terkejut.Aku pun sama macam kau masa aku mula-mula berhadapan dengan ini semua.Tapi lama-kelamaan aku dah jadi biasa."

"Maksud kau?"

Tunak mata Zarina memandang Haris.

"Aku dijaga dan dipelihara oleh nenek Kesuma.Sikit sebanyak aku banyak jumpa pesakit macam Dahlia ni.Diorang datang berubat dengan nenek Kesuma.Dari situlah aku tahu yang Dahlia bukan sakit biasa."Terang Haris meleraikan kekusutan Zarina.

"So,sekarang ni kau rasa,Dahlia akan sembuh?"Soal Zarina ingin tahu.

"Kita doakan semoga Dahlia kembali sedar.Kita tunggu nenek Kesuma sampai.Harap-harap ada jalan penyelesaian buat masalah ni."Balas Haris dengan tenang.

Zarina mengangguk kecil sambil tangannya mengulus lembut tangan Dahlia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience