DUA

Horror & Thriller Completed 6708

Setelah hampir tiga jam lebih perjalanan,akhirnya mereka sampai di perkampungan nenek saudara Haris.Haris memberhentikan keretanya di bahu jalan.Dia melangkah keluar dari perut kereta.Kelihatan seorang lelaki yang berusia separuh abad mendekati Haris.

"Pak Selamat,apa khabar?"

"Alhamdulillah...Sihat.Haris macam mana?Lama kita tak jumpa."

Haris menyalami tangan Selamat.Kekura tangan Selamat dikucup.

"Haris pun sihat.Nenek dengan yang lain macam mana?"Soal Haris lagi.

"Mereka pun sihat.Mereka sedang tunggu Haris di rumah.Nenek Haris tu dah tak sabar nak jumpa Haris.Mm...Mana yang lain?Katanya kawan-kawan Haris pun ikut sekali."

Selamat menjengah kepalanya memandang ke arah kereta Haris.

"Ada tu.Semuanya tidur lagi.Kami gerak lepas subuh tadi.Tu yang semua mengantuk."Ujar Haris.

"Tak apalah.Jom kita gerak.Matahari semakin meninggi.Nanti risau pula orang dekat rumah tu sebab tunggu kamu tak sampai-sampai."

Haris menganggukkan kepala.Dia kembali semula masuk ke dalam perut kereta.Begitu juga dengan Selamat.Kereta mereka mula bergerak menuju ke rumah agam nenek saudara Haris.

Kereta mereka memasuki perkarangan sebuah rumah.Haris memakir keretanya di hadapan rumah itu.Dia menoleh ke arah sahabatnya.Bahu Haikal digoyangkan.

"Haikal,bangun!Kita dah sampai."

Kemudian Haris berpaling pula ke tempat duduk belakang.Bibirnya melengkung senyuman nipis tatkala dapat menatap wajah cantik Dahlia yang sedang lena di bahu Zarina.

"Zaki,Zarina,bangun!Kita dah sampai."

Mereka terpisat-pisat bangun dari tidur.Zarina mengejutkan Dahlia yang masih lena.Pipi Dahlia ditepuk lembut.

"Lia,bangun.Kita dah sampai kampung Haris."

Dahlia yang tersedar dari lena menggosok lembut kedua matanya.Tengkuk yang sedikit sakit diurut.

"Kau ok tak ni?"Soal Zarina.

"Ok je.Leher aku sakit sikit.Mungkin lama sangat tidur atas bahu kau.Bahu kau lenguh ke?Sorry tau."

"Bahu aku ok je.Dahlah.Jom turun."

Pintu kereta dibuka.Kaki melangkah keluar dari kereta Haris.

"Zaki,Haikal,kau berdua pergi keluarkan barang dalam bonet.Zarina dengan Dahlia jom ikut aku masuk dalam rumah."

Zarina dan Dahlia hanya menganggukkan kepala.Mereka mengekori langkah Haris mendekati rumah agam itu.

"Nenek....Haris dah sampai ni."Laung Haris di luar rumah.

Mereka bertiga berdiri di hadapan tangga rumah tersebut.Menanti seseorang menyambut kedatangan mereka.

"Haris,masuklah.Bawa kawan-kawan kamu tu semua."

Terdengar suara seorang wanita dari dalam rumah.Haris melangkah menaiki anak tangga naik ke atas rumah.Zarina dan Dahlia mengikuti langkah Haris dari arah belakang.

Sampai di muka pintu,kelihatan seorang wanita berkebaya hitam dan berkain batik serta bersanggul menyambut kedatangan mereka.

"Nek,apa khabar?"

Haris mencapai tangan wanita itu.Lalu kekura tangan wanita itu dikucup.

"Baik.Masih lagi bernyawa.Ini kawan-kawan kamu,Haris?"

Mata wanita itu tunak memandang ke wajah Zarina dan Dahlia.

"A'ah.Ni Zarina,yang sebelah tu Dahlia."

Zarina menyalami tangan wanita itu.Kini,giliran Dahlia pula yang menyalami kekura tangan wanita itu.Dahlia mengucup lembut tangan wanita itu.Wanita itu tersungging senyum.Kepala Dahlia yang ditutupi tudung itu diusap.

"Cantik....Secantik namamu,wahai cucuku."

Dahlia berkerut kening.Matanya dibawa memandang ke arah Haris.Haris sekadar melengkung senyum tanpa bicara.

"Masuklah.Pergi berehat.Nanti apabila santapan sudah tersedia,bolehlah kita makan bersama-sama."Ujar wanita itu.

"Haris,bawa kawan-kawan kamu ke bilik mereka."Arah wanita itu lagi.

Haris hanya menganggukkan kepala.Dia mengajak Zarina dan Dahlia masuk ke dalam rumah.

"Mak cik.Kami ni kawan Haris."Terang Haikal.

Zaki dan Haikal yang baru sahaja naik ke rumah datang menyapa.Wanita itu tersenyum nipis.

"Panggil sahaja aku ni nenek.Nenek Kesuma. Sama seperti Haris.Aku nenek saudaranya.Jemputlah masuk berehat.Kalian pasti masih lelah."

Haikal dan Zaki saling berpandangan.

"Ini nenek saudara Haris?Tak nampak macam nenek.Masih nampak muda.Pandai nenek jaga diri.Nenek kongsilah rahsia awet muda nenek pada kami ni."Zaki berseloroh.

"Tiada rahsia.Amalkan makan sayur dan buah-buahan serta banyakkan minum air putih.Pasti kulitmu akan cantik dan muda juga.Masuklah.Nanti Haris akan tunjukkan bilik buat kamu."Balas Kesuma.

Zaki dan Haikal hanya menurut.Beg-beg di tangan mereka bawa masuk ke dalam rumah.Kelibat Haris dicari.

"Wei,Haris!Mati-mati kami ingat nenek Kesuma tu mak cik kau.Nampak muda."Ujar Zaki teruja.

"Biasalah...Orang-orang tua,mereka suka amalkan makan ulam-ulaman.Tu yang nampak cantik je selalu.Kepala pun tak fikir apa.Tak stress.Tak macam kita yang duduk di bandar tu."Terang Haris pula.

"Tapi...aku pelik sikitlah.Cara nenek saudara kau bercakap tu tak macam bahasa kita.Macam bahasa indonesia pun ada juga aku dengar.Keluarga kau asal dari sana ke?"Soal Haikal.

"Ye ke lain?Aku rasa macam biasa je.Nenek saudara aku tu memang suka cerita klasik melayu lama.Mungkin terikut sikit-sikit cara bercakap tu.Dahlah,korang berdua tidur bilik ni.Jangan nak merayap masuk bilik Zarina dan Dahlia pula."

"Ish,kau ni.Tak percaya dekat kami berdua ke?Zarina dan Dahlia tu kan kawan kami juga.Takkan kami nak buat apa-apa pula.Jom,Zaki kita masuk.Aku mengantuk lagi ni.Haris,tolong bagi beg ni pada Zarina dan Dahlia.Kami nak masuk bilik dulu."

Haris hanya mengangguk kecil.Zaki dan Haikal sudah melangkah masuk ke dalam bilik.Pintu bilik ditutup.Beg-beg yang berada di atas lantai diangkat,lalu dibawa ke bilik Zarina dan Dahlia.

Belum sempat pintu bilik diketuk,Zarina terlebih dulu membuka pintu.

"Eh,Haris.Aku baru nak keluar ambil beg-beg ni semua.Terima kasih sebab tolong bawakan sampai ke bilik kami."

"Small matter jelah.Mm....Dahlia mana?"

Haris menjengah kepalanya dari muka pintu.Mencari kelibat buah hatinya.Pantas,Zarina menghalang.

"Dia ada je dekat dalam tengah berehat.Lagi pun dia tak bertudung.Nanti lepas rehatkan diri,kami keluar."

"Ok,aku faham.Kalau tak ada apa-apa aku pergi dulu.Nanti bila waktu makan,aku panggil."

Zarina hanya menganggukkan kepala.Dia masuk semula ke dalam bilik sebelum pintu bilik ditutup.

Haris mengatur langkah ke arah beranda rumah.Kelihatan susuk tubuh Kesuma sedang duduk bersandar di kerusi rotan.Haris berjalan mendekati Kesuma.

"Nek,menung jauh nampak."

Kesuma melangkung senyum.Dia menoleh ke arah Haris.

"Duduklah.Ada perkara yang aku mahu bincangkan."

Haris hanya menurut.Dia melabuhkan punggung di atas kerusi kayu berdekatan dengan kerusi rotan yang diduduki oleh Kesuma.

"Ada apa,nek?Bunyi macam serius je."

"Kamu suka dia,bukan?"Soal Kesuma.

"Maksud nenek?"

"Dahlia.Kamu suka pada dia."

Haris terpempan.Tengkuknya diurut lembut.

"Mana ada,nek.Kami sekadar kawan biasa."Haris cuba berselindung.

Mendengar sebaris jawapan Haris membuatkan Kesuma ketawa besar.Haris memandang Kesuma kehairanan.

"Kenapa nenek ketawa?Haris rasa Haris tak melawak pun tadi."

"Kamu fikir aku ini bodoh?Aku sudah makan garam dulu sebelum kamu.Melihat cara mata kamu memandang dia sudah aku tahu perasaan mu.Benar bukan?Mengapa kamu harus menyembunyikan perasaan mu itu?Atau dia sudah berpunya?"Soal Kesuma lagi.

Pantas Haris menggelengkan kepala.

"Kalau begitu,apa alasannya?"

Kesuma tunak memandang wajah Haris.

"Haris takut dia tidak terima cinta Haris."

Sekali lagi ketawa Kesuma meledak.

"Haris....Haris...Wajah kacak kamu tidak cukup untuk menggoda dia?Mahu aku bantu?"

Pantas Haris menggelengkan kepala.

"Tidak.Haris tak perlukan bantuan sesiapa.Biar Haris sendiri yang usahakan."Ujar Haris.

"Usaha yang bagaimana,Haris?Kalau kamu tidak bertindak cepat,jangan menyesal kalau ada orang lain yang mencaras kamu nanti.Waktu itu,kamu sendiri yang akan kecewa sendiri.Berterus terang sahaja.Aku yakin Dahlia itu gadis yang baik.Dia pasti menerima kamu."

Haris memandang wajah Kesuma tanpa lepas.

"Nenek rasa dia akan terima Haris?"

Kesuma hanya mengangguk kecil sambil bibirnya terlakar segaris senyuman.

"Baik,Haris akan cuba.Terima kasih,nek.Nenek selalu sahaja sokong Haris.Buat Haris rasa bersemangat.Ni yang buat Haris sayangkan nenek."

Haris memeluk tubuh Kesuma,tanda sayangnya kepada Kesuma.Kesuma membalas pelukan cucu saudaranya itu.Kepala Haris diusap lembut.

"Kamu sememangnya cucu yang manja.Pantas sahaja aku sayang pada kamu,Haris.Kau memang satu-satunya harapan aku.Tidak sia-sia aku besarkan kamu dari kecil.Kamu memang cucu yang taat."Puji Kesuma.

Mendengar pujian Kesuma membuatkan Haris merasa bangga.Bibirnya melengkung senyum bahagia.

"Terima kasih,nek.Jasa nenek banyak pada Haris.Tak akan sekali Haris lupakan.Kini,masa Haris untuk membalas kebaikan nenek."

Pelukan mereka dileraikan.Kesuma membalas senyuman Haris.

"Puan,makanan sudah siap dihidang.Masa untuk bersantap."Ujar Aminah yang muncul dari dalam rumah.

"Haris,panggilkan kawan-kawan kamu.Makanan sudah tersedia."Arah Kesuma.

Haris mengangkat punggung.Lalu kakinya diatur melangkah masuk semula ke dalam rumah.Kesuma hanya melihat susuk tubuh Haris yang hilang di sebalik pintu.Satu senyuman terlakar di bibirnya.Senyuman yang membawa seribu makna yang tersirat.Tanpa sesiapa pun yang tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience