BAB 12

Romance Completed 500

Ibu cakap sejak dia berubah dia akan perkenalkan diri dia sebagai Azzam. Ibu dan daddy pun dah biasakan diri panggil dia Azzam instead of Dean. Dia cakap biarlah Dean tu nama yang orang kenal dia zaman playboy jahiliah dia dulu. Dia malu dan segan yang Dean dah sama bunyi dengan deen tapi sebelum ini agama dia bukan prioriti dia. Nak nangis aku masa ibu cerita part ni pada aku. Sebab aku salah seorang yang pernah misjudged dia hanya kerana dia seorang playboy. Patutlah masa aku tanya dia playboy ke tidak masa interview dulu dia cuma gelak je. Rupa-rupanya dia dah banyak berubah. Ibu cakap lepas ada company sendiri dia sangat workaholic, itu yang ibu membebel bila nak kahwin kalau asyik dengan kerja je. Ibu cakap malam ni ibu bebel bila dia nak kahwin tup-tup malam esoknya dia dah suruh ibu dan daddy masuk meminang aku. Itu yang ibu excited sangat sampai call aku lepas dapatkan nombor aku dari dia. Sebelum ibu call aku tu ibu dah soal selidik dia betul-betul ke nak kahwin dengan aku sebab cinta, ibu tak nak dia main cekup calon suruh jadi bini macam dalam novel tu. Aiseh ibu, terpengaruh dengan novel betul! Dia cakap kat ibu kami dah lama kenal, sejak universiti. Ceh, memanglah kenal sejak universiti tapi kenal gitu-gitu aje dan lepas tu tak pernah contact langsung. Ibu cakap dia nak kahwin dengan aku sebab agama. Dia cakap aku boleh didik bakal anak-anak dengan baik dan dalam masa yang sama boleh sama-sama terus perbaiki diri ke arah kebaikan. Aamiin.

Okay, enough of that. Tiba-tiba aku rasa macam ni luahan perasaan pula. Haha. Kau orang jangan pelik kalau ada angin dia nak panggil aku sayang. Kalau dulu aku rasa nak hempuk je dengar dia panggil aku sayang tapi sekarang rasa nak peluk je. Apakah? Haha. Well, I’m not in the Dean’s List but I’m now Dean’s Wife. Secara rasminya aku nak beritahu pada kau orang yang frekuensi hati dia sekarang bukan frekuensi playboy. Kau orang jangan nak tune in kat frekuensi hati laki aku tu ya. Biar aku seorang je yang tune in kat frekuensi tu. Frekuensi hati dia sekarang ni frekuensi prayboy. Dia akan jadi imam solat aku dan aku perasan banyak solat sunat lain yang dia buat. Alhamdulillah, prayboy itu suami aku. Hihihi. Kau orang doa-doakanlah kebahagiaan Ammara dan Azzamuddin ni sampai syurga ya. Aamiin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience