AMMARA tiba awal di tempat perbincangan di fakulti mereka. Kepada Syabil dan Muiz sudah dia beritahu akan ketibaannya. Sebarang penyampaian maklumat buat Dean dan Sam diuruskan oleh Syabil dan Muiz . Kali ini mereka perlu membuat perbincangan untuk tugasan berkumpulan bagi subjek Madam Nadia . Kartika tidak dapat dia angkut untuk duduk semeja dengannya kerana kumpulan Kartika membuat perbincangan untuk pembentangan bab seterusnya subjek Madam Nadia . Tetapi dia tidak begitu risau kerana kumpulan perbincangan Kartika hanya selang dua meja dari mejanya.
Sementara menunggu ketibaan ahli lain, Ammara meneruskan pembacaan di komputer ribanya. Tidak lama lepas itu hujung matanya menangkap seseorang duduk di hujung sebelah kiri meja yang sama dengannya. Dia toleh ke kiri bagi mengenal pasti gerangan siapakah yang turut awal itu. Senyuman manis terlebih manisan dan gula dari Dean dia balas dengan jelingan maut. Sungguh bila dah tahu yang Dean ni playboy dia tak boleh nak bagi muka. Yang dia peliknya kenapalah masih ada orang yang jatuh hati, jatuh cinta, jatuh apa-apa lagilah kat dia. Tak rasa macam bodoh ke? Dah tahu orang tu playboy buat apa suka dia. Ammara rasa tidak selesa kerana sedari tadi Dean asyik memandangnya. Ya Allah, seriously mamat ni tak reti nak tundukkan pandangan ke? Nak cakap aku pakai pakaian yang menonjol last time aku check kat cermin sebelum keluar bilik tadi aku dah menutup segala aurat. Dah macam Women In Black pun ada dari atas sampai bawah aku pakai warna hitam.
Sekotak coklat berjenama terkenal diletakkan berdekatan dengan Ammara . Ammara buat-buat tak nampak. Pembacaannya diteruskan. Dean rasa tercalar dan tercabar. Tercalar egonya kerana sebelum ini belum pernah mana-mana perempuan menolak pemberian darinya dan tercabar maruahnya kerana gadis yang duduk di hujung sana meja itu langsung tidak menunjukkan minat kepadanya. Dean cuba bersabar.
“You Ammara kan? Group leader kita. That chocolate is for you. I’m so sorry tak datang first group discussion and tak buat my part. Sam tak dapat datang hari ni tapi jangan risau nanti I beritahu dia apa yang dia perlu buat.” Dean memulakan bicara berserta pakej senyuman manis terlebih manisan dan gula.
“Thanks but no thanks. Aku tak makan coklat, migrain.” Jawab Ammara senada tanpa memandang muka Dean.
Dean buat muka tak percaya walaupun sebenarnya Ammara tak nampak riak muka dia. Biar betul budak ni tak makan coklat?! Bukan semua perempuan suka coklat ke? Well, at least semua yang ada dalam Dean’s List tu memang suka coklat. Itu aku sangat pasti. Migrain? Dia tengah tipu aku ke betul-betul sebab migrain ni? Cool Dean, cool. Proceed with your next step. Dean terus merenung Ammara membuatkan Ammara bertambah-tambah tidak selesa.
“Ammara , do you know that you’re beautiful?” sambil tersenyum Dean berkata kepada Ammara . Ammara sudah senyum senget. Sinis. Bila playboy berbicara, macam ni lah agaknya. Ammara bermonolog sendiri. Malangnya senget senyuman itu pada sebelah kanan dan Dean pula duduk di hujung meja sebelah kiri jadinya Dean tidak nampak senyum senget Ammara itu.
“Why? If I don’t know that I’m beautiful does that what makes me beautiful?” Ammara bersuara sambil memandang Dean beberapa saat. Setelah itu mata kembali difokuskan pada skrin komputer.
Jawapan kreatif luar skema dari Ammara membuatkan Dean terkedu. Lidah playboy itu kelu. Bukan ke dia sepatutnya tersenyum-senyum ala-ala malu tapi sebenarnya gedik just like those girls in the Dean’s List? Okay Dean, now you know that she’s at a different level. A class of her own.
Share this novel