BAB 6

Romance Completed 500

PAGI Sabtu hari aktiviti menjelma. Aktiviti ini merupakan aktiviti akhir kelab tersebut bagi semester ini memandangkan peperiksaan akhir semester bakal menjelma. Ahli kelab dan sukarelawan yang bakal mengikuti aktiviti ini sudah berkumpul di stesen bas berdekatan dengan fakulti mereka seawal jam 6.30 pagi. Apabila cukup semua ahli dan sukarelawan, mereka akan bergerak ke rumah anak-anak yatim yang terlibat bagi menjemput anak-anak yang bakal mengikuti aktiviti ini dan setelah itu bas akan terus menuju ke FRIM bagi aktiviti canopy walk bersama semua anak-anak yang terlibat.

Ammara menarik nafas dalam-dalam dan dihembus nafas perlahan-lahan. Seronok dapat menghirup udara pagi. Sebentar tadi dia telah menolong Kartika untuk memastikan sarapan sudah cukup untuk semua. Sedikit demi sedikit para ahli kelab yang terlibat dan beberapa orang sukarelawan mula memunculkan diri. Kebanyakan dari mereka duduk di stesen bas tetapi Ammara berdiri jauh sedikit dari stesen bas. Dia mendongak ke atas memandang langit pagi. Subhanallah, cantiknya! Apabila letih mendongak, Ammara menundukkan kepalanya dan berpusing ke sebelah kanan ke arah stesen bas fakulti. Ya Allah, dia join sama!

Ammara terpandang Dean yang sudah sedia tersenyum kepadanya saat Ammara menjatuhkan pandangan kepadanya. Aigoo! Playboy ni ikut juga? Aku tak perasan pula nama dia dalam senarai volunteer tu. Adeh. Lagipun bukan aku in-charge cari volunteer. Spoil lah! Aku baru aje happy dah tak payah jumpa dia untuk group discussion alih-alih dia join program ni. Ammara sudah menggaru-garu kepalanya yang dilitupi tudung. Senyum dari Dean tidak dia balas. Kedua-dua tangan Ammara menggosok-gosok lengannya. Seram pula tengok Dean senyum terlebih manisan dan gula macam tu pagi-pagi macam ni. Macam manalah mereka ni boleh cair dengan senyuman dia, pada aku rasa seram ada laa. Beberapa orang pelajar perempuan yang berada dekat dengan Dean sudah tersenyum-senyum kepadanya. Ini kes mereka perasan Dean senyum pada mereka padahal Dean senyum pada Ammara .

Selepas taklimat terakhir diberikan, para ahli kelab dan sukarelawan masuk ke dalam bas. Rata-rata duduk bersebelahan dengan kawan masing-masing. Ammara sudah semestinya duduk bersebelahan Kartika . Dean hanya duduk berseorangan di tempat duduk kawasan belakang. Rindu kat Sam kut. Supernatural brothers kononnya. Haha. Selalunya mana Dean ada, Sam pun ada sama. Awal dahulu Ammara ingatkan nama betul Sam tu Samsul ataupun Samsudin rupa-rupanya Samad. Nak buat macam mana, orang Melayu perasan nak jadi orang putih, itulah jadinya.

Riak teruja jelas terpamer pada wajah Ammara apabila bas tiba untuk menjemput anak-anak yang bakal mengikuti aktiviti ini. Tidak sabar untuk melakukan aktiviti bersama mereka. Seramai 20 orang anak-anak yang terdiri daripada 10 orang anak-anak perempuan dan 10 orang anak-anak lelaki bakal mengikuti aktiviti ini. Anak-anak yang terlibat dalam lingkungan umur 7 hingga 14 tahun. Sayu juga hatinya apabila melihat anak-anak lain yang tidak dapat mengikuti aktiviti ini hanya melambai abang-abang dan kakak-kakak mereka yang sudah berada di dalam bas.

Bagi mengelakkan terlalu ramai yang bergerak di dalam bas, jadi hanya Kartika , Ammara dan Masitah yang akan mengedarkan sarapan pagi kepada semua yang terlibat. Dengan muka yang teruja berserta senyuman yang tidak lekang dari bibir mereka mula mengedarkan sarapan. Anak-anak kelihatan teruja sekali. Menurut mereka ini adalah kali pertama mereka akan beraktiviti jauh dari kebiasaannya.

Satu persatu sarapan yang sememangnya sudah siap dibungkus Ammara edarkan berserta senyuman. Dia tidak sedar yang dia sudah menghampiri kawasan belakang bas yang mana merupakan tempat duduk Dean. Dean sudah tersenyum ke arah Ammara walaupun Ammara tidak memandangnya. Sungguh dia tidak pernah lihat Ammara senyum sekerap dan seteruja ini. Bertambah manis wajah Ammara yang dihiasi senyuman itu. Dia harus akui bahawa Ammara bukan seperti gadis lain yang dia pernah kenali. Ammara takkan cair dengan coklat. Antara Ammara dan coklat, coklat yang akan cair terlebih dahulu kalau nak tunggu Ammara cair.

Apabila tiba giliran Dean, dia sudah menghulurkan tangannya untuk menerima sarapan dari Ammara . Ammara yang baru terpandang muka Dean yang sudah tersenyum itu terbantut untuk menghulurkan sarapan kepadanya. Senyuman Ammara serta-merta mati. Dia tarik balik sarapan yang sedikit lagi bakal sampai ke tangan Dean. Erk, playboy ni? Macam mana aku boleh lupa dia duduk dekat belakang ni. Adeh. Ammara terus berpusing dan kembali ke tempat duduknya. Senyuman manis Dean mati. Sampai macam ni sekali dia tak suka aku? Teruk sangat ke aku ni? Masitah yang perasan Dean masih belum dapat sarapan menghulurkan plastik berisi sarapan kepada Dean. Dean hanya senyum segaris tanda berterima kasih kepada Masitah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience