BAB 1

Romance Completed 500

BERDESUP para pelajar berpusu-pusu keluar dari bilik kuliah. Para pelajar yang akan menggunakan bilik kuliah untuk kelas seterusnya pula sudah mula masuk ke dalam bilik kuliah. Sepuluh minit jarak masa dari satu kelas ke kelas yang lain digunakan untuk para pelajar bergerak ke kelas seterusnya. Ammara dan Kartika berjalan beriringan menuju ke kelas mereka yang akan diadakan di salah satu bilik kuliah yang terletak di tingkat 1. Kelihatan dua orang pelajar berjalan dari arah bertentangan dengan mereka. Kedua-duanya sedang rancak berbual.

“Ammara , Ammara , tengok akak yang sebelah kanan depan kita tu.” Kartika berkata perlahan kepada Ammara . Cukup untuk didengari oleh Ammara sahaja. Ammara pandang sekali imbas pelajar yang dimaksudkan oleh rakannya itu. Setelah pelajar yang dimaksudkan sudah berlalu Ammara bertanya kepada rakannya itu.

“Cantik. Kenapa dengan dia?” tanya Ammara polos. Si Ammara ni memang senang puji orang cantik. Tiga minggu Kartika kenal dengan Ammara ni siapa aje yang dia tak puji cantik, semua perempuan dia puji cantik. Kadang-kadang pandangan mata Kartika rasa biasa-biasa aje tapi Ammara puji cantik. Bila ditanya Ammara akan cakap, manusia tu sebaik-baik kejadian jadi macam mana yang Allah ciptakan kita, itulah cantik. Dan lagi cantik apabila kita menutup aurat dengan sempurna. Tapi pelajar yang baru lalu tadi tak dinafikan memang cantik pun.

“Akak tu Dean’s List habaq hang.” Jawab Kartika . Ammara hanya mengangguk-anggukkan kepalanya. Di dalam hati dia sudah memuji, sudahlah cantik, pelajar Dean’s List pula tu. Insya Allah aku akan usahakan untuk dapat Dean’s List juga. Dalam diam Ammara sudah memasang azam buat dirinya.

Mereka berdua melangkah mendaki anak tangga. Keadaan yang sedikit sesak menyebabkan para pelajar yang sedang mendaki naik anak tangga dan para pelajar yang sedang menuruni anak tangga bergerak perlahan. Ketika mereka berdua berpapasan dengan seorang pelajar perempuan, Kartika mencuit Ammara dan membuat isyarat mata untuk Ammara memandang pelajar tersebut. Ammara hanya sempat memandang sekilas kerana sedikit lambat membaca isyarat yang dihantar oleh Kartika . Setelah mereka berada di tingkat 1, langkah kaki diteruskan untuk menuju ke bilik kuliah.

“Kau nampak tak akak tadi yang aku suruh tengok masa aku cuit kau?” tanya Kartika .

“Nampak sekilas ajelah Na.” Jawab Ammara jujur. Kartika menyambung bicara.

“Akak tu pun Dean’s List juga.” Kata Kartika . Sekali lagi Ammara mengangguk-anggukkan kepalanya dan sekali lagi dia bersemangat untuk mendapatkan Dean’s List. Sewaktu Ammara ingin membuka pintu bilik kuliah, Kartika sempat sekali lagi mencuit Ammara dan berkata perlahan, “Pandang kiri.. pandang kiri..”

Ammara memandang ke sebelah kirinya, dilihatnya seorang pelajar perempuan sedang membuka pintu dan masuk ke dalam bilik kuliah di sebelah. Ammara memandang Kartika dan berkata, “Jangan cakap dekat aku yang akak tu pun Dean’s List juga.” Kartika sudah tersengih lebar, “Haha. Nak cakap juga, akak tu memang Dean’s List pun.”

Ammara sudah buat muka tidak percaya. Mereka berdua melangkah masuk ke dalam bilik kuliah dan mengambil tempat di barisan ketiga dari hadapan. Ada beberapa orang pelajar lain sudah hadir terlebih dahulu dari mereka. Sebaik sahaja mereka duduk, buku nota terus dibawa keluar dari dalam beg dan digunakan untuk mengipas. Pendingin hawa akan mengambil masa yang sedikit lama untuk memberi kesan kepada mereka kerana mereka masih berpeluh akibat berjalan dari kolej kediaman ke fakulti.

“Kau ni kan, tahu-tahu aje akak-akak tu semua Dean’s List padahal kalau kira sekali minggu orientasi, kita baru tiga minggu masuk sini. Kaki gosip betul!” kata Ammara kepada Kartika . Kartika hanya mengangkat-angkat keningnya. Dah memang betul apa yang Ammara cakapkan tu. Dia bukanlah kaki gosip sangat pun sebenarnya tapi disebabkan ada senior sekolah menengahnya dahulu yang belajar di fakulti yang sama ini jadi dia cepat tahu berita-berita sensasi terdahulu dan terkini.

“Assalaamu`alaikum. Guys, actually Madam Nadia tak dapat datang hari ni tapi it’s very last minute and madam tak sempat nak beritahu lebih awal. Jangan risau sebab siapa yang datang hari ni dikira datang. Kejap lagi aku pass kertas untuk attendance okey. Aku sempat jumpa madam dan dia ada tinggalkan kerja untuk kita buat. Aku dah fotokopi untuk semua kejap lagi aku pass. Yang tu kita kena hantar next class and then dalam kertas ni pula dah ada nama kau orang untuk group’s presentation, kau orang tengok kau orang kumpulan mana and perlu present chapter berapa. Senarai ni madam yang buat okey dan kau orang wajib ikut. Group 1 has to present next week, Group 2 the following week and so on.” Syukri sebagai wakil kelas bersuara setelah dia lihat ramai yang sudah hadir dan kelas sepatutnya sudah sepuluh minit bermula. Syukri mula mengedarkan kerja yang perlu dihantar pada kelas berikutnya diikuti dengan senarai nama pembentangan berkumpulan dan kertas untuk kedatangan hari ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience