BAB 11

Romance Completed 500

ALBUM perkahwinan dibelek. Tidak lekang senyuman di bibir Ammara tatkala melihat gambar perkahwinannya dengan Azzam. Terasa seperti baru semalam mereka mendirikan rumah tangga. Siapa sangka hari keluarga Azzam datang meminang bertukar menjadi hari mereka bertunang. Kita merancang, Allah juga merancang dan sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik. Cukup ringkas tetapi yang penting semua orang berpuas hati. Empat bulan selepas itu pula diadakan majlis pernikahan. Keluarga Ammara mementingkan kesederhanaan walaubagaimanapun majlis tetap ceria dan meriah dengan kehadiran keluarga dan sahabat handai.

Ammara memandang pula gambar post-wedding mereka yang diambil di beberapa tempat. Sememangnya mereka hanya mengambil gambar post-wedding, tiada sebarang gambar pre-wedding diambil. Tiba-tiba satu beg kertas diletakkan di hadapan Ammara . Setelah itu terasa dirinya dipeluk dari belakang. Pipinya dicium si suami dan setelah itu pipi si suami melekat di sebelah pipinya. Ammara melepaskan diri daripada pelukan si suami dan dia berpusing menghadap si suami.

“Mas Azzam! Ammara pesan apa?” Azzam cuak sekejap. Sekejap ajelah. Ammara dah panggil dia Mas Azzam ni maknanya dia tengah marah. Masa mula-mula Ammara panggil dia Mas Azzam dulu dia pelik juga. Bila dia kata, mas tu bukan ke panggilan untuk abang kandung dengan selambanya Ammara jawab, kisah pula Ammara untuk abang kandung ataupun tak, at least Ammara tak cakap benda merepek-repek masa marah. Bila Ammara panggil abang Mas Azzam, Ammara sebenarnya doakan supaya abang jadi macam Mas Azzam dalam Ketika Cinta Bertasbih tu. Azzam layankan aje. Kira okeylah si isteri masih mendoakan dia jadi orang baik-baik walaupun tengah marah.

“Sorry sayang. I couldn’t help it. Abang tengok je terus abang rasa nak hadiahkan pada Ammara .” Azzam bersuara. Tangan si isteri sudah dia gosok-gosok lembut untuk memujuk. Hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama dan mereka sama-sama telah berjanji tiada sesiapa yang akan memberi hadiah kepada satu sama lain. Cukup mereka meraikannya dengan bersyukur kepada Allah dan makan berdua yang sedikit istimewa dari biasa. Memberi hadiah seharusnya tidak perlu tunggu sesuatu perkara berlaku sahaja. Ammara menarik nafas menenangkan diri.

“It’s okay Mas Azzam. Hari ni Mas Azzam dimaafkan. Okay since abang bagi hadiah pada Ammara , so Ammara ada hadiah nak bagi pada abang juga.” Kata Ammara sambil tersenyum.

“See! You also broke your promise. Kata tak nak bagi hadiah tapi ada hadiah untuk abang.” Azzam sudah tersengih.

“But mine is different abang and I’m sure you’re gonna like it.” Ammara berkata sambil mulutnya dirapatkan pada telinga Azzam untuk berbisik. Ammara berkata sesuatu kepada Azzam.

“Like it? I love it! Thanks so much sayang. Alhamdulillah.” Azzam terus memeluk si isteri. Semestinya dia gembira dengan ‘hadiah’ kehamilan isterinya ini. Sememangnya mereka berdua menanti-nantikan kehadiran cahaya mata. Azzam melepaskan pelukan. Matanya bersinar-sinar memandang si isteri.

“Bila Ammara tahu? Kenapa tak beritahu abang awal-awal?” tanya Azzam.

“Ammara baru tahu hari ni bang, masa keluar dengan Kartika . Dia yang beria-ria bawa Ammara pergi klinik masa Ammara cakap Ammara rasa nak muntah dan nak makan benda masam-masam. Overlah Kartika tu tapi kalau dia tak over macam tu Ammara pun tak tahu yang Ammara pregnant. Hehe.” terang Ammara kepada si suami. Ammara kembali menjadi sasaran pelukan si suami yang sudah kegembiraan. Beribu keyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa atas kurniaan yang tidak terhingga.

“Ammara tengah tengok wedding photos kita ke?” tanya Azzam apabila dia terpandang album perkahwinan mereka yang terbuka. Pelukan dilepaskan. Album perkahwinan yang terbuka diambil. Ammara ditarik rapat untuk duduk bersebelahannya. Gambar Ammara yang duduk seperti kesakitan dan Azzam pula berdiri menghulurkan tangan ke arah Ammara ditatap bersama. Sebelah tangan Azzam sudah memeluk Ammara dan dikucupnya dahi si isteri. Gambar itu kembali ditatap bersama senyuman penuh makna.

Gambar tersebut merupakan wedding photoshoot di FRIM. Ammara tersenyum lebar. Gambar dan tempat yang menjadi kesukaannya dalam banyak-banyak gambar perkahwinan mereka. Haruslah buat wedding photoshoot dekat sini! Sinilah tempat bersejarah aku kenal sisi penyayang dan pemurah seorang Dean. Dekat sinilah aku belajar jangan judge orang berdasarkan satu perkara yang orang tu lakukan. Aku ingat lagi waktu tu aku benci Dean sebab dia ternyata seorang playboy. Memanglah perangai playboy tu tak bagus dan bukan sesuatu yang patut dibanggakan apatah lagi dipuji tapi aku lupa yang aku tak sepatutnya judge orang hanya sebab tu. Hanya Allah yang layak menilai hambanya. Dan dekat sini aku dapat tahu dan lihat yang Dean seorang yang pemurah dan penyayang.

Siapa sangka Dean, playboy yang aku benci itulah yang jadi suami aku. Sebab itulah orang tua-tua selalu pesan jangan benci sesuatu dengan melampau dan jangan suka sesuatu dengan melampau sebab sekelip mata aje perasaan kita boleh berubah. Ingat aku tak terkejut ke nampak muka dia masa interview kerja tahun lepas? Terkejut tahu! Tapi of courselah aku kawal riak muka aku and since kak Aina HR tu perkenalkan dia sebagai Encik Azzam maka aku pun buat keputusan untuk buat-buat tak kenal dia. Huarghh!! Malu gila kalau ingat pasal interview tu. Macam mana entah sijil kursus pra perkahwinan yang aku buat masa last sem dekat uni dulu boleh sesat kat situ. Aku rasa aku dah keluarkan. Adeh. Buat malu keturunan je. Tapi benda dah jadi dan itu pun satu ketentuan Ilahi. Kalau tak, takdelah aku ditawarkan jawatan sebagai isteri bos syarikat tu. Hehehe.

Bercakap pasal bos syarikat tu, siapa lagi kalau bukan Encik Azzam yang dah selamat jadi laki aku ni. Dia dah lain sekarang wo! Bukan sekarang je sebenarnya. Okey ini cerita yang aku korek dari ibu, kau orang senyap-senyap aje tau. Ibu cakap sejak pertengahan sem masa dia extend tu ibu dah nampak perubahan dia. Masa dah habis belajar lagilah nampak perubahan dia terutamanya masa dia buka syarikat dia sendiri hasil suntikan modal dari daddy. Dia dah kurang keluar dan lebih banyakkan masa membaca terutamanya buku pasal agama. Lepas tu ibu cakap bila ibu dan daddy pergi surau atau masjid dia ringan kaki nak join. And of courselah dia dah bukan playboy. Alhamdulillah. Jadi mohon tarik balik title playboy dari laki aku tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience