Apabila senarai nama pembentangan berkumpulan sampai pada tangan Kartika , dia dengan terujanya menarik-narik tangan Ammara yang duduk bersebelahannya. Ketika itu Ammara sedang sibuk menulis namanya dan nama Kartika pada senarai kedatangan hari ini. Sesudah selesai nama ditulis dan kertas diberi kepada pelajar lain pula, Ammara menoleh ke arah Kartika .
“Ammara tengok ni, kau satu kumpulan dengan Dean and Sam lah.” Ujar Kartika . Ammara sudah membuat muka pelik.
“Siapa pula Dean dengan Sam ni? Supernatural brothers ke? Tak pernah dengar pun nama tu dalam kelas ni sebelum ni.” Kata Ammara .
“Aku rasa dorang baru register course ni sebab tu baru ni ada nama dorang. Course registration kan belum tutup lagi. Kau ingat tak akak-akak sebelum ni yang aku cakap Dean’s List tu?” Kartika bertanya, Ammara mengangguk. Kartika menyambung bicara.
“Well, akak-akak tu bukan Dean’s List as in Anugerah Dekan tapi Dean’s List sebab mereka tu termasuk dalam senarai kekasih dan bekas kekasih Dean ni. Yang aku tunjuk kat kau tadi baru tiga orang tapi sebenarnya list tu panjang lagi, students fakulti lain pun ada juga. Si Sam ni best friend Dean lah. Apa paper yang Dean kena repeat si Sam ni repeat juga. Sepatutnya dorang dah habis sem lepas tapi extend sem sebab ada lagi tiga subjek mereka kena repeat.” Kartika bersungguh-sungguh menerangkan kepada Ammara perihal Dean. Mana dia tahu semua tu? Semestinya dari senior sekolah menengahnya yang ‘rajin’ bercerita.
“Oh, kira kau nak cakap Dean ni playboylah ya? Haha. Lawaklah, Dean’s List? Mati-mati aku ingatkan Anugerah Dekan tadi siap berazam nak dapatkan Dean’s List tu. Tak jadilah aku kalau Dean’s List tu refer kepada list of girlfriends and exes of Dean. Hahaha.”
* * * * * * * * * * * * *
AMMARA kegeraman. Sampai ke sudah Dean tidak membuat kerja bahagiannya bagi pembentangan berkumpulan pada hari ini. Sam kira okey lagilah sebab buat juga kerja tu walau last minute tetapi si Dean ni buat hal. Dia ingat aku ni macam girlfriends or ex-girlfriends dia yang sanggup buat kerja untuk dia? Sorry sikit! Aku bukan bodoh macam tu. Tapi dah sampai ke sudah dia tak buat ni terpaksa jugalah aku buat.
Sememangnya sudah Ammara pesan kepada Syabil dan Muiz untuk memberitahu Sam dan Dean bahagian pembentangan yang perlu mereka buat dan emel kepada Ammara tetapi Ammara hanya menerima emel dari Mukhlis, Muiz dan Sam sahaja. Tidak dari Dean. Ketika ini Ammara merasa susahnya bila dia satu-satunya pelajar perempuan di dalam kumpulan tersebut. Sudahlah semasa perbincangan dilakukan hanya Syabil dan Muiz yang datang. Disebabkan kumpulan Ammara semuanya lelaki melainkan dirinya jadi perbincangan yang lepas telah dilakukan di tempat para pelajar selalu melakukan perbincangan dan Kartika telah dipaksa olehnya untuk turut serta walau sebagai pendengar dan pemerhati sahaja.
Semasa kelas bermula Dean datang sedikit lambat dan dia dengan selambanya membuat muka tidak bersalah semasa pembentangan dilakukan. Macam mana Ammara tahu itu Dean? Sebab semasa memulakan pembentangan para pelajar perlu mengenalkan nama mereka kepada Madam Nadia . Jadi dari situ Ammara dapat kenal yang mana satu Sam dan yang mana satu Dean. Pembentangan berjalan seperti biasa walaupun Ammara sebenarnya agak geram dengan Dean. Madam Nadia ada menambah beberapa perkara penting untuk bab yang mereka bentangkan itu.
Kelas tamat sedikit awal dari biasa dan sudah menjadi lumrah pelajar lelaki lebih cepat keluar dari kelas berbanding pelajar perempuan. Ammara yang belum sempat mengemas barang-barangnya cepat-cepat mengejar Dean yang sudah keluar dari kelas. Kartika pelik dengan kelakuan rakannya itu.
“Dean!” teriak Ammara yang berada tidak jauh dari Dean. Dean menoleh ke arah insan yang memanggil namanya. Sam yang berjalan di sebelahnya turut sama menoleh. Pelajar lelaki lain terus beredar. Madam Nadia pula menggunakan jalan lain jadi dia bersyukur yang Madam Nadia tidak perlu melihat semua ini.
“Kau ada problem ke?” tanya Ammara berdiplomasi. Marah dan geram dikawal. Manalah tahu kut dia tak dapat nak buat kerja tu sebab ada masalah lain. Ammara cuba bersangka baik. Dean sudah mengangkat kening. Pelik dengan soalan yang keluar dari mulut si junior yang berada di depannya itu. Sam sudah memandang Ammara pelik. Aik, budak ni dah mula ambil berat pasal Dean? Cepatnya! Rasanya tak nampak pun Dean buat first move.
“Problem? Nope. Tapi kalau I ada problem pun kenapa ya? You nak tolong settle kan ke? How sweet of you!” Kata Dean bersama dengan senyuman yang mampu mencairkan hati-hati para pelajar perempuan. Tapi silap oranglah, bukan dengan Ammara ! Ammara tak hairan benda-benda macam ni.
“Dah tu kalau kau takde problem apasal tak buat part kau untuk presentation tadi? Kau ingat aku ada banyak masa lah untuk cover part kau?” kali ini Ammara sudah keluar aura geramnya. Kini barulah mereka berdua tahu kenapa tiba-tiba Ammara begitu ‘ambil berat’ mengenai Dean.
“Relaxlah sayang. It’s just a presentation. Tak matilah kalau I tak buat part I. Tadi waktu present pun okey aje kan.” Kata Dean. Masih dengan senyuman kononnya untuk mengendurkan kemarahan Ammara malangnya jawapan dan senyuman itu lagi memarakkan api kemarahan Ammara . Sam sudah tersengih-sengih di sebelah Dean.
“It’s just a presentation kau kata? Memanglah tak mati kalau kau tak buat tapi aku tak nak sampai kena repeat subjek ni. Presentation tadi okey sebab aku dah buat part kau, kau tinggal nak present je. Hampeh betul. Make sure lepas ni kalau ada group work lagi kau buat part kau betul-betul. Kau Samad tak payah nak sengih sangat. Kau emel kat aku kerja kau tengah malam tadi tahu tak. It’s not something that you should be proud of.” Ammara melangkah meninggalkan Sam dan Dean yang sudah terkebil-kebil dengan bebelannya. Baru dua tapak dia melangkah, dia kembali berpusing. “Kau Dean, don’t you ever ‘sayang-sayang’ me. Aku tak termasuk dalam list girlfriends kau.” Kata Ammara sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah Daen. Setelah itu dia kembali ke dalam bilik kuliah untuk mengambil barang-barangnya.
Dean memandang ke arah Sam dan Sam turut memandang Dean. Mereka sama-sama terkebil-kebil. Nasib baiklah kelas mereka habis awal jadi tiada pelajar lain yang nampak drama sebabak yang baru berlaku.
Share this novel