BAB 10

Romance Completed 500

TELEFON berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Ammara segera mencapai telefon pintarnya yang hanya sedepa dari dirinya. Dia baru sahaja selesai mendirikan fardhu Isyak dan kemudian merebahkan diri di atas katil. Ketika itulah telefonnya berbunyi. Skrin telefon diperhatikan. Nombor yang tidak dikenali membuat panggilan. Dengan ragu-ragu Ammara tetap menjawab panggilan tersebut.

“Helo, Assalaamu`alaikum.” Kata Ammara .

“Wa`alaikumussalam. Ammara ya? Ibu ni.” Jawab suara si pemanggil.

Ibu? Ibu negeri? Ibu negara? Ibu pertiwi? Ibu pejabat? Ibu ayam? Ibu mana pula ni? Takkan emak kut. Sejak bila pula emak main call-call padahal duduk serumah? Dan sejak bila pula emak bahasakan diri sebagai ibu?

“Ibu? Ibu mana ya? Maaf, saya rasa saya tak kenal sesiapa nama Ibu. Salah nombor kut.” Kata Ammara . ‘Ibu’ di hujung panggilan sudah ketawa.

“Ammara ni kelakarlah. Patutlah ada orang berkenan. Ini ibu Azzam.” Jelas ‘Ibu’ yang membuat panggilan itu. Erk, Encik Azzam punya emak? Apakah? Kenapa sampai call aku ni? Cis, ini mesti Encik Azzam dapat nombor aku dari resume.

“Oh, ibu Encik Azzam. Apa khabar auntie? Sihat?” tanya Ammara sekadar berbahasa kepada orang yang lebih tua.

“Alhamdulillah sihat. Ammara panggillah ‘ibu’, bukan auntie. Alhamdulillah ibu bersyukur sangat bila Azzam minta ibu dan daddy pergi meminang Ammara . Baru je malam semalam ibu membebel pada dia bila nak kahwin alih-alih hari ni dia dah suruh ibu masuk meminang. Maaflah Ammara , ibu tahu tak proper ibu terus call Ammara ni tapi ibu excited nak dapat menantu ni. Bila ibu dan daddy boleh datang jumpa parents Ammara ?” tanya ibu Encik Azzam kepada Ammara .

Ammara sudah rasa serba salah. Dia sebenarnya masih belum membuat keputusan. Baru sahaja pagi ini Encik Azzam cakap pasal nak masuk meminang tu, dia masih belum memberitahu ibu dan bapanya. Tetapi mendengar suara ceria dan teruja ibu Encik Azzam membuatkan dia tidak sampai hati untuk memberikan jawapan negatif.

“Auntie, sebenarnya saya masih belum beritahu parents saya pasal ni dan saya sendiri masih belum buat keputusan untuk terima Encik Azzam ataupun tidak.” Ammara bersuara lembut, tidak mahu hati ibu Encik Azzam terguris.

“Kenapa sayang? Azzam ada buat Ammara kecil hati ke? Beritahu ibu, biar ibu marah dia. Ataupun Azzam banyak kekurangan dan tak sesuai dengan Ammara ?” tanya ibu Encik Azzam. Suaranya sudah tidak seceria sebelumnya.

Ish, bunyi mak Encik Azzam ni macam dia ingat kitorang ni dah lama sangat kenal hati budi masing-masing pula. Adui, macam mana nak cakap ni?

“Bukan. Bukan macam tu ibu. Saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Macam ni lah ibu, nanti saya beritahu parents saya yang ibu akan datang, kalau parents saya terima pinangan tu, insya Allah saya pun akan terima dengan hati yang terbuka.” Ish, aku pun dah terpanggil ibu dah. Aiseh. Tapi soal kalau parents aku terima, aku pun akan terima tu memang betul. Aku memang dah berazam akan terima siapa yang emak dan ayah aku pilih untuk aku.

“Alhamdulillah. Terima kasih sangat-sangat Ammara . Sudi terima anak ibu yang banyak kekurangan ni.” Ibu Encik Azzam sudah terharu bercampur gembira. Err, tapi aku belum pun terima lagi.

Selepas perbualan dengan ibu Encik Azzam berakhir, Ammara kembali merebahkan diri. Sambil merenung kipas yang sedang berpusing, dia berfikir. Macam mana nak beritahu emak dengan ayah ni? Pergi interview nak cari kerja tiba-tiba dapat calon menantu untuk mereka. Telefon yang berbunyi menghentikan lamunan Ammara . Dia mencapai telefon pintarnya dan tanpa melihat gerangan pemanggil dia terus menjawab panggilan tersebut. Otak serabut punya pasal.

“Helo, assalaamu`alaikum.” Ammara memberi salam.

“Wa`alaikumussalam.” Jawab si pemanggil. Suasana sepi seketika.

“Encik Azzam?” tanya Ammara yang ragu-ragu dengan suara yang dia dengar itu.

“Yup, your future husband.” Jawab Encik Azzam. Ceh, confident sangat Encik Azzam ni, parents aku tahu pun tak lagi pasal kau. Ammara bermonolog sendiri.

“Encik Azzam, sampai hati encik beri harapan palsu pada ibu encik. Saya tak cakap pun saya sudi jadi isteri encik.” Ammara menyampaikan apa yang terbuku di dalam hatinya.

“Ammara , drop the ‘encik’, please. I’m not your boss. Ibu beritahu saya yang awak akan terima kalau parents awak terima, so saya masih ada harapan.” Jawab Azzam dengan tenang.

“Okay fine, Azzam. Tapi kalau awak kena tolak dengan parents saya, itu awak punya pasal ya. Bukan salah saya.” Kata Ammara . Azzam di hujung talian sudah menggelengkan kepala walaupun Ammara tidak dapat melihat gelengan itu.

“Insya Allah parents awak akan terima saya.” Azzam bersuara dengan yakin.

“Confidentnya awak Azzam. Sesuai dengan nama awak, penuh dengan azam.” Azzam sudah tersenyum mendengar apa yang Ammara katakan.

“I’m always confident. You should know that, my future wife. Nasihat saya untuk awak, lain kali bila pergi interview jangan bawa sijil yang tak releven dengan jawatan yang awak apply. But I have to say thanks for attending today’s interview. It’s like a miracle you know. Baru malam semalam ibu saya membebel bila saya nak kahwin tup-tup hari ni saya jumpa awak. Mungkin kita memang berjodoh. Okey, saya end call dulu ya. Assalaamu`alaikum.” Kata Azzam. Ammara hanya menjawab salam di dalam hati.

Entah apa benda dia merepek pasal miracle bagai. Habis tu dia tengah bagi jawatan yang relevanlah untuk aku ni? Jadi isteri dia? Pffttt… Merepek apa entah dia tu, aku bawa semua sijil akademik dan ko-kurikulumlah. Ammara bergerak ke arah meja di mana dia meletakkan fail yang dia bawa semasa temuduga pada pagi itu. Dia menyelak satu persatu sijil-sijil yang berada di dalam failnya sampailah sijil terakhir. Terbeliak matanya memandang sijil terakhir itu. Eh, apa sijil ni buat kat sini? Bukan aku dah keluarkan ke? Hari tu aku tumpang dalam fail ni sebab takut hilang. Huargh!! Ammara membaca sekali lagi apa yang tertera pada sijil tersebut. Dia menekup muka. Malunyaaaaa!!! Memang tak relevan dengan jawatan yang aku apply.

Sijil Kursus Pra Perkahwinan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience