BAB 4

Romance Completed 500

APALAH nasib aku untuk subjek ni pun dapat sama group dengan Dean lagi. Lagi aku taknak hadap muka dia lagi aku dapat sama group dengan dia. Dalam banyak-banyak students kenapa mesti dia? Nasib baik untuk subjek ni Kartika dapat sama group dengan aku. Kenapalah Sir Fakri dah tentukan group semua orang. Tak boleh ke biar students bebas pilih siapa dalam group mereka? Ada je subjek lain bebas pilih groupmates. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Huarghh!! Sudahlah tu Ammara . Kau membebel macam ni pun bukan boleh ubah apa-apa. Sudah, berhenti merungut! Bersabar untuk satu sem ni aje, lepas ni tak jumpa dia dah. Yes! Lepas ni tak jumpa dia dah. Wahaha~

Ammara menghentikan segala rungutan. Dia membuat tugasan lain di komputer ribanya sementara menunggu ahli kumpulan yang lain. Kartika ke kiosk menjual makanan ringan untuk membeli makanan ringan. Kartika memang tak boleh buat kerja kalau tiada apa-apa untuk dia kunyah. Sebelum tu dia cakap dia nak ke tandas terlebih dulu. Hujung mata Ammara menangkap kelibat seseorang yang baru sahaja melabuhkan punggung di kerusi hujung sebelah kiri. Dia malas nak menoleh sebab sudah tahu siapa gerangan kelibat tersebut.

“Hi, you! Kita sama group lagi. Tak sangka kan kita berjodoh macam ni sekali.” Kata Dean yang sudah senyum terlebih segala manisan dan gula.

“Wa`alaikumussalam.” Kata Ammara . Perli sebenarnya. Dean hanya mengangguk-anggukkan kepala. Tahu Ammara sengaja memerlinya yang menegur Ammara tanpa memberi salam terlebih dahulu. Ammara terus memandang skrin komputer. Tidak berniat untuk berbual dengan Dean. Dean terus merenung Ammara . Ammara sudah tidak selesa. Mana pula Kartika ni? Lamanya pergi.

“You, has someone told you that you’re beautiful? If not, then let me be the one to tell you that you’re really beautiful.” Kata Dean. Kali ini tiada senyuman seperti biasa.

“Thanks. I got it from my momma.” Jawab Ammara . Sekali lagi Dean terkedu dengan jawapan luar alam dari Ammara . Macam lagulah pula. Seriously this fine lady is unexpected.

“Ammara I’m serious okay. When I say someone is beautiful, that person is really beautiful. I mean it.” Dean kembali bersuara.

“Sorry Dean, I’m not buying. However you are free to go and tell that to your girlfriends.” Balas Ammara . Dean sudah menggeleng-gelengkan kepala.

“Ammara , you’re beautiful. By beautiful here I mean you’re beauty with brain. You’re not like those Dean’s List. They’re just beautifool. Beauty but fool.” Kata Dean. Ammara sudah angkat sebelah kening. Dia ingat ini lagu Beautifool yang OAG nyanyi tu ke? Sesedap mulut je nak cakap orang lain beauty but fool. Aku pula yang sentap bila dia cakap beauty but fool tu. Ini yang rasa macam nak merayu ni, tolonglah wanita-wanita di luar sana jangan terpedaya dengan lelaki yang puji anda cantik. Anda tak tahu dia maksudkan beautiful atau beautifool. Fikir dulu sebelum percaya!

Penyelamat bumi, Maskman! Okey, itu merepek, masuk segala Maskman bagai tapi terima kasihlah Kartika sebab kau balik just in time. Kau telah menyelamatkan aku dari mendengar entah apa lagi yang playboy ni nak cakap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience