BAB 5

Romance Completed 500

“KAU ada apa-apa ke dengan Dean, Ammara ? Aku perasan masa discussion tadi dia asyik tenung-tenung, renung-renung kau je.” soal Kartika sewaktu mereka dalam perjalanan pulang ke kolej kediaman selepas selesai perbincangan berkumpulan. Dean ada mempelawa untuk menghantar mereka tetapi sudah tentulah Ammara tolak mentah-mentah.

Ini lagi sorang. Tadi Dean dengan lagu Beatifool OAG sekarang Kartika pula dengan lagu Tenung-tenung Renung-renung duet Syura dan Dato’ M. Daud Kilau. Lepas ni apa pula? Pandang-pandang Jeling-jeling duet Dato’ Siti Nurhaliza dan Tan Sri S.M. Salim?

“Ish, mana ada! Aku tak tahulah kalau dia memang ada tenung-tenung, renung-renung aku tapi kami memang takde apa-apa okey. Lagipun aku tak boleh nak tune in lah dengan dia. Kau pun tahu kan frekuensi hati dia tu frekuensi playboy. Dah ramai sangat orang perempuan lain tune in ke frekuensi tu. Aku tak nak menambah bilangan Dean’s List dia. Lagipun kau pun tahu kan prinsip aku tak nak ada hubungan lebih dari kawan dengan sesiapa.” Kata Ammara panjang lebar. Kartika sudah tersenyum.

“Yelah, aku tahu. Saja je tanya. Hehe. Kiranya kau akan tune in pada one-woman man lah ni?” tanya Kartika .

“Of course! And that lucky man will be my husband.” Jawab Ammara dengan yakin.

* * * * * * * * * * * * *

AMMARA tersenyum gembira. Hoyeah dah takkan ada benda yang memerlukan group discussion. Seronok seh! Yang kurang seronoknya dah tak lama lagi nak final exam. Cuak pula since ni final exam yang pertama. Aim nak dapat Dean’s List. Dean’s List yang Anugerah Dekan ya bukan Dean’s list of girlfriends and exes tu. Tapi sebut pasal Dean’s List ni teringat pula kat Dean. Dah, tak payah nak ingat pasal dia! Alhamdulillah bersyukur dah tak payah nak menghadap muka dia masa group discussion. Hahaha. Macam manalah boleh ‘berjodoh’ sangat dengan dia sampai dua paper yang dia repeat tu dia satu presentation group dengan aku. Haish. Nasib baiklah satu lagi subjek walaupun dia repeat tapi subjek tu tak perlu buat presentation group. Kalau perlu agaknya kami dapat satu group juga kut. Apa barang repeat subjek Part 1. Dah kena repeat tu sepatutnya repeat lah awal-awal. Ini sampai extend sem untuk repeat. Membazir duit aje, tahulah anak orang kaya!

Ammara menghentikan lamunannya dan meneruskan kerja-kerjanya sebagai Timbalan Bendahari bagi kelab yang disertainya. Leka dia menekan-nekan kalkulator membuat kira-kira. Sekejap-sekejap kepalanya yang dilitupi dengan tudung itu digaru walaupun tidak gatal. Seorang pelajar yang berjalan menghampirinya mencuit bahunya.

“Ammara , kita dah tak payah nak pening-pening lagi.” Sambil senyum Masitah berkata kepada Ammara .

“Kenapa Kak Mas? Ada orang murah hati sudi sponsor ke?” tanya Ammara teruja. Masitah yang merupakan Bendahari kelab tersebut sudah mengangguk-anggukkan kepalanya sambil tersenyum.

“Yup! Ada orang sponsor semua makanan dari pagi sampai petang jadinya duit yang kita peruntukkan untuk makanan tu kita boleh tambah hadiah untuk anak-anak yatim dan buat benda lain.”

“Alhamdulillah…” Ammara sudah meraup mukanya. “Hebatlah Kak Mas boleh cari sponsor!! Semoga Allah merahmati dan murahkan rezeki orang yang sudi sponsor tu. Aamiin.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience