BAB 7

Romance Completed 500

PERJALANAN dan pendakian bermula setelah anak-anak dibahagikan kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai empat orang anak-anak dan dua orang sukarelawan ditugaskan bagi setiap kumpulan. Tugas sukarelawan adalah memastikan anak-anak terkawal selain dari menjaga keselamatan mereka. Penat sebenarnya berjalan dan mendaki bukit di Canopy Walkway FRIM ini. Para ahli kelab dan sukarelawan sendiri ada yang sudah pancit belumpun sampai setengah perjalanan. Yang seronoknya dapat menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan dan dapat menghidup udara yang segar. Dan sudah semestinya keterujaan anak-anak membuatkan kakak-kakak dan abang-abang yang mengadakan aktiviti ini rasa sangat berbaloi.

Ammara berjalan beriringan dengan Masitah. Kartika tidak ikut serta kerana dia dan beberapa orang lagi perlu bersedia untuk makanan tengah hari yang sudah ditempah dan akan dihantar terus ke situ. Sambil menikmati pemandangan sekeliling, Ammara dan Masitah turut berbual dengan beberapa orang anak-anak perempuan kumpulan mereka. Sedikit jauh di hadapan mereka seorang kanak-kanak lelaki dalam lingkungan tujuh tahun yang terlebih teruja telah tersadung kaki dan terjatuh. Dia mula menangis. Seorang sukarelawan lelaki yang berada berhampiran dengan kanak-kanak itu segera menuju ke arah kanak-kanak tersebut. Segera Ammara dan Masitah menghampiri tempat kejadian. Mereka berdiri di belakang sukarelawan lelaki yang sedang membelek-belek lutut kanak-kanak tersebut.

“Aiman jatuh sikit aje ni. Tengok ni tak berdarah pun. Aiman kuat kan? Budak kuat tak cepat menangis. Malulah dekat kawan-kawan lain Aiman menangis.” Kata sukarelawan lelaki tersebut. Budak kecil yang dipanggil Aiman itu masih menangis. Sukarelawan tersebut mengesat air mata Aiman dan berkata, “Aiman, sikit je ni. Aiman cuma terkejut. Cuba Aiman tengok lutut Aiman, tak berdarah kan?” Aiman sudah memandang lututnya dan melihat yang sememangnya lututnya tidak berdarah.

“Haah lah bang. Tak berdarah pun lutut Aiman. Aiman budak kuat mana boleh menangis.” Sekelip mata Aiman sudah tersenyum dan bangun meneruskan pendakian. Kawan-kawannya yang lain yang berada di depan sudah tersenyum dan memberi semangat kepadanya.

“Sure budak tadi okey?” tanya Masitah meminta kepastian dari sukarelawan lelaki yang berjaya memujuk budak tersebut. Sukarelawan tersebut bangun dan berpusing ke arah datangnya suara yang bertanya kepadanya. Dia tersenyum.

“Okey, takde apa-apalah. Biasalah budak kecil bila tengah teruja tiba-tiba pula jatuh tersadung, terkejutlah dia. Itu yang dia menangis tu. Aku dah check dah takde luka dekat mana-mana.” Jawab sukarelawan tersebut dan terus menyambung pendakiannya. Anak-anak di bawah jagaannya sudah sedikit jauh di hadapan. Masitah hanya mengangguk-anggukkan kepalanya. Ammara sudah jelas riak terkejutnya.

Dean! Ya Allah tak sangka itu Dean. Semua orang memang pakai baju khas program ni jadi aku memang tak dapat agak itu Dean. Cara dia pujuk budak lelaki tadi tu memang lain sangat. Tak sangka playboy macam dia ada bakat pujuk budak kecil. Senyuman dia! Senyuman dia masa jawab apa yang Kak Mas tanya tadi pun memang lain. Senyuman ikhlas bukan senyuman manis terlebih manisan dan gula macam biasa. Okey, aku kena take note pasal ni, playboy pun ada masanya boleh juga pujuk budak kecil dan beri senyuman ikhlas. Macam aku nampak sisi lain pada diri dia pula. Susahnya nak percaya! Ya Allah, am I being too judgemental before this?

“Ammara , kalau nak tahu itulah orang murah hati yang sudi sponsor makanan kita. Dia selalu juga sponsor bila kelab ni buat aktiviti terutama yang berkaitan dengan anak-anak yatim macam ni tapi dia tak nak jadi ahli kelab. Leceh katanya so dia selalu join as volunteer bila ada program macam ni.” Ujar Masitah. Ammara sudah terkedu.

Oo..key.. Aku kena take note pasal ni, walaupun frekuensi hati dia playboy tapi tetap ada ruang baik dalam hati dia yang sudi untuk sponsor dan join program macam ni. Susahnya nak percaya! Ya Allah, I am being too judgemental before this! Rasa bersalah pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience