BAB 4

Romance Completed 23643

“Pergi! Pergi! Aku tak kenal kau. Aku tak ada menantu yang mengandung anak luar nikah. Entah anak jantan mana yang kau kandung tu?’’ air mataku menderu keluar mendengar kata-kata itu. Aku sudah lama tidak menjenguk ibu mertuaku sejak Alif nikah dengan Sofia. Aku merajuk dengan keluarga mertuaku kerana merestui pernikahan Alif. Sekarang, aku nekad untuk memberitahu keluarga mertuaku tentang kandunganku, sebaliknya hendikan yang aku terima.

“Ini anak abang Alif mak. Anis tak pernah curang pun dengan abang Alif. Percayalah..Anis, Anis..’’ dalam esak tangis aku cuba menjelaskan segalanya, namun..

“Sudah! Pergi dari rumah aku ni dan jangan datang ke sini lagi. Siapa kau nak perbodohkan aku? Kau ingat aku tak tahu ke, Alif dah lama tak balik ke rumah kaukan? Macam mana kau sanggup menipu aku, hah?’’ kasar sekali bahasa yang ibu mertua aku ungkapkan. Aku tak pernah dengar dia bercakap sekasar itu dengan sesiapa pun, sepanjang tujuh tahun aku menjadi menantunya, tapi..hari ini, aku terkejut sangat menrima tempikan darinya.

“Anis cakap benar mak. Anis memang dah..’’

Panggg...perit terasa pipiku. Semakin laju air mataku mengalir, apatah lagi bila melihat wajah insan yang memberikan tamparan itu. Abang Alif? Kenapa buat Anis macam ni? Hati aku sudah merintih di dalam, sedangkan bibirku masih terkumat-kamit untuk berkata-kata. Kenapa aku diperlakukan seperti ini? Apa salahku? Apa dosaku?

“Kau pergi balik! Aku tak nak tengok muka kau lagi. Kalau aku dah benci, aku akan terus benci kau sampai mati! Tergamak kau berlaku curang di belakang aku? Anak Bangla mana yang kau bawa tu? Kau ingat, aku tak balik ke rumah tu, aku tak tahu apa-apa pasal kau? Kau silap Anis! Sekarang ni, aku haramkan kau pijak ke sini lagi. Kau jangan ganggu keluarga aku lagi. Pergi!’’

Ya Allah..atas dosa apa, aku diuji sebegini? Sakitnya Ya Allah, hanya Kau yang tahu. Perit dan pedih. Lukanya sangat dalam dan takkan mungkin sembuh lagi. Kenapa? Kenapa Alif cakap macam tu? Apa bukti yang dia ada?

“Anis tak pernah..’’

“Diam! Kau jangan nak berpura-pura baiklah perempuan. Jangan nak jadi pembohong di sini. Aku takkan percayakan kau lagi. Bagi aku, kau dah lama mati Anis, sejak aku tahu kau mengandungkan anak jantan lain..’’

Ya Allah..ampunkan dosa hambaMu ini Ya Allah. Bantu aku Ya Allah..kenapa aku dituduh begini. Kenapa? Apa salahku? Bila pula aku berlaku curang? Sedangkan yang menduakan kasih kami adalah dia. Alif yang mengkhianati cinta kami, bukan aku. Kenapa aku pula yang dituduh berlaku curang? Apa semua ini? Air mataku semakin menderu keluar mengalir ke pipi. Lidah aku terus kelu untuk mempertahankan diri sendiri. Aku kenal Alif. Egonya sungguh tinggi. Kalau dia dah kata tak percaya, buatlah apa pun, dia takkan percaya dengan mudah.

“Pergi! Kalau kau tak nak aku bunuh anak dalam perut kau tu, lebih baik kau pergi!’’ Alif terus bertempik. Aku terus kaku. Hati aku merintih sedih. Dalam hati terus beristighfar tanpa henti. Hanya Allah saja tempat aku mengadu saat ini. Hanya Allah yang tahu kebenarannya. Aku tak pernah curang. Ini anak Alif. Aku sangat pasti. Aku belum nyanyuk lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience