Lima tahun berlalu...
Benarlah kata orang, yang patah akan tumbuh, yang hilang pasti akan berganti. Aku bahagia sekarang, selepas berkahwin dengan AlifNaufal. Walaupun nama serupa, tapi sikap mereka sangat berbeza. Alif yang ini sangat tegas tapi penuh dengan keromantikannya. Dia adalah suami terbaikku.
Alhamdulillah, keluarga mertuaku juga menerima aku seadanya. Walaupun, aku hanya anak orang kampung tapi aku tetap dilayan sama rata macam anak-anak kandung mereka. Sejak aku kahwin dengan Alif Naufal, aku tak pernah rasa terasing. Mereka cukup memahami keadaan diriku ini. Mereka juga tak pernah memandang kami yang kekurangan harta dunia ini. Bagi mereka yang paling kaya dalam dunia ini adalah orang yang paling tinggi imannya.
Ya Allah, rupanya Engkau hadirkan pelangi selepas hujan yang turun. Betapa indahnya pelangi ini, ditambah pula warnanya yang menyerikan suasana. Allahu Akhbar, nikmat yang Engkau anugerahkan ini tak terkira banyaknya. Aku bersyukur sangat dengan pemberianMu ini. Terima kasih Ya Allah kerana hadirkan dia dalam hidupku.
Kini, aku sangat bahagia bersama dia dengan dua orang cahaya mata kami. Dan, yang paling membahagiakan aku, dia akan membawa kami anak beranak bersamanya, setiap kali dia keluar merantau ke Negara orang. KTM mempertemukan kami berdua dan keretapilah tempat kami menjelajah seluruh dunia.
Ke mana saja dia membawa aku dan anak-anak, dia akan bawa kami naik keretapi, hatta di mana saja Negara yang kami pergi. Dia suka naik keretapi kerana dalam keretapi, dia akan berjumpa dengan perbagai bangsa dengan berbagai bahasa dan warna kulit. Unikkan suami aku yang ini?
“Amboi termenung jauh nampak? Dah bersiap cepat, anak-anak dah tak sabar tu. Silap haribulan ada yang menangis meraung tak berlagu ketinggalan flight ke Korea nantiAnyeong Anyeong lah sayangsayang boleh lupakan berangan nak bergambar di Namsan Tower atau pergi 99 lokasi kdrama yang sayang dah listkan. Layan je kdrama sayang tu online okay? Anyeong Anyeong lah sayangsorang-sorang depan laptop tu!’’
“Amboi Oppa, bukan main perli ya! Hello, sayang dah siap okay!’’
Share this novel