BAB 5

Romance Completed 23643

Azan Isyak berkumandang dari masjid berdekatan. Sejurus kemudian kedengaran Iman mengetuai jemaah melafazkan dan seterusnya mengangkat takbir. Aku yang sedang berteleku di atas sofa di ruang tamu masih bermenung panjang, namun sebaik Iman membaca Al-Fatihah dan Surah Lazim, hati aku tak semena-mena menjadi sebak. Ya Allah, Ramadhan akan bertandang tak lama lagi, tapi Alif..

Air mataku meluncur sebaik saja nama Alif terlafaz di dalam hati. Terbayang kemesraan dan gurau senda kami, ketika bersahur dan berbuka puasa. Bahagia sangat kami berdua menyulam kasih dan sayang. Ramadhan dan syawal disambut dengan penuh meriah. Ya Allah, aku tak kuat untuk menyambut Ramadhan kali ini tanpa Alif di sisi.

Bantu aku, Ya Allah. Kuatkanlah hatiku ini. Kentalkan jiwaku untuk menghadapi dugaan ini. Aku bukan minta dipermudahkan kerana aku ingin redha dengan ketentuan takdirMu. Tapi aku mohon diberikan kesabaran dan ketabahan. Dengan terlafaznya doa itu di dalam hati, aku turut tersedu melayan perasaan sendiri. Ditambah pula dengan perasaan rinduku terhadap Alif.

“Sayang, kenapa abah buat kita berdua begini? Sudah lupakah dia pada kita? Kenapa dia tuduh ibu begitu? Kenapa dia sanggup menuduh ibu berzina dengan lelaki lain dan tak mengaku anak ibu ini? Aku mengelus perutku yang sudah memboyot dan berdialog dalaman. Air mata pun turut sama berdialog tanpa henti. Tangisan aku semakin menjadi-jadi.

Allahu Akhbar! Apa tu? Dalam keadaan aku bersedih, tiba-tiba aku terpandang bayang-bayang hitam yang melintas laju. Ya Allah, aku terlalai dengan kewajipanku untuk solat di awal waktu. Ampunkan dosaku Ya Allah. Aku tersedar dengan kesalahanku dan bingkas bangun menuju ke bilik air.

Kaki yang melangkah penuh hati-hati. Aku pandang kiri dan kanan sambil bibir terkumat-kamit dengan Zikir dan Istighfar. Janganlah gangguan itu datang lagi. Aku berdoa lagi di dalam hati. Air mata yang masih bersisa aku kesat rakus. Perasaan sedih tadi bertukar menjadi takut dan trauma. Kalau gangguan ini berterusan, aku tiada pilihan, melainkan terpaksa meminta tolong ibu dan abah di kampung. Mungkin juga aku terpaksa bocorkan rahsia Alif yang aku simpan selama ini.

Masuk saja ke dalam bilik air, bulu roma aku meremang. Seram sejuk seluruh tubuh seolah ada sesuatu yang ada bersamaku di dalam bilik air. Aku cuba kuatkan semangat dan mengambil wuduk. Dalam pada itu belakang aku terasa panas seperi terbakar. Perasaan takut muncul lagi, lebih takut dari tadi. Ya Allah, lindungi aku Ya Allah. Aku hambaMu yang lemah. Aku berdoa di dalam hati dan berpura-pura berani, padahal dalam hati aku hanya Allah saja yang tahu.

“Allahu Akbar!’’ aku bertakbir tanpa sedar. Minda aku terus merusuh. Tolong aku Ya Allah! Aku menjerit di dalam hati. Sekarang ini hanya Allah saja tempat aku mengadu. Bayang-bayang hitam itu melintas lagi di depanku. Gerakannya cukup laju dan sepantas kilat. Aku berzikir lagi dan membaca beberapa surah lazim terutama tiga Qul.

“Pergilah! Jangan ganggu aku bangsat!’’ aku bertempik tanpa sedar akibat terlalu geram bercampur rasa takut. Aku bercakap seolah aku tujukan untuk bayang-bayang hitam yang muncul dan pergi sepintas lalu.

“Kenapa kacau aku?’’ sekali lagi aku bertempik tanpa sedar. Perasaanku cukup bercelaru. Aku cepat-cepat mengambil wuduk dan berlari keluar dari bilik air. Jiwa aku merusuh dan aku menangis lagi tanpa henti. Kali ini seolah aku tidak dapat lagi mengawal diri. Aku terus menangis dan menangis, namun dalam masa yang sama aku terus berzikir walaupun apa yang aku zikirkan sudah bercelaru sebutannya.

Ya Allah...tolong aku Ya Allah. Tolong Ya Allah..tolong aku. Hanya Engkau yang tahu apa yang telah berlaku ini. Hanya Engkau tempat aku mengadu sekarang ni. Aku bermonolog dalaman, dan air mata pula seolah hujan yang lebat mencurah. Aku cuba tarik nafas sedalam mungkin dan cuba tenangkan hatiku.

“Assalamualaikum..Anis! Anis..ibu ni..’’

Ketukan di pintu beserta dengan suara seseorang di ruang tamu melegakan sedikit perasaanku. Namun, hanya seketika saja bila bayang-bayang yang muncul tadi menjelmakan dirinya di depanku.

“Allahu Akhbar!’’ aku bertempik lagi. Suasana yang diterangi cahaya lampu bertukar warna menjadi merah senja. Aku seolah berada di dunia lain. Makhluk hitam legam yang menjelma di depanku menyeringai dengan wajah bengis. Tubuhnya setinggi siling rumah kami. Permandangan merah senja semakin lama semakin kabur dan tanpa sedar aku menjerit ketakutan bila pandanganku semakin lama semakin kelam dan kakiku seolah sudah membeku di tempat aku berdiri. Jantung aku pula sedang mengepam darah dengan laju.

“Ya Allah! Anis!!’’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience