Kisah viral Sofia yang membunuh Alif masih terus berleluasa di media-media sosial. Biarkan Sofia dengan hidup barunya. Sekarang, Sofia sedang meringkuk di dalam penjara, sedangkan aku bebas ke sana-sini menjelajah satu Malaysia. Kalau boleh, ada rezeki lebih, aku nak meronda satu dunia. Kini, aku dalam perjalanan dari Alor Setar ke Padang Besar menaiki Keretapi Tanah Melayu KTM.
Selain daripada ingin menjelajah satu dunia, aku juga ingin berhijrah ke arah hidup yang lebih sempurna. Dalam Fac, aku banyak mendapat mesej-mesej bernas dari beberapa rakan Fac yang cukup prihatin, Kadang kala tanpa sedar, aku memang suka kongsi masalah peribadi dalam laman sosial. Orang yang menegur aku, memang jarang like pos aku dan ada yang tak pernah menegur aku pun. Tanpa aku duga, rupa-rupanya yang tak pernah tegur dan tak pernah like pos aku inilah sangat perihatin orangnya.
Di antara mereka yang prihatin itu adalah Uncle Haji Alti. Dia orang Brunei, kata-katanya selalu berunsur kiasan, susah nak faham, tapi taklah payah sangat untuk memahamkan aku ini. Salah satu kata-katanya yang aku sentiasa pegang “ Anggap diri sendiri macam Perdana Menteri, Doktor, Pensyarah atau orang kenamaan.’’ Maksudnya, kalau nak pos sesuatu dalam laman sosial, kena anggap kita macam orang terkenal. Fikir seribu atau sejuta kali sebelum update status. Korang faham tak maksudnya?
Dan, ramai lagi rakan-rakan Fac yang prihatin ni. Mereka hanya memerhati dalam diam. Laman sosial ada banyak kelebihan dan kelemahannya. Ada yang boleh diguna pakai dan ada yang hanya perlu baca dan biarkan semuanya berlalu pergi.
Aku pandang ke arah kiri tempat duduk, bila terdengar pasangan di sebelahku berbual. Dua orang lelaki dan perempuan yang merupakan pasangan dari Pakistan yang selalu sangat meronda sana dan sini berhenti dan duduk di tempat duduk di sebelahku. Gelagat mereka sangat mencuit hati. Keretapi itu bagaikan rumah mereka saja. Seronok tengok mereka yang bagaikan pasangan sejoli yang sangat bahagia.
Di belakang mereka pula, sepasang merpati sejoli, pasangan Mat Saleh. Romantik sungguh bila melihat si lelaki tolong menyelimutkan pasangannya yang kesejukan. Aku hanya memeluk tubuh sendiri bila kedinginan penghawa dingin terasa hingga ke seluruh tubuh. Bak kata, ibarat berada di Luar Negara yang tahap bekunya mencecah beberapa darjah celcius saja. Sejuk sangat!
Di tempat duduk di hadapan sekali pula, sepasang warga emas warga melayu, namun nampak sangat mesra. Gembira juga hati aku melihat telatah mereka. Selebihnya, dalam koc tempat duduk aku kebanyakannya bukan bangsa melayu. Boleh dikatakan, dalam koc ini terdiri dari berbagai bangsa dan aku dapat mendengar perbualan perbagai bahasa juga. Meriah sungguh! Dalam hati yang sedang gundah, sekurang-kurangnya aku rasa terhibur dalam perjalanan ini.
“Excuse me miss, ada tempat orang tak?’’ sedang aku ralit memerhatikan gelagat penumpang-penumpang lain, diriku ditegur oleh seorang lelaki. Aku mendongak dan memerhatikan lelaki yang sedang berdiri di sebelahku. Lidahku kelu beberapa saat, hanya kepala yang memberi respon dengan gelengan separa sedarku.
“I duduk ye, terima kasih. Nampak miss sorang saja. Tak ada teman ke? Dari mana nak ke mana?’’ banyak pula soalan lelaki ni? Nak mengorat aku ke? Hatiku berceloteh sendiri. Aku belum bersedia untuk mencari penganti. Hati aku masih terasa parut luka tu, dan luka itu masih belum sembuh sepenuhnya. Aku berceloteh lagi, namun macam tadi, sekadar di dalam hati.
“Err..excume me, suara tak ada ke? Terlupa nak bawa ke, masa keluar rumah tadi?’’ wah, semakin galak dia menyoal. Perlukah aku membalas sapaannya?
“Maaflah, saya tak ada mod!’’ perlahan, namun begitu nadanya sangat tegas.
“Oh, mod awak dah lari ke mana? Boleh I tolong carikan?’’ aku memandang pegun lelaki yang sudah duduk di sebelahku. Tapi sekejap cuma, aku mengalihkan pandanganku keluar tingkap. Tak tahan betul dengan panahan matanya yang bersinar tu. Ya Allah, berikan aku kekuatan agar tak mudah menyerah kalah dengan godaan lelaki di sebelah aku ni. Patah tumbuh, mungkin akan berganti yang baru. Tapi, hati aku tak mungkin begini mudah mencari penganti. Aku tak kuat!
“Nama I Alif. Alif Naufal Bin Abdullah. You?’’ Allahu Akhbar. Alif? Aliflagi? Kenapa aku asyik dipertemukan dengan lelaki yang bernama Alif? Adakah Alif itu abjad permulaan dalam Al-Quran dan aku harus memulakan hidupku semula. Arghh..apa yang kau mengarut ni Nur Anisa? Aku berdongkol di dalam hati. Jahatnya hati mencemuh diri sendiri.
“You? Tak nak perkenalkan diri ke? Tak baik tau, menyombong. Kita ni seagama dan agama Islam tu kan bersaudara?’’ ramah pula lelaki ini. Nampak muka, macam ada darah kacukan. Bukan melayu tulen ni, tapi percakapan dia sangat fasih. Tak dengar pula macam orang Luar Negara.
“You takut nak berbual dengan I ke? Mungkin you ingat I ni bukan orang Malaysiakan? Alah, I ni anak Malaysia jugak tau! Kitakan Satu Malaysia. I takkan buat hal tak senonohlah kat you. I ni lahir di Malaysia, membesar pun di Malaysia, cuma abi I saja, asal dari Mesir.’’ Laju. Cukup laju dia membuat ayat. Aku pun tak sempat nak menadah semua kata-katanya, namun dapat menangkap juga maksudnya. Nak ajak aku berbuallah tu!
“You tahu tak, I ni suka melancong tau! I paling suka naik keretapi. I suka berbual dengan orang macam you ni. Dari tadi lagi I perhatikan you. Macam sedih saja wajah you. Ada masalah ke? Okey, you tak suka berbual dengan I kan? Tak apalah, orang tak sudi nak berbual, nak buat macam mana. Terpaksalah I potpet, potpet sorang-sorang, macam orang gila.’’
Lucu, dan tanpa sedar bibir aku sudah merekah dengan senyuman. Pandai betul dia mengambil hati aku. Akhirnya, hati aku terpujuk juga dengan ajakannya untuk berbual. Dia memang banyak mulut. Asyik berceloteh tanpa henti menceritakan pengalamannya merantau ke Negara orang. Dia merantau sambil mencari ilmu. Sempat juga dia kongsikan sedikit ilmu dengan aku. Dia bacakan Nas Al-Quran dan Hadis untuk aku. Bila aku tanya pasal poligami, katanya, dia takkan sanggup untuk menduakan seorang isteri.
Dia seorang duda yang kematian isteri. Isterinya sudah tiga tahun meninggal dunia kerana melahirkan anak kembar sulung mereka. Isterinya bertarung nyawa melahirkan anak-anak mereka, namun anak-anak mereka juga meninggal selepas seminggu dilahirkan. Bila dia sanggup bercerita tentang kisah hidupnya, aku pun tanpa sedar tercerita tentang diriku juga. Katanya, kami senasib kerana mengalami pengalaman yang ada persamaannya.
Ya Allah, percaturan hidup yang kau aturkan sangat indah. Aku sebagai seorang hamba, tidak pernah melihat hikmah di sebalik kejadian yang berlaku. Kalau aku diuji, aku terlupa tentang orang lain yang turut diuji. Ujian mereka mungkin lebih dasyat dari apa yang aku alami. Ampunkan aku Ya Allah, kerana tidak pernah melihat dan memerhati penderitaan orang lain.
“You menung apa tu? Letih tau, I berceloteh sorang-sorang. You tak banyak cakap pun.’’ Lamunan aku terhenti seketika, bila lelaki yang bernama Alif Naufal di sebelah aku ni terus membebel.
“You tak rasa sedih ke, masa isteri dan anak-anak you meninggal?’’ aku sengaja tanya soalan sensitif tu untuk mendengar jawapannya.
“Ishh..gila tak sedih. I rasa macam nak korek saja kubur mereka dan tinggal dalam tu bersama mereka. Tapi, I masih ada abi dan ummi serta adik beradik yang memerlukan I. Buat apa I nak menyusahkan lagi ramai orang yang masih sayangkan I. Yang pergi, biarkan mereka pergi. Beruntunglah, Allah sayangkan mereka lebih daripada kita menyayangi mereka. Past is past, let it go!’’
Perlahan-lahan kepala aku jatuhkan. Ya, aku setuju dengan kata-katanya. Aku pun sama, masih ada ibu dan abah yang menyayangiku. Aku masih ada kak Ngah, abang Ngah, Along, kak Long dan anak-anak saudara. Kawan-kawan yang menyayangi aku, saudara mara yang masih ingin melihat aku berjaya dan bahagia. Subhanallah, banyaknya nikmatMu yang aku tak terfikir Ya Allah! Ampunkan hambaMu ini Ya Allah. Yang sering terlupa dan terleka.
“Berangan lagi?’’ aku menoleh ke arahnya dan tersenyum sebelum menjawab.
“Taklah! Sedang memikirkan kata-kata awak tu. Ada benarnya jugakkan?’’
Sengaja aku berawak pula dengan dia. Tak selesa pula ber I dan you ni. Aku bukannya orang bandar pun.
“Hurm..you nak kahwin dengan I tak?’’
“Hah?’’ tercengang aku mendengar soalannya. Takkanlah yang hilang akan berganti secepat ini?
“Saya, saya...baru sangat lepas eddah awak!’’ tergagap-gagap aku menjawab.
“Dah lepas eddahkan? Bolehlah tu, yang tak bolehnya kalau belum habis eddah.’’ Mudah sungguh, dia berkata-kata. Aku macam mana pula?
Share this novel