BAB 1

Romance Completed 23643

AKU wanita namun hidupku musnah kerana wanita. Terlalu sukar dimengeri sebenarnya wanita ini. Pung Pang kata tak sanggup dimadukan, namun bila mereka sudah bermain cinta dengan suami orang, segala pendirian mereka untuk tak mahu berpoligami, tak mahu bermadu kasih terus hilang. Sekelip mata apa yang dilakukan mereka menjadi HALAL dan TIADA SALAH. Oh sungguh tidak adil.

Seperti malam-malam yang sudah, akumenangis lagi malam ni. Sakitnya hati, sampai hati abang buat Anis macam ni? Tergamak abang!Kononnya sayang. Huh! Sayanglah sangatkan? Anis ni bagaikan pungguk yang rindukan bulan, sedangkan abang langsung tak bertanya khabar. Seronok sangat ke berada di rumah isteri nombor dua tu, sampai abang terlupa giliran Anis?

Abang tak adil! Abang berjanji dulu sebelum nikah dengan Sofia, abang takkan sesekali lupakan Anis. Kata abang, Anis ni cinta pertama abang. Anislah segalanya. Penipu! Masa berjanji lembut gigi dari lidah. Dah dapat apa yang abang nak, janji tinggal janji.

Anis takkan maafkan abang! Ohh..masa abang nakkan Sofia, kononnya abang takkan buat Anis menangis. Sejak abang nikah dengan Sofia, dah beratus kali Anis menangis bang. Sakit hati Anis, bila buka semua laman sosial abang. Dalam Fac, Twitter, blog, malahan dalam Instagram abang pun, abang tayang semua kebahagiaan abang bersama Sofia. Belum dikira gambar honeymoon abang dengan Sofia lagi.

Bernanah hati Anis ni bang! Tengok gambar abang dengan Sofia, peluk-peluk macam tu! Jiwa Anis ni bagaikan terdera. Sakitnya tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Seolah leher Anis ni dicekik dengan tangan abang sendiri. Anis pula tak berdaya nak melawan kudrat abang.

Kalau abang tak sayang Anis lagi, kenapa tak lepaskan Anis cara baik? Kenapa Anis digantung tak bertali? Bagi Anis, walaupun abang gantung Anis tak bertali, tapi Anis rasa bagaikan leher Anis ni terjerut kuat. Sakit bang! Sakit sangat!

My Hubby : Abang tak jadi balik hujung minggu ni. Sofia tak sihat.

Sedang rancak aku mengarang dairy, Alif menghantar mesej melalui WhatsApp. Itu sajalah, alasan yang dia ada.

Aku : Tak payah balik terus pun, tak apa! Anis bahagia walau tanpa abang.Terasa macam dunia ni milik Anis. Best sangat, tak ada abang! J

Lain yang aku pendam dalam hati, lain pula yang aku taip. Geram sangat dengan Alif. Siapa kata lelaki beristeri dua ni boleh berlaku adil? Keadilan dalam rumah tangga selepas berpoligami takkan pernah terjadi. Aku yakin sangat, sebab aku sedang merasainya sekarang.

My Hubby : Baguslah, kalau macam tu..

Aku baca lagi mesej dari Alif. Bagus? Kau memang sukakan sebab takkan balik ke sini lagi? Aku ingatkan, dia akan marah dan pujuk aku. Huh! Alif..kau memang nak kenakan?

Aku : Sukalah tu?

My Hubby : Hmm..dah Anis kata macam tu, memang abang suka la. Boleh abang temankan Sofia. Dia mengandung sekarang ni. Sofia muntah-muntah dan masuk keluar hospital. Abang tak sanggup tinggalkan Sofia dalam keadaan macam tu.

Sofia mengandung? Aku usap perut aku sendiri selepas membaca mesej seterusnya dari Alif. Abang, Anis juga sedang mengandung bang. Seminggu selepas abang nikah dengan Sofia, barulah Anis tahu, dalam rahim Anis sudah wujud zuriat kita yang abang tunggu selama ini. Abang tak sabar menerima ujian Ilahi. Abang kata rumah kita sunyi tanpa anak. Pernah tak, abang fikir..tanpa abang dalam rumah ni Anis akan kesunyian? Abang tak pernah fikir ke perasaan Anis ni? Tak pernahkan?

Air mataku merembes lagi. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi. Sudah habis manis, hampas pun terus dibuang. Beginilah nasib diriku. Sesuai sangat dengan pepatah orang dulu-dulu.

Betina gatal : Hey perempuan..kau ganggu abang Alif lagi ke? Kalau dia ada dengan aku, boleh tak, kau jangan mesej dia. Berbulu tau mata aku ni tengok abang Alif bermesej dengan kau, setiap kali dia datang rumah aku.

Tak semena-mena masuk pula mesej dari Sofia. Aku sudah setkan namanya dengan Betina Gatal sebab, dia yang selalu panggil aku dengan panggilan tu, padahal..dia yang rampas Alif dari aku. Untuk menyedapkan hati sendiri, itulah nama yang aku beri untuknya. Baru adilkan?

Aku : Jadi selama ni mata kau memang tak ada bululah ya? Macam mana Alif tu boleh berkenan dengan kau, sedangkan mata pun tak ada bulu. Sekarang ni kau pakai bulu mata palsu agaknya.

Geram punya pasal, aku balas mesej Sofia tu semborono saja. Biar mendidih sikit hati dia. Dia ingat, dia seorang saja ada hati dan tahu rasa sakit hati? Habis, aku sebagai isteri pertama ni, macam mana? Nak dibiarkan saja, macam tunggul mati? Giliran aku dia bolot, boleh pula. Lagi pun, bukan aku yang mesej Alif dulu. Aku cuma balas mesej Alif saja. Nak salahkan aku pula. Kenapa tak marah suami kesayangan dia tu?

Betina Gatal : Betina! Kau cakap bebaik sikit erkk..aku jumpa kau, aku cili mulut tu!

Aku : Kenapa mulut aku pula yang kau nak cili. Sejak bila pula orang taip guna mulut? Aku taip guna jarilah betina!

Betina Gatal : &*(^%$#&**(((@#!%$

Sofia terus menyeranah aku selepas itu. Aku kebam bibir menahan geram. Sedap pula dia cakap aku anak ha..m dan kata aku b... dan macam-macam lagi. Perempuan macam ni pun Alif berkenan ke? Aku malas nak layan Sofia lagi. Aku biarkan mesej sumpah seranah dia tu tak berbalas. Kalau aku pun ikut jejak dia dengan mengeluarkan ayat-ayat sumpah seranah macam tu, maknanya aku dengan dia, tak ada beza langsung. Tak! Aku bukan Sofia. Ibu dan abah aku tak pernah ajar aku menyumpah, memaki atau pun mencarut. Lebih-lebih lagi kalau kata-kata sebegitu ditujukan untuk orang lain, hatta musuh aku sekali pun.

Kata-kata kita melambangkan akhlak kita. Semoga Allah sentiasa menjadikan aku sebagai hambaNYA yang berakhlak mulia. Aku berdoa pula dalam hati. Kerana aku juga insan biasa, tetap takut juga terbabas dalam berkata-kata. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience