BAB 7

Romance Completed 23643

Aku dibawa pulang ke kampung. Abah dan ibu ingin mengubati aku di kampung dengan seorang ustaz. Aku akan dirukyah oleh seorang ustaz yang arif tentang gangguan yang aku alami. Malam kejadian aku diganggu dan dirasuk, kata ibu kebetulan mereka datang ke rumah kami. Bila pintu yang diketuk bertalu-talu tidak dibuka, abah dan abang long nekad memecahkan pintu rumah, apatah lagi bila mendengar aku sedang menjerit-jerit histeria.

Bila mereka sudah masuk ke dalam rumah, aku dalam keadaan mengerikan, kata kak long. Aku sedang menjelirkan lidah ke arah mereka seolah sedang mengejek-ejek mereka. Kemudian aku mengilai dan suara aku berubah serak. Abah dan abang long cuba menenangkan aku dan membaca beberapa surah Al-Quran termasukkan melaungkan azan. Kemudian rumah kami didatangi jiran-jiranku. Salah seorang jiranku yang memberikan bantuan memulihkan aku hingga aku tidak sedarkan diri. Bila aku sudah terkulai, barulah mereka membawa aku ke rumah ustaz untuk memulihkan keadaan aku. Kebetulan, malam yang sama juga, ada sebuah sekolah berasrama penuh diserang histeria. Beberapa orang pelajar perempuan telah dirasuk.

Ya allah, hebat betul ujian ini. Kalau boleh aku tak mahu mengingati lagi kejadian malam itu. Kalau aku tahu, aku bakal dirasuk, malam pertama aku diganggu lagi, aku sudah pulang ke kampung untuk berubat. Menurut ustaz yang merawat aku malam itu. Ada orang sudah mengenakan aku dengan ilmu hitam. Apa tujuannya, Allahu’alam. Hanya Allah saja yang tahu. Hati manusia ni bukannya kita boleh baca, Siapa pelakunya pun, aku malas nak ambil tahu.

“Ibu..kenapa ibu dengan abah, tiba-tiba saja boleh ada di rumah Anis malam tu? Ibu tak pernah cakap pun, ibu nak datang?’’ aku tanya juga persoalan yang berligar dalam mindaku sejak malam itu. Memandangkan keadaanku masih lemah, jadi aku tangguhkan dulu niat untuk bertanya.

“Hurm..yang Anis tu, Alif nikah lagi satu pun tak bagitau ibu dengan abah, kenapa? Kami ni dah tak penting lagi?’’ aku terkejut mendengar pertanyaan balas ibu. Aku ingin jawapan, tapi aku pula yang disoal kembali.

“Satu lagi yang buat ibu terkilan sangat, tu..perut tu dah memboyot pun, kenapa tak bagitau apa-apa pun pada ibu? Ibu ni macam dah tak bermakna apa-apa pada Aniskan? Semuanya Anis nak rahsiakan dari pengetahuan kami. Sampaikan Anis sakit pun, tak bagitau..’’ suara ibu kedengaran serak seolah suara orang yang sedang rajuk. Allahu Akhbar, rupanya apa yang aku lalui ini kerana balasan Allah terhadapku sebab aku dah membuatkan ibu dan abah terasa dengan apa yang telah aku lakukan. Walaupun, niat aku kerana tak mahu menyusahkan mereka berdua. Ternyata aku telah mengecilkan hati keduanya.

“Mana..macam mana ibu tahu semua ni? Macam mana ibu tahu abang Alif tu dah nikah satu lagi?’’ tergagap-gagap aku bersuara menyoal ibu. Rasa bersalah bersatu dengan rasa gugup. Belum lagi aku ceritakan perkara sebenar, ibu sudah tahu tentang kebenarannya.

“Dari mana lagi, mak mertua Anislah yang cerita. Perut tu, betul ke anak Bangla?’’ aku Istighfar tanpa sedar mendengar pertanyaan ibu. Takkan tuduhan Alif dan ibu mertuaku pun sampai ke telinga ibu? Fitnah apa lagi yang telah mereka lakukan ni? Kenapa ibu dan abah pun turut sama menerima tempiasnya?

“Anis tak pernah lakukan perkara terkutuk tu ibu. Anis tak pernah berlaku curang pun dengan abang Alif. Selepas abang Alif nikah dengan Sofia, baru Anis dapat tahu, Anis dah mengandung. Disebabkan Anis tak bagitau abang Alif, takkan mereka tergamak nak memfitnah Anis, ibu? Sampai hati mereka, buat Anis macam ni..’’ aku rasa sebak bila cuba menjelaskan pada ibu. Air mata sudah bersedia untuk mengalir ke pipi. Hati aku benar-benar terguris. Sampai macam tu sekali mereka buat aku? Kalau dah benci aku sekali pun, takkan sampai nak tabur fitnah? Apa salah aku?

“Habis tu, macam mana sampai terkeluar cerita Anis berzina dengan Bangla? Mak mertua Anis tu telefon ibu, siap maki hamun lagi, cakap ibu dan abah ni tak pandai jaga anak. Ibu tak faham betul la dengan mak mertua Anis tu. Dulu bukan main baik lagi dengan ibu, tapi sekarang ni...entahlah..’’ ibu mengeluh selepas mengakhiri kata-katanya. Aku pun turut sama menarik nafas dan melepaskan nafas dengan lemah. Terasa perit untuk menelan kenyataan ini. Kalau ibu pun hairan dengan perubahan ibu mertuaku, apatah lagi aku. Dulu, dia cukup baik dengan kami sekeluarga. Segalanya berubah dengan mendadak saja.

“Anis tak tahu dari mana mereka dapat cerita tu, selepas abang Alif nikah lagi satu, dia memang jarang balik ke rumah Anis. Bila dia balik sekali sekala, memang Anis tak ceritakan pasal kandungan Anis ni, sebab Anis sakit hati dengan dia kerana dia dah abaikan tanggungjawab dia terhadap Anis. Tapi, bila dia mula lebihkan Sofia dan tak pernah balik ke rumah lagi, barulah Anis buat keputusan untuk bercerita tentang kandungan Anis, tapi semuanya tu dah tak berguna ibu..’’ air mata aku gugur lagi. Tersedu sedan aku bercerita. Sakit, tersangat sakit perasaan aku ketika ini.

“Sampai dengan ibu pun Anis nak rahsiakan kandungan Anis tu?’’ ibu tanya lagi soalan itu. Aku menarik nafas berat. Bukan niat aku nak rahsiakan semua ini dari ibu. Aku hanya tak nak menyusahkan ibu dan abah saja. Macam mana aku nak jelaskan pada ibu? Ahh..aku buntu sangat.

“Bukan macam tu ibu..Anis, Anis..’’ arghh..macam mana nak pujuk ibu, agar jangan berkecil hati. Bagi aku, hal ini memang simple, tapi bagi ibu mungkin tak.

“Anis apa? Kalau bukan sebab Anis mengandung anak Bangla? Apa lagi alasan Anis?’’ Masya Allah..takkan ibu percaya fitnah yang ibu mertua aku lemparkan? Jiwa aku semakin tertekan mendengar kata-kata ibu. Kalau ibu pun tak percaya aku, siapa lagi yang boleh aku bergantung harap, sekarang ni?

“Anis tak buat perkara tu ibu! Dengan nama Allah, ini memang anak Anis dengan abang Alif!’’ aku sudah teresak-esak. Ya Allah, berat sangat ujian ini. Kuatkan hati aku, Ya Allah!

“Habis tu, kenapa yakin sangat mak mertua Anis cakap macam tu kat ibu? Anis tahu tak, macam mana sakitnya hati ibu dengar dia cakap macam tu?’’ mendengar kata-kata ibu, aku terus menerpa ibu dan memeluk ibu. Aku menangis dan terus menangis. Macam mana lagi nak aku terangkan pada ibu. Apa bukti yang aku ada, anak yang aku kandung ni, bukan anak luar nikah? Bangla mana pula yang sanggup meniduriku itu? Seorang Bangla dalam Malaysia ni pun aku tak kenal? Apa tak munasabah sangat tuduhan mereka.

“Anis tak tahu ibu. Anis tak kenal pun mana-mana orang Bangla. Anis memang dah berhenti kerja selepas Anis tahu Anis mengandung. Anis buat kerja dalam rumah saja ibu, cuma sesekali saja Anis keluar untuk pos barang-barang pelanggan Anis. Selain tu, Anis keluar beli barang dapur saja ibu ataupun keluar ke bank untuk mengeluarkan duit. Anis, Anis tak tahu, dari mana mereka dapat semua cerita tu ibu..’’ sekali lagi aku cuba menjelaskan pada ibu. Aku melepaskan pelukanku dan memegang kedua belah tangan ibu. Aku menatap ke dalam mata ibu, untuk membaca isi hatinya. Ibu..tolong percayakan Anis. Hati aku merintih dan merayu di dalam. Terseksa rasanya jiwaku ini, kalau ibu pun tak percayakan aku.

“Anis masih ada ibu, abah, abang long, kak ngah, kenapa Anis nak rahsiakan semua ni dari kami. Siapa kami ni Anis? Kami ni tak penting ke, bagi Anis?’’ ibu menyoal lagi sambil menangis bersamaku. Betapa bersalahnya aku rasanya, melihat air mata ibu mengalir kerana aku. Sungguh aku tak menduga, diam aku ini akan menyakitkan hati insan yang aku paling sayang dalam dunia ni.

“Maafkan Anis ibu..maafkan Anis. Bukan niat Anis nak buang keluarga. Anis buntu ibu. Fikiran Anis tak dapat berfungsi dengan betul, Anis ingat, Anis dapat atasi semuanya seorang diri. Anis tak tahu, semua yang telah berlaku ini akan jadi lebih teruk, lebih parah dari apa yang Anis sangka.’’ Aku mengesat air mataku yang masih tak mahu berhenti. Aku pegang dadaku yang terasa amat perit. Semuanya berligar di ruang hati. Terasa sakit, perit yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Segalanya bersimpang siur dalam pemikiranku.

“Dahlah..ibu percayakan Anis. Lain kali, jangan buat lagi. Kesian kat anak dalam perut tu. Jangan difikirkan sangat. Ibu pun minta maaf, sebab ragu-ragu dengan Anis. Ibu sayang Anis, apa saja yang berlaku, jangan rahsiakan dari kami lagi. Ini..’benda’ tu dah lama ke kacau Anis? Kenapa Anis biar, sedangkan Anis dah sarat macam ni. Anis tak sayang anak ke? Mungkin boleh membahayakan nyawa Anis dan anak yang Anis kandung ni..’’

Soalan ibu yang seterusnya, aku sambut dengan gelengan. Ini kali pertama, makhluk tu munculkan diri di depan aku. Sebelum ni hanya bayang-bayang dan perasaan gerun saja yang aku alami. Aku pun tak pasti sejak bila ianya bermula..

“Anis tak tahu ibu. Mungkin sejak...err, sejak abang Alif tak balik ke rumah lagi. Mulanya, Anis ingat sebab Anis tinggal seorang jadi Anis rasa takut, tapi lama-lama gangguan tu semakin menjadi-jadi, cuma malam tu saja dia munculkan diri depan Anis. Siapa yang tergamak hantar ‘dia’ pada Anis ibu? Apa salah Anis? Apa dosa Anis?’’ persoalan itu aku ajukan pula pada ibu. Ya..apa salahku pada mereka yang menghantar ‘benda’ itu untuk menganggu aku?

“Yang namanya manusia ni Anis, tak perlu tunggu kita buat salah. Kalau mereka nak benci kita, mereka akan benci kita tanpa sebab pun. Hati manusia ni bukan boleh kita baca. Yang berdengki dengan kebahagiaan kita pun boleh jadi punca mereka nak khianat.’’

“Kan ibu..manusia..’’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience