BAB 13

Romance Completed 23643

“Ibu, anak Anis ibu! Mana anak Anis? Tolong ibu! Anis nak anak Anis. Ini semua sebab Along! Kalau bukan sebab Along, anak Anis masih selamat!’’ aku pandang Along denganperasaan geram. Hati aku sakit setiap kali aku tengok Along. Semuanya kerana Along! Hati aku membentak di dalam.

“Sabar Anis..kita hanya hamba Anis. Allah menguji mesti bersebab.’’ Ibu berkata sambil memeluk bahuku. Tubuhku diusap perlahan. Aku rasa tenang seketika, namun sebaik saja mataku bertentangan dengan mata Along, hati aku mendidih lagi. Aku mengebam bibir menahan geram.

“Dikk..sabar ya dik. Kak ngah tahu, adik kak Ngah ni kuat orangnya. Mungkin ada hikmahnya kejadian ini dik.’’ Kali ini kak Ngah pula datang dan memujuk aku. Ditariknya tubuh aku rapat ke tubuhnya dan aku dipeluk erat. Aku tak dapat mengawal perasaan lagi. Air mataku terus mengalir dengan laju. Aku tersedu dalam pelukan kak Ngah.

Ya Allah..aku tak kuat. Di saat orang lain gembira menyambut kedatangan Syawal, aku kehilangan dua orang kesayangan aku serentak. Mereka berdua nadi hidupku. Bantu aku Ya Allah. Kuatkan semangatku untuk menempuh gelombang hidup ini.

“Anak Anis kak Ngah..’’ bila hati berdoa, bibir terus juga merintih sayu. Ya, aku tak kuat untuk menerima ujian ini. Apalah ertinya Syawal tanpa suami dan anak yang aku idamkan selama ini. Tapi..semuanya kini hanya tinggal kenangan.

“Aniskan masih ada kak Ngah, ada ibu, abah, kak Long dan abang Long.’’ Kak Ngah memujuk aku lagi. Dilepaskan rangkulannya dan mengelap air matanya sendiri. Aku juga berbuat perkara yang sama sambil merenung tajam ke arah Along.

“Huh! Along siapa? Siapa dia tu? Abang Anis atau musuh Anis?’’ aku menuding jari ke arah Along dan bersuara garang. Terkulat-kulat Along di tempat dia berdiri dan merenung balas ke arahku.

“Anis..jangan macam ni..’’

“Aaaaaa..Anis tak nak dengar!!’’

Belum habis Along mengungkapkan kata, aku sudah meraung. Aku menjerit dan membantah apa saja kata Along. Cepat-cepat kak Ngah dan ibu memeluk dan menenagkan aku.

“Man..pergi keluar dulu. Biar Anis ni tenang dulu, nak berbalah pun.’’

“Mana ada, ibu..man..’’

“Sudah, sudahhh..jangan nak mengeruhkan keadaan lagi.’’ Ibu bersuara tegas. Abah yang hanya menjadi pemerhati menyuruh Along keluar sambil menenangkan Along. Puas hati aku!Sengaja menyakitkan hati aku. Dia tak rasa apa yang aku rasa. Senanglah nak salahkan aku dalam semua perkara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience