BAB 15

Family Completed 4166

Kepulangan aku disambut gembira oleh keluarga pak cik Joh. Walaupun tak sampai sehari aku berada di tahanan, ianya seolah -olah alu telah dipenjarakan selama seppuluh tahun, terutama sekali, semasa aku dibawa tadi, aku tidak nampak Allan dan Maven, kerana mereka masih lagi tidur. Dan yang buat aku terkejut lagi hari ini ialah dengan kehadiran keluarga Tommy. Aku cuma meramas rambut Tommy mesra, dan melemparkan senyuman yang manis buat ibu, bapa dan kakak Tommy.

“Saya nak minta maaf pada Jeff. Saya banyak menyeksa Jeff selama ini. Jika kamu ingin membalas dendam, sudah lama kamu akan lakukan pada anak saya semasa dia sesat dengan adik kamu. Kamu boleh tinggalkan dia di dalam hutan itu, tapi kamu tidak lakukan itu, Jeff. Kamu amat baik hati..”

“Hm. Yalah tu pak cik. Kalau ya pun saya nak balas dendam, saya tak mungkin balas pada anak kamu, dia tidak bersalah, lagipun dia masih kecil dan cute.. Pastinya saya balas dendam kat pak cik juga..”

“Pak cik pun percaya pak cik memang layak menerima hukuman dari Jeff..”

“Betul????!” kataku galak, sekadar bergurau saja.

“Jeff.. Kamu cakap apa ni?” bicara nenek yang baik hati tidak suka dengan cara aku itu.

“hukumannya, belilah sayur saya.”

Kami sama -sama ketawa. Itulah kali pertama aku ketawa dengar hati dan perasaan semenjak tragedi berlaku dalam hidupku.

“Oh ya. Kamu tahu apa terjadi kepada Cuak?”

“Ya, saya bercadang nak mengziarahi keluarganya, walaupun saya tahu pak cik Fuad masih benci pada saya..”

“Saya nasihatkan kamu, jangan Jeff.. Dia mati -mati mendakwa kamulah yang menyumpah anaknya. Dan dia sudah tidak waras lagi. Baik kamu jangan kesitu, sementara menuggu keadaan reda..”

“Betul apa yang pak cik Karl katakan itu Jeff, bukan kita tak menghormati keluarga mangsa, tapi kamu terdedah kepada bahaya..” kata Ken, entah dari mana datangnya.

“Sudah petang, kamu tentu belum makan, jom.. Semua dijemput,” emak Ken muncul dari dapur mengajak kami makan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience