BAB 2

Family Completed 4166

“Jeff.. Ini nek hantarkan rendang untuk kamu..”

Suara tua yang selalu menyapa aku bergema di telinga aku, lalu segala ingatan ku hilang berterbangan bersama suara itu tadi. Aku yang terkejut segera menjenguk ke luar. Nenek yana baik hati itu terpancul dalam pandangan aku. Senyumannya membuat aku senang sekali.

“Nek baru pulang dari majlis kenduri keluarga yang baru menetap disini. Jadi nek bawa balik rending yang mereka bagi. Dan nek bawa juga untuk Jeff dan adik -adik..”

“Oh terima kasih nek. Susah -susah aje nek. Lain kali tak perlu laa nek. Jeff masih baik -baik dengan sayur -sayur yang Jeff tanam tu,”

“Apa salahnya sekali sekala merasai daging? Nah, nek ikhlas bawakan ni. Takkan pula Jeff nak hampakan nek?”

Aku mengambilnya dari tangan nenek yang baik hati dengan perasaan yang bercampur baur. Terharu, segan dan rasa bersalah pun ada. Nenek yang baik hati segera balik selepas memberi rendang itu,tanpa membiarkan aku sempat menjemputnya masuk.

Bila aku melihat adik -adik makan dengan seronoknya berlaukkan rendang itu, air mata aku menitis. Aku sungguh -sungguh minta maaf kerana selama ini tidak dapat member hidup yang lebih baik kepada kamu berdua. Bisik hatiku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience