BAB 8

Family Completed 4166

“Babang.. Tolong adik..” suara Allan berserta tangisan itu sungguh sayu, membuat aku terus menangis lagi. “Kapal terbang adik sudah dicuri Cuak..” kata Maven. Aku membuka ikatan yang disimpul mati itu dengan batu yang ada di situ. Kami berpelukkan selepas itu.

“Babang sudah kata. Tapi adik degil, kan?” aku mengingatkan ulah mereka tadi. Kedua -duanya terus menangis, masih lagi ketakutan dengan situasi yang paling menakutkan mereka berdua.

“Kalau babang kata jangan, jangan. Babang kan tau? Babang tahu yang mana baik dan yang mana boleh dilakukan.” Aku member kata nasihat yang lembut, agar kedua -duanya tidak rasa bersalah.

“Jom balik. Tommy, jom..”

Hati aku amat lega bila aku menemui adik aku dalam keadaan yang selamat. Tetapi sakit hati aku terhadap keluarga sihir itu membuak. Aku nak terus ke rumah pak cik yang paling suka memperliku selepas keluar dari hutan itu nanti.

Aku nak melepaskan semua perasaan aku terhadap keluarga itu berhabisan hari ini juga. Aku nak mereka tahu, aku bukan manusia yang mereka patut pijak. Aku ada perasaan, dan yang penting aku makhluk ciptaan Tuhan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience