BAB 13

Family Completed 4166

Aku berlalu dengan hati yang tenang. Jarang aku setenang hari ini. Dalam penjara aku disoalsiasat dengan kasar oleh polis yang menjalan tugas. Mereka menengking, memukul meja, memaki aku, dan mengancam aku. Bila aku mula hendak bersuara, mereka cepat -cepat mencelah, membuatkan aku tidak ada ruang untuk bersuara. Jadi aku mengambil keputusan untuk diam, membiarkan mereka menghabiskan skrip yang mungkin sudah tertulis. Aku membiarkan mereka bercakap sesuka hati dulu.

“Dan mengapa awak diam?” Tanya seorang penyoal siasat yang gemuk, besar dan tinggi. Aku tidak berancang untuk menjawab, biarkan mereka bercakap sesuka hati. Lihat sejauh mana mereka akan bertahan dengan perangai mereka semasa menyoal siasat.

“Hoi!! Saya bertanya ni. Kenapa awak diam??”

“Saya fikir kamu masih ada sesuatu yang ingin ditengking, ada sesuatu yang ingin dipukul, saya fikir kamu belum lagi puas memaki saya. Setiap kali saya nak bersuara tadi, kamu terus berlagak menjadi seorang penyoal siasat yang tegas, berlagak berdedikasi, berlagak yang kamu ni besar pangkat dan tak boleh dipintas kata -kata. Jadi saya diam, memberikan kamu ruang untuk meneruskan perasaan bangga kamu menjadi polis. So, silakanlah teruskan kamu bersuara kuat, pukullah meja ini sampai terbelah dua, makilah saya supaya saya takut, dan berlagaklah kamu.. Silakan. Nampaknya tadi kamu seperti tidak ingin mendengar kata -kata saya. Jadi, silakanlah. Jadi polis yang tidak bertolak ansur. Jadi penyoal siasat yang bodoh!!”

Dan mereka terpinga -pinga mendengar hujah aku yang satu itu. Mereka saling berpandangan. Lama mereka diam, mungkin berfikir -fikir sejenak, dan lima minit kemudian, selepas berbincang, seorang pegawai menyapaku dengan lembut sekali, berbeza dengan sikap mereka tadi.

“Encik, kami minta maaf. Memang silap kami..”

“Baguslah kamu sedar, sekurang -kurangnya kamu tidak akan buat lagi, kerana system macam ini akan melambatkan prosedur kamu. Membuatkan siasatan kamu tidak bayak berjaya. Beri peluang pada tertuduh untuk bersuara. Jangan buat sesi soal siasat ni untuk korang memaki kami tertuduh..”

“Kami akui kami tersilap. Dan silalah kamu buat kenyataan kamu..”

“Tak apalah..saya percaya saya tidak bersalah, jadi saya tunggu kepada keputusan pencarian mangsa. Segalanya akan terjawab waktu itu. Sekiranya mangsa dijumpa hidup, sila dapatkan jawapan darinya. Dan sekiranya mangsa dijumpai mati silalah bedah siasat dan sahkan sama saya ada menyentuh mangsa seumur hidup mangsa. Lagipun sekiranya saya beri kenyataan yang benar sekalipun, ia tidak menjamin apa -apa pun. Saya akan tetap di dalam ini..”

“Kalau begini, ia tidak membantu siasatan kami. Kamu kena beri kami kenyataan yang boleh membantu kami menyelesaikannya.”

“Benar tuan. Saya memang tidak tahu menahu. Alih -alih nama saya yang disebut. Dan itu sangat mengejutkan saya. Saya memang ada berselisih dengan keluarga itu, tapi itu bukan tiket untuk saya melakukan jenayah ni.. Saya masih waras..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience