BAB 14

Family Completed 4166

Sehari suntuk aku berada dalam penjara. Apa yang aku takutkan ialah, aku akan di tempatkan dalam sel yang sama dengan penjenayah yang ganas, seperti dalam TV. Dan aku bersyukur aku di tempatkan dalam sel khas.

“Jeffrey Britchie Ken, anda dibebaskan..” aku terkejut apabila nama aku dipanggil dan juga keputusan itu. Secepat itu aku dibebaskan. Ini kali ketiga aku merasa sangat tenang dalam hidup aku, aku dibawa ke sini tadi, semasa aku disoal siasat dan sekarang.

Aku berjalan seiringan dengan seorang pegawai polis.

“Mangsa sudah dijumpai, dan keputusannya, mangsa dibaham harimau. Mangsa telah kehilangan kaki kanan dan jari kanan. Akhir sekali saya nak minta maaf atas kekasaran pegawai kami menyoal siasat kamu tadi, dan terima kasih kerana kenyataan kamu berkenaan cara kami tadi sedang dibahaskan..”

“Eh.. janganlah.. itu bukan satu yang bernas sangat. Cara korang sangat berkesan. Hanya orang yang bersalah sahaja tak amapu menghadapinya. Jadi itu bagus untuk membongkar kes. Psikologi itu penting. Cuma satu saja yang perlu di ubah, jangan menyekat tertuduh untuk berkata..”

“Kamu bijak. Tingkatan berapa sekarang?”

Aku senyum bangga, ” saya berumur 20 tahun, tahun ni.. dan saya tidak bersekolah pun..”

“Eh, kenapa?”

“Hm saya tidak ada ibu bapa, dan saya sedang membesarkan adik kembar saya seorang diri, jadi saya lebih mengutamakan mereka..

“Oooo. Maafkan saya.. Dan kamu orang yang sangat tenang menghadapi sesuatu situasi.. Tahniah” Ucap polis itu akhirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience